Thursday, 6 February 2020

SAMBUNGAN SURAH YASIIN. Ayat 28 - 33

ASSALAMUALAIKUM



PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH YASIIN. Ayat 28 - 33
Syukur Alhamdulillah, kuliah tafsir mingguan di rumah kami tetap diteruskan. Walaupun hanya tiga keluarga anakku yang menyertai.
Kak Nah, kakak iparku yang datang bertamu memimpin bacaan Yasiin kami. Serak2 basah, suaranya yang merdu meresap nubari.
"Minggu lepas kita telah belajar tafsir surah Yasiin ini, seorang pemuda mati syahid dibunuh saat mengakui keimanannya kepada Allah. Siapa nama pemuda itu?" Aku memulakan tafsir dengan soalan. Menguji ingatan anak2.
"Emm...Habib...Eh..Habib An Najar.." Anum cuba menjawab.
"Ya... Betul. Habib An Najar."
"Ayat 28: Allah SWT tidak menghantar tentera2nya dari langit untuk menghancurkan penduduk bandar Antokiah yang membunuh Habib An Najar."
"Ayat 29: Hanya dengan satu tempikan yang kuat dan dahsyat dari Jibril sudah cukup menghancur -kan bandar Antokiah. Semua penduduk bandar itu mati."
Kedengaran suara anak2ku mengucap kan: "Ya Allah... Masya Allah..."
"Ayat ini merupakan peringatan kepada kaum Quraisy Mekah yang menentang Nabi Muhammad saw dan sahabat. Mereka diancam dengan azab seperti yang terjadi kepada penduduk bandar itu."
"Ayat 30 pula, Allah SWT menjelaskan secara umum. Penduduk2 yang ingkar telah menyesal, tetapi penyesalan mereka sudah tidak berguna lagi kerana mereka telah mati."
"Mereka menyesal apabila melihat azab, kerana dulu waktu di dunia, mengejek2 para rasul2 yang datang menyampaikan dakwah."
Melihat mereka diam, Aku terus menyambung tafsir.
"Ayat 31: Allah SWT bertanya kepada Musyrikin Mekah waktu itu. Sekarang ayat ini ditujukan kepada kita semua: Tidakkah mereka telah mengetahui, ramai umat yang terdahulu telah binasa?"
"Musyrikin Mekah telah mengetahui kaum2 yang telah dihancurkan seperti kaum Aad dan Tsamud. Ada kesan2 yang dapat dilihat hingga sekarang. Kaum2 ini telah berada di alam kubur dan tidak boleh kembali ke dunia lagi."
"Ayat 32: Allah SWT memberi tahu tentang alam akhirat. Semua makhluk akan dihidupkan semula pada hari kebangkitan. Mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar menghadap Allah SWT."
"Setiap makhluk dibicarakan dengan adil. Semua manusia dibentangkan kitab amalan masing2. Mereka akan dibalas mengikut perbuatan yang telah dilakukan di dunia."
"Ayat 33 hingga 35 merupakan DALIL AQLI. Allah SWT beri dalil2 DIAlah yang mencipta dan mengatur kehidupan di bumi. Golongan Musyrikin Mekah ragu2, setelah mati hidup kembali."
"Maka Allah suruh kita lihat alam dan makhluk2 di sekeliling kita. Siapa penciptanya?"
"Allah..!" Serentak jawapan daripada Amiru, Afya, Anum dan Kak Nah.

6 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”