ASSALAMUALAKUM
SALAM JUMAAT MULIA
HUJAN KALBU
5/2/2020...rezeki yang tidak disangka-sangka..
Ceritanya bermula pada waktu tengah hari (lunch time) di restoran Thaqwa, di Bandar Seri Putra. Saya ada janji temu dgn En Md Share Abd Ghani, penyelenggara buku antologi anekdot Hujan Kalbu, utk mengambil buku drp beliau.
Sedang saya dan En Md Share berborak sambil minum, tetiba dua kereta masuk parkir di depan meja tempat kami duduk. Saya perasan itu kereta VVIP sebab ada tulis perkataan 'menteri' cuma tak tahu menteri mana. Bila YB keluar dari kereta, barulah tahu rupa2nya Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Salahuddin Ayub.
YB seorang yang peramah & mesra. Semasa YB lalu depan meja kami, beliau senyum, menegur kami & bersalaman dgn En Md Share Abd Ghani. YB kemudian bersama2 driver, para pengiring & rakan2 duduk makan tak jauh dr meja tempat kami duduk.
Kami meneruskan perbualan. Ketika YB berdiri di depan kaunter bayaran, tiba2 En Md Share mencadangkan saya agar jual buku pada YB. "Konfirm YB beli buku ni, cubalah" kata En Md Share.
Saya pun beranikan diri, bangun, capai sebuah buku & hulurkan pada YB😀
Alhamdulilah, tak sangka YB sudi beli buku saya😄. YB pun minta saya sign di buku itu dan slps itu kami pun mengabadikan momen penuh makna ini pada sekeping foto..inilah fotonya.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih pd YB atas kesudian membeli buku saya biarpun hanya sebuah tapi ia cukup bermakna buat saya sbg tanda sokongan.
Slps bersalaman dgn En Md Share, YB pun beredar meninggalkan kami yg dibuai rasa gembira..
Terima kasih YB!
CNP WALL FB PENULIS MASRIYAH MISNI
PI JUGA ANTARA PENULIS YANG TURUT BERKARYA DALAM ANTOLOGI ANEKDOT HUJAN KALBU
PUAN MASRIYAH MISNIDAN YB DATO SALAHUDDIN AYUB MENTERI PERTANIAN MALAYSIA...TERIMA KASIH BANYAK YB MENYOKONG USAHA KAMI PARA PENULIS SASTERA.
alhamdulillah tahniah PI ^_^
ReplyDeleteAMIIN TKSH UMI NAZRAH
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki tu
ReplyDeleteAMIIN TKSH CIKGU ETUZA
ReplyDeleteRezeki tu kak PI. Moga makin ramai orang beli buku ni. Teruskan berkarya
ReplyDeleteTKSH SAL ALHAMDULILLAH.KAK TULIS JE HEH..HEH..
ReplyDelete