Saturday, 8 February 2020

SAMBUNGAN TAFSIRAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 41 - 47

ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 41 - 47.
Malam Jumaat yang penuh barakah. Suara Ammar yang serak2 basah, memimpin bacaan sambungan surah Yasiin keluarga kami, secara bertalaqqi.
"Ayat: 41 - 44: Merupakan DALIL AQLI, tentang nikmat kenderaan." Aku memulai tafsir.
"Ayat 41: Allah SWT memberi kepandaian kepada manusia mencipta kapal. Kapal dapat bergerak di lautan, selamat sampai ke destinasi."
"Barang2 yang tidak dapat dibawa oleh kenderaan lain dapat dibawa oleh kapal.
Kenderaan air yang lain seperti sampan dan bot dapat bergerak dengan selamat, dengan izin Allah SWT."
"Ayat 42. Di daratan Allah SWT sediakan binatang2 sebagai kenderaan kepada manusia. Seperti unta, kuda dan keldai."
"Kalau tak naik kenderaan lambat sampai." Azya mencelah.
"Ya...begitulah, baiknya Allah..." Aku mengiakan.
"Kenderaan2 zaman sekarang, motosikal, kereta, keretapi dan kapal terbang. Semuanya memberi kemudahan kepada manusia."
"Ayat 43: Jika Allah SWT kehendaki kapal di laut akan tenggelam. Apabila berlaku ribut taufan dan gelombang besar di lautan. Orang2 dalam kapal pasti takut dan cemas. Minta tolong dengan siapa?"
"Allah..." Serentak mereka menjawab
"Boleh sembahan2 seperti patung2 selamatkan mereka?" Aku terus melontar tanya.
"Tak boleh..." Jawab mereka.
"Contoh sejarah lalu, tenggelamnya kapal TITANIC. Allah SWT, tunjukkan kekuasaannya kepada manusia2 yang sombong."
"Ayat 44 pula: Dengan rahmat Allah SWT jua kita selamat naik kenderaan. Oleh kita sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT."
"Aqila, cuba baca doa naik kenderaan."
Dengan lancar, cucuku Aqila, berusia 10 tahun membaca doa naik kenderaan.
"Ayat 45: Nasihat kepada penduduk Mekah, dan kepada kita juga supaya taat kepada Allah SWT serta takut kepada azab. Allah SWT, boleh turunkan azab di dunia lagi. Atau Allah tangguhkan azab di akhirat nanti."
"Di akhirat, kita masuk syurga dengan Rahmat Allah SWT bukan dengan banyaknya amalan kita."
"Semoga kita semua dapat bertemu di Firdaus."
"Amiin..." Anak2 dan menantu, mengaminkan doaku.
"Ayat 46: Orang2 yang tidak menerima kebenaran ini, tidak takut azab. Mereka orang2 yang kufur."
"Ayat 47: SIKAYAH, iaitu Runggutan Allah kepada penentang2 perintah Allah. Contohnya mereka tidak mahu berinfak."
"Dalam Islam, ada amalan2 untuk faedah diri sendiri. Ada amalan untuk faedah orang lain juga."
"Amalan apa tu Ma?"
Amiru minta penjelasan.
"Solat dan puasa, untuk faedah diri sendiri. Jaga hubungan kita dengan Allah. Infak wajib (zakat) dan infak sunat (sedekah) dapat memberi faedah kepada orang lain. Jaga hubungan kita dengan orang lain."
"Penentang2 Nabi Muhamad saw sindir dan mempersendakan baginda; Mintalah infak daripada Tuhan kamu...!"
"Orang2 munafik yang mengaku Islam juga enggan berinfak. Mereka takut harta berkurangan."
"Rezeki yang kita dapat adalah milik Allah SWT. DIA beri pinjam kepada kita sekejap sahaja."
"Hidup di dunia hanya sementara. Kita infakkan sedikit harta, untuk kita ambil di akhirat kelak." Ain, isteri Ammar pula mencelah.

5 comments:

  1. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian ilmu kak ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Biasa baca surah Yassin, kita baca juga terjemahannya agar kita faham

    ReplyDelete
  3. TKSH UMI NAZRAH MOGA BERMANFAAT

    ReplyDelete
  4. TKSH WP YA ADA TERJEMAHANNYA YG BOLEH DIBACA

    ReplyDelete
  5. Thank you a bunch for sharing this with all folks you really realize what you are talking approximately! There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”