Tuesday, 19 May 2020

BURUNG KUANG SAHUT PANGGILAN

ASSALAMUALAIKUM

LEBARAN ESOK LUSA BAKAL MENJELANG ...PASTI ADA YANG SUDAH KE HUTAN MENCARI BULUH UTUK DIBUAT LEMANG ATAU DAUN PALAS UNTUK MEMBUAT KETUPAT...JANGAN TERSESAT PULA.



Kalau  berniat melangkah kaki memasuki hutan rimba kita mesti lengkapkan diri dengan ilmu kehutanan sebelum berada  di dalamnya. Maklum  hutan belantara itu bukan kampung lama kita. Tempat  yang kita ketahui penghuninya flora, fauna berjenis yang nyata...yang halus pula tentu tidak kelihatan.

Seorang sahabatku, pegawai pesara renjer hutan yang sangat luas pengalamannya tentang memberitahuku beberapa petua menjelajahi hutan rimba untuk berkhemah, kembara atau sebagainya.

Apa yang perlu tahu semasa berkhemah dalam Hutan Belantara.

1, Di tengah hutan rimba walau kita jumpa kayu kering tapi tak akan boleh digunakan untuk memasak, kerana di dalam nya lembab. Ada yang tidak mengetahuinya.
Hanya sejenis kayu saja yang boleh digunakan untuk memasak walau baru ditebang,,
Iaitu pokok rambutan pacat. Batangnya  kering walau baru ditebang. Buahnya  hanya sebesar hujung jari kita, isi buahnya keras dan amat masam rasanya.
2.kalau  terdengar bunyi anak kucing berhampiran kemah diwaktu malam cepat2 buat bising atau buat unggun api.
Kerana bunyi seperti anak kucing tu ialah anak Harimau,Kalau kita buat bising ibunya akan cepat-cepat membawa anak nya lari, Kalau  dia terperanjat ibu nya akan menyerang kita.

3. Kalau tersesat jalan dalam hutan carilah anak sungai dan ikut hala air mengalir untuk keluar,
4. Jangan sesekali ikut kesan laluan gajah ketika nak balik ke khemah kerana laluan gajah hanya berpusing pusing.

5. Kalau masa berjalan dalam hutan Besar dan terjumpa batang besar melintang laluan jalan kita, kalau bulan 8 atau 9  jangan cuba lalu di pangkal pokok itu, kerana ditakuti pokok itu berlubang besar, Kalau berlubang besar biasanya tempat Beruang melahirkan anak.
6. Semasa di dalam hutan cuba elakkan meminum air di lopak anak air sungai kerana munkin ada telur nyamok Malaria, kalau terasa dahaga sangat carilah sejenis akar (saya lupa nama akar nya) yang banyak mengandongi air, rasa nya kelat sedikit tetapi sangat sejuk.

Satu lagi masa dihutan Belantara,
Jangan sesekali kita melaung memanggi kawan kerana kalau ada burung kuang berhampiran, burung itu akan menjawab laungan kita, bunyi nya serupa manusia melaung, kalau  nak melaung  memanggil kawan melaunglah lebih dari sekali berturut turut,


Top of Form

4 comments:

  1. Ohh baru saya tahu..
    Burung kuang pun menyahut mcm bunyi manusia ye kak paridah...
    Alhamdulillah syukur dpt ilmu..

    Tahun ni Raya saya tak ada lah nak merebus ketupat Dan membakar lemang..
    Dah tak boleh merentas negeri..
    Alhamdulillah syukur Masih boleh merentas daerah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih ilmu.
    banyak yg saya baru tau.

    kalau kat hutan mmg seram nak melaung, takut yg lain menyahut..rupanya bkn yg halus je boleh menyahut, burung kuang pun.

    ReplyDelete
  3. Lama x masuk hutan. Bunyi kucing mengiau tu seramlah pulak kalau terdengar

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”