ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN 2020 ESOKNYA SEMOGA TAHUN BARU YANG BAKAL DILAKUNKAN WATAK MASING-MASING DENGAN SKRIP SURATAN-NYA...TABAH HADAPI APA SAJA SERAYA BERDOA ALLAH MENGURNIAKAN KEHIDUPAN AMAN HARMONI SIHAT SEJAHTERA MENGATUR LANGKAH SEBAIKNYA MENCARI REDA-NYA MEMPERSIAPKAN BEKAL AMALAN UNTUK DIBAWA MENGADAP-NYA PABILA DIA MENYERUNYA...
MASA BERDETIK USAH DIBIAR BERLALU SIA-SIA
Alhamdulillah sebelum berakhir Disember 019 PI menerima kiriman hadiah buku-buku terbaik daripada penulis-penulis yang amat kakpidah kagumi karyanya dan sering dijadikan rujukan.
Terima kasih sahabat penulis Aminah Mokhtar - novel RATAP RABITAH
Terima kasih cikgu Nazim Mohd Subari - PERANTI KEHIDUPAN N PUISI KANAK-KANAK
Terimakasih sahabatku penulis Noorlaila Ghafar - ANTOLOGI BAHGIA TANPA SYARAT
Terima kasih anakanda Amla Mat Rawi - NOVEL CIKGU MULTI PURPOSE
justeru sudi menggembirakan hati PI....baik budi dihargai n abadi dalam kenangan.
Sekiranya ingin miliki buku-buku dengan isi kandungan yang mengujakan ini hubungi fb penulis berkenaan mudah saja kan.
Tuesday, 31 December 2019
Monday, 30 December 2019
BERKARYA SAMBIL BERWAKAF
ASSALAMUALAIKUM
JOM MENULIS PUISI ANEKDDOT SAJAK BERSAMA NUHA BOOKS...KELAK ANTOLOGI INI AKAN BERADA DI RAK RERUAI BUKU PBAKL PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA PWTC 2020 NANTI
JOM MENULIS PUISI ANEKDDOT SAJAK BERSAMA NUHA BOOKS...KELAK ANTOLOGI INI AKAN BERADA DI RAK RERUAI BUKU PBAKL PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA PWTC 2020 NANTI
Saturday, 28 December 2019
JEJAK KASIH...
ASSALAMULAIKUM
24 DISEMBER LEPAS ANAK-ANAK MEMBAWA PI KE KUANTAN....HAJAT SEBENAR NAK HADIRI MAJLIS PELANCARAN BUKU TUK SUJI BILANG DI JKKN...TAPI SAMPAINYA LEWAT DAN MAJLISNYA DAH LAMA USAI...DI HATI ADA JUGA SEDIKIT RASA TERKILAN...NAMUN PI FAHAM KESULITAN ANAK ANAK YANG TERPAKSA MENGURUSKAN PELBAGAI KEPERLUAN KERANA TURUT DIBAWA BERSAMA CUCU-CUCU PI YANG MASIH KECIL...PI PULA HANYA MENGHARAPKAN BANTUAN ANAKCUCU DALAM SEGALA HAL....SINGGAH SEKEJAP DI JKKN...TEMPATNYA TIDAK MESRA OKU BERKERUSI RODA KERANA HENDAK MASUK KE DEWAN TERPAKSA MENAIKI TANGGA YANG AMAT TINGGI...ANAK-ANAK PI TETAP BERUSAHA HENDAK MEMBAWA MASUK MELALUI PINTU BELAKANG WALAU PI KEBERATAN MENYUSAHKAN MEREKA....BEBERAPA ORANG LELAKI YANG SEDANG MELAKUKAN KERJA TERTENTU DI SITU SANGGUP MENOLONG MENGANGKAT PI BERKERUSI RODA MEMASUKI DEWAN...TERIMA KASIH BANYAK ANAK-ANAK YANG PRIHATIN...PI SEBENTAR SAJA DI SITU MENYAKSIKAN LATIHAN PESERTA2 YANG AKAN MENGADAKAN PERSEMBAHAN PADA SEBELAH MALAMNYA.
BERGERAK PULA KE HOTEL SHAHZAN YG TELAH DITEMPAH BILIKNYA TIDAK JAUH DARI SITU.
KEESOKANNYA SEBELUM PULANG TELAH BERJANJI DENGAN SAHABAT2 PI AKAN BERTEMU DI TANJUNG LUMPUR...PI DULU BERSEKOLAH DI SMART KUANTAN...JADI RAMAI KAWAN2 PI BERADA DI SINI MENERUSKAN KEHIDUPAN.
BERLINANG AIR MATA GEMBIRA DAPAT BERTEMU DENGAN HJH FAZILAH N SUAMINYA...HJ ISMAIL N YAM ISTERINYA LANTARAN BERPISAH PULUHAN TAHUN LALU SEJAK KAMI HABIS PERSEKOLAHAN 1975..SEKIAN LAMA WAKTU BERLALU...MOGA UKHUWAH YANG TERJALIN KEMBALI DI AKHIR USIA KEKAL ABADI MENUJU JANNAH....MENGHUBUNGKAN SILATURAHIM ITU DITUNTUT ISLAM SYUMUL.
TERIMA KASIH SAHABAT2KU SUDI MELUANGKAN MASA MENEMUIKU N MELAYANI KELEMAHANKU.

Friday, 27 December 2019
AL JIN SIRI 2
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
SALAM JUMAAT MULIA
PIC NOORLAILA GHAFAR
SAMBUNGAN SURAH 72. AL JIN
Masih ayat 1 hingga 13
(Siri 2)
Masih ayat 1 hingga 13
(Siri 2)
"Ayat ketujuh. Jin-jin kafir tidak percaya kepada rasul-rasul dan tidak percaya kehidupan selepas mati."
Suaraku yang kuat dan lantang berbaur dengan suara-suara cucu menangis, bergaduh bagai. Tujuh anak, lima menantu dan 17 cucu berkumpul. Kak Nah, kakak iparku datang sebagai tetamu turut menyertai majlis ilmu kami.
"Mama, jin mati tak?" Tanya Zainuddin suami Azya.
Aku segera menjawab. "Setiap yang bernyawa pasti mati, cuma tempoh hidup berbeza. Contohnya seperti haiwan. Ada tempoh hayatnya panjang dan ada yang pendek."
"Ayat lapan. Allah SWT memberitahu jin-jin berusaha mencari berita di langit dunia. Mereka mendapati langit dikawal ketat oleh pengawal- pengawal dengan rejaman -rejaman api yang menyala."
"Rasanya ada jin berdialog dengan Nabi." Amiru pula memberi pandangan sambil jari-jarinya menari-nari di skrin telefon bimbit. Mungkin cari maklumat dalam internet.
"Tidak ada riwayat yang sahih tentang jin berdialog dengan Nabi. Dalam al Quran hanya menukilkan perbicaraan golongan jin yang mendengar bacaan Quran Nabi Muhammad saw. Lalu mereka beriman. Rasulullah sendiri tidak tahu jin mendengar bacaan Quran baginda. Sehingga Allah SWT beritahu melalui wahyu." Jawabku panjang lebar
"Sekarang ada jin kot, dengar mama tafsir surah jin."
"Ha..ha..ha.." Gurauan Nur Hajar isteri Amiru disambut gelak-ketawa.
"Malaikat-malaikat yang ada bersama kita sekarang ni." Nurmaezah isteri Afyan bersuara.
"Ya..," ujarku. "Beribu malaikat memayungi majlis ilmu kita dengan sayap-sayapnya. Berdoalah... Doa dalam majlis ilmu diaminkan para malaikat." Suasana hening seketika. Aku menyambung tafsir.
"Ayat sembilan. Jin bercerita dulu mereka boleh mencuri berita dari langit. Jin-jin itu menyampaikan berita itu kepada bomoh dan ahli nujum. Ada berita yang disampaikan benar terapi mereka tokok tambah beratus penipuan. Manusia jahil senang ditipu."
"Tetapi sekarang jin-jin yang cuba mendengar berita dari langit dunia akan dikejar oleh api dalam bentuk tahi bintang atau meteor. Tahi bintang yang jatuh ke bumi adalah bekas rejaman jin."
Thursday, 26 December 2019
TANJUNG LUMPUR
ASSALAMUALAIKUM
PIC GOOGLE IMAGE (C)
TANJUNG
LUMPUR
Membaca
syair di Tanjung Lumpur
Semi
tengkujuh belum berakhir
Melontar
sayu ke dalam ombak berlumpur
Hanyutlah
gelora rasa di Laut China Selatan
dibina
tinggi adang pandang
suara
laut mendebur payah
indahnya
hilang
ceritera
karangan pilu seorang wanita
berkarya
gorengan keropok lekor
merenung
julangan mercu binaan
operasi
belum mula
setelah
semua terjadi
mak
cik pasti diusir
kemana
makcik hendak membawa diri?
demikian
syair marhaen
di
sisi hotel mengawan tinggi
satira
lukisan ekonomi
gawat
sana sini
PARIDAH
ISHAK
Desa
Melor Serendah
26/11/019
Monday, 23 December 2019
AL JIN
ASSALAMUALAIKUM
SURAH 72. AL JIN.
Ayat 1 hingga 13
(Siri 1)
Ayat 1 hingga 13
(Siri 1)
"Mama betul ke Jin takut apabila dibacakan Surah Jin?" Pertanyaan Azya minggu lepas masih terngiang- giang di telinga.
"Minggu depan Mama tafsirlah Surah Jin." Afya memberi cadangan.
"Insyaallah boleh. Kisah-kisah jin memang menarik kan..." Ujarku.
Aku akur permintaan anak-anak. Supaya mereka suka belajar tafsir al Quran. Malam tadi Aku berkongsi ilmu, mentafsir Surah Jin ayat 1 hingga 13.
"Mama boleh ke manusia berkawan dengan Jin?" Afyan yang kami panggil Abang Long mengemukakan soalan sebaik sahaja dia selesai memimpin bacaan kami secara bertalaqqi.
Afyan dan isteri serta lima orang anak tinggal di Batu Caves, Selangor, Mereka baru sampai pagi tadi.
"Surah Jin membawa DALIL NAQLI atau cerita yang diperolehi daripada Jin. Manusia dimaklumkan Jin mendengar al Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw. Rasulallah mengetahuinya melalui wahyu. Tiada riwayat para sahabat membuat hubungan dengan Jin." Aku cuba menjawab soalan anak-anak.
"Ayat pertama, Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberitahu kepada umatnya, sekumpulan jin telah mendengar bacaan al Quran baginda. Jin-jin itu mengakui kebenaran al Quran dan mereka telah beriman."
"Ayat kedua. Jin-jin itu memahami kandungan al Quran. Sebuah kitab yang memberi panduan ke jalan yang benar."
"Tok Ma, ada jin Islam ke?" Tiba-tiba Denial anak Afyan mencelah tanya.
"Ada." Jawabku.
"Dengar ni, tafsir ayat ketiga. Jin-jin itu apabila kembali ke tempat mereka, mereka telah berdakwah kepada kaumnya. Menyeru mentauhidkan Allah. Jin yang beriman mengakui keagungan Allah."
"Ayat keempat pula, menjelaskan dalam masyarakat jin seperti manusia. Ada Islam ada kafir. Ada berbagai mazhab."
"Jin-jin makan macam kita?" Amla bertanya.
"Tidak... Jin-jin makan sisa-sisa makanan kita. Iaitu tulang-tulang. Kalau ada orang menjamu jin dengan pulut kuning, ayam panggang. Jin- jin tak boleh makan pun..."
"Ha...ha...ha.." Anak-anak dan menantu-menantu ketawa.
"Kita makan dululah baru jadi sisa..." Afyan berjenaka.
"Ha..ha..ha..."
"Ada kawan masa di asrama dulu kena rasuk jin. Adik tengok sendiri. Kawan tu meracau-racau suara dia berubah jadi garau. Pah ustaz pulihkan dia." Atia anak bungsuku yang baru balik bercuti bercerita.
Hai anak, macam- macam. Patutlah mereka beria-ia minta mamanya ni tafsir Surah Jin.
"Ayat kelima, jin-jin yang mendengar ayat- ayat al Quran sedar, selama ini, amalan-amalan mereka tiada dalil. Ikut-ikut Tok Nenek, ternyata dusta."
"Ayat keenam..." Aku terus menyambung tafsir.
"Jin-jin menceritakan ada manusia minta tolong atau perlindungan kepada jin. Contoh jumpa bomoh cari barang hilang. Perbuatan itu jelas syirik."
Sunday, 22 December 2019
BALIK KAMPUNG..
ASSALAMUALAIKUM
SEPUPU PI SALMI JUSUH DAN KELUARGANYA BARU-BARU INI BALIK KE KAMPUNG ASAL KAMI DI KAMPUNG KUALA DULANG KECHIL KEDAH SANA...BUKAN MAIN GEMBIRA NAMPAKNYA SEPUPU PI ITU DI SANA MELIHATKAN PIC KIRIMANNYA DI FB SEOLAH MENGGAMIT PI UNTUK PULANG MENELUSURI JALAN KENANGAN...SUDAH BERTAHUN JUGA PI TAK BALIK KAMPUNG....KEUPAYAAN DIRI PUN SEMAKIN TERBATAS....NAMPAKNYA SEKADAR BOLEH PULANG BERSAMA MIMPI SAJA LA

Saturday, 21 December 2019
PILIH YANG MANA?
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH AQIL HARITH BERJAYA MENDAPAT LIMA TAWARAN MEMASUKI SEKOLAH BERASRAMA IAITU; IMTIAZ MELAKA, KYS, ASRAMA FELDA SEMAI BAKTI, VI,, SMKA TIARA PERMAI BERKAT PENCAPAIANNYA DALAM UPSR BARU-BARU INI...KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHNYA SEDERHANA SAJA...CUMA 4A 2B ...TAPI KERANA MAMANYA RAJIN MENGISI BORANG PERMOHONANNYA ONLINE TIDAKLAH SIA-SIA...BOLEH MEMILIH PULA MANA-MANA SEKOLAH BERASRAMA YANG MENEPATI KEMAHUAN UNTUK DIMASUKI MENJELANG PERSEKOLAHAN YANG BAKAL DIMULAKAN TIDAK LAMA LAGI.
AQIL HARITH BERPELUANG KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA KERANA ATUK DAN MAKTUKNYA PENEROKA FELDA..PI LAH TU HEH..HEH..
PIC GOOGLE (C)

Friday, 20 December 2019
AS-SYURA
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
SALAM JUMAAT MULIA
*SURAH 42 AS-SYURA*
SIRI 1: Ayat 1 hingga 12.
SIRI 1: Ayat 1 hingga 12.
Beberapa hari ini hujan turun, menyimbahi bumi Besut. Syukur Alhamdulillah majlis-majlis ilmu masih dapat diteruskan di surau kecil kampung kami, Surau Sri Aman.
Petang semalam kakak iparku, Kak Nah memimpin bacaan kami.
Selesai bertalaqqi, Aku melontar tanya.
"Apa surah utama dalam al Quran?"
"Apa surah utama dalam al Quran?"
"Al Fatihah." Beberapa suara menjawab.
"Apa dakwa surah atau ayat penting dalam al Fatihah?" Aku bertanya lagi.
"IYYAKANAK BUDHU WAIYYA KANASTAIN." Puan Maimunah memberi jawapan.
"Ia, betul." Ujarku.
"IYYAKANAK BUDHU. Hanya Kepada-Mu sahaja Kami sembah. Allah huraikan dalam surah ke-39 Az Zumar. Kita telah belajar surah ini." Aku mengajak mereka mengulangkaji.
"WAIYYA KANASTAIN.. Hanya kepada-Mu sahaja kami minta pertolongan. Allah hurai dalam tujuh surah yang dimulai dengan ayat HAMIIM. Iaitu surah 40 hingga surah 46"
"Ingat tak nama-nama surah tu?" Pertanyaanku berlalu tanpa jawapan.
"Kita dah belajar surah ke-40 Al Ghafir dan surah ke-41 Fussilat. Semuanya dimulai dengan ayat HAMIIM. Allah mengajar kita supaya, berdoalah dan minta tolonglah hanya kepada Allah sahaja. Hari ini surah ke-42 As Syura, juga dimulai dengan HAMIIM."
Aku menguatkan suara , cuba melawan deru hujan di luar.
"Ayat Satu: HAMIIM dan ayat kedua: AIIN, SIIN, QAAF. Merupakan ayat-ayat Muqattaan. Ayat-ayat rahsia Allah. Nabi Muhammad saw pun tidak tahu maknanya kerana Allah tidak beritahu."
"Ayat ketiga merupakan Dakwa Surah ini, tentang Tauhid untuk menguatkan Aqidah. Allah turunkan wahyu melalui kitab-kitab- Nya iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Quran."
Aku menguatkan suara , cuba melawan deru hujan di luar.
"Ayat keempat Allah memberi tahu sifat-sifat-Nya: Mencipta, memiliki dan menguasai seluruh alam ini. Harta kita, anak-anak kita milik siapa?"
"Allah .." Beberapa suara menjawab.
"Duit kita milik siapa?" Spontan Kak Non mengemukakan soalan kepadaku.
"Duit kitapun milik Allah. Dia beri pinjam kepada kita. Di akhirat nanti Allah akan tanya ke mana duit itu dibelanjakan. Duit yang kita sedekahkan dengan ikhlas Allah beri balik kepada kita di akhirat." Jawabku panjang lebar.
Thursday, 19 December 2019
INTAN BAIDURI...
ASSALAMUALAIKUM
BINTANG DAN PLANET BARU
Gemintang bertaburan di langit malam
Sinar suria menyepuh seluruh
Cerlanglah Intan di sisi Baiduri
Menata alam ceritera system galaksi mayapada
Demikian pilar menjunjung rahsia kejadian-Nya
Hanya terpandang tidak terperi
Hakikat bersatu makrifat
Intan menyerlah terpilih
Tidak terpisah jiwa raga
Intan Baiduri sekata
Timbul tenggelam siang gelita
Bersama
PARIDAH ISHAK
JOM SASTERA
18/12/019
PIC PATRIOT (C)
BINTANG DAN PLANET BARU
SEMPENA 100 TAHUN PENUBUHAN KESATUAN ASTRONOMI ANTARA BANGSA (IOU) MEMBERI PELUANG MENAMAKAN 100
EKSOPLANET DAN BINTANG INDUKNYA DENGAN MELANCARKAN KEMPEN NAMEEXOWORLDS IAU 100. WAKIL NEGARA AKAN
MENGEMUKAKAN CADANGAN DAN PIHAK IAU AKAN MENERIMANYA MENURUT SYARAT TERTENTU.
INTAN BAIDURIGemintang bertaburan di langit malam
Sinar suria menyepuh seluruh
Cerlanglah Intan di sisi Baiduri
Menata alam ceritera system galaksi mayapada
Demikian pilar menjunjung rahsia kejadian-Nya
Hanya terpandang tidak terperi
Hakikat bersatu makrifat
Intan menyerlah terpilih
Tidak terpisah jiwa raga
Intan Baiduri sekata
Timbul tenggelam siang gelita
Bersama
PARIDAH ISHAK
JOM SASTERA
18/12/019
Wednesday, 18 December 2019
PUJANGGA
ASSALMUALAIKUM
PARIDAH ISHAK
DMS
18/12/019
ILHAM PUJANGGA
Perbidalan pujangga
coretan suara hatinya membidal
tersirat menukil frasa menyimpul makna
Walau mengeluh melerai rusuh
tegar tabah jalan jauh ditempuh
meski wajah lembut bersahaja
bak…
Indah
sekali permata marjan,
hati galau risau mendesis;
kalau kalau sirna suasah,
Pipit
tuli makan berhujan,
tak dihalau padiku habis,
hendak
dihalau kainku basah.
Gulai
ikan berlinang lemak,
segera hidangkan jangan dilupa;
Hendak
dimakan mati emak,
hendak diluahkan mati bapa.
Berjalan-jalan
ke pengkalan,
Malam nan indah diterangi suar;
hendak
ditelan termengkelan,
hendak diludah tidak keluar.
Padi bersirat
di dalam bendang,
buah celagi di dalam bakul;
betapa
berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul.
Seorang
pujangga
dikenali
lewat persada maya
bergaya penuh wibawa
berkarya berbilang cabang demi
seni kehidupan
Namun hiba dukanya disalut senyuman
berseli tawa
PARIDAH ISHAK
DMS
18/12/019
Monday, 16 December 2019
ALKHAUTHAR
ASSALAMUALAIKUM
"Malam ni surah Al Kauthar, Anum pilih." Afya bersuara memulai majlis ilmu kami. Anum hanya tersenyum.
"Haa... Anum pilih surah terpendek dalam al Quran." Kataku.
"Haa... Anum pilih surah terpendek dalam al Quran." Kataku.
"Aaik... Bukan surah Al Ikhlas ke yang terpendek?" Amla bertanya.
"Surah Al Ikhlas empat ayat. Surah Al Khautar tiga ayat." Jawab Anum.
"Oleh kerana Anum yang pilih surah ni. Anum pimpin bacaan. Fahri, Fayad, Aqila, Ajiad... Baca kuat-kuat ikut Cik Anum baca." Aku mengarahkan cucu- cucuku, anak-anak Amla dan Afya.
Selesai bertalaqqi, Aku memulakan tafsir.
"Surah Al Kauthar merupakan surah mentauhidkan Allah SWT. Pujukkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang sedih kerana kewafatan anak lelaki baginda. Musyrikin Mekah yang benci kepada baginda, gembira dan meraikan kematian tersebut diketuai Abu Lahab bapa saudara Rasulullah saw." Aku berhenti sejenak, membayangkan kesedihan Nabi Muhammad saw. Kemudian menyambung kembali.

"Ayat pertama. Berita gembira kerana mendapat Al Kauthar iaitu Allah SWT beri kebaikan yang banyak kepada Nabi Muhammad saw dan semua pengikutnya.
Kauthar merupakan sebuah telaga di Padang Mahsyar. Baginda akan memberi minum kepada umatnya yang betul-betul mengamalkan sunnahnya. Yang buat amalan tidak ikut sunnah akan dihalau, tak dapat minum. Kita nak minum tak?"

"Naaakk!!"
"Jadi perkataan kita, perbuatan kita hendaklah ikut sunnah supaya dapat pahala dan layak mendapat air daripada telaga Kauthar."
"Minum air daripada telaga Al Kautar tak dahaga sampai bila-bila." Afya mencelah
"Ya..." jawabku. "Ayat kedua, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur dengan mengerjakan solat. Solat dapat hilangkan kesedihan apabila ditimpa musibah. Tanda kita solat semata-mata kerana Allah, solat di awal waktu. Kalau kita lewat-lewat solat, solat lebih kurang bukan kerana Allah dah tu..." Aku mengingatkan diri sendiri dan anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucuku.
"Allah SWT juga menyuruhkan kita bersyukur dengan melakukan ibadah korban, pada hari raya Eidul Adha."
"Setiap tahun kita kena buat korbanlah ya..." Azya bersuara dan menyambung kata. "Nabi Ibrahim sanggup berkorban nak sembelih putera baginda Nabi Ismail kerana taat kepada perintah Allah."
"Allahu Akhbar..."
"Ayat ketiga, merupakan Ancaman Allah SWT. Sesiapa yang membenci Rasulullah saw, Allah SWT benci. Musyrikin Mekah gembira dengan kewafatan anak lelaki Rasulullah saw dan anggap terputus keturunan baginda. Allah SWT menjawab. Keturunan merekalah yang akan terputus. Contoh keturunan Abu Lahab, sudah tidak ikut sembahan datuk nenek moyang mereka. Keturunan Nabi Muhammad saw kekal hingga kepada Imam Mahadi."
Saturday, 14 December 2019
PERADUAN GURINDAM...
ASSALAMUALAIKUM
TAMAN GURINDAM:
GURINDAM BUANG SIFAT-SIFAT BURUK
13 Disember 2019
GURINDAM BUANG SIFAT-SIFAT BURUK
13 Disember 2019
Keputusan:
Penyertaan terbanyak:
Yahti Hayati - 16 rangkap
Paridah Ishak - 15 rangkap
Mak Russ - 11 rangkap
Penyertaan terbanyak:
Yahti Hayati - 16 rangkap
Paridah Ishak - 15 rangkap
Mak Russ - 11 rangkap
Karya terbaik pilihan juri:
CL Tan
Amranee Honey
Yahti Hayati
CL Tan
Amranee Honey
Yahti Hayati
TAHNIAH.
Terima kasih kepada kanda Sabariah Nor Salleh sebagai juri tetap saya. Terima kasih kepada semua yang menyertainya. Sekali bergurindam terus bergurindam.
PENULIS MAPAN CIKGU NAZIM MOHD SUBARI MEMANG RAJIN MENGADAKAN PERADUAN GURINDAM DI WALL FB BELIAU DENGAN JURI TETAPNYA PENULIS SABARIAH NOR SALLEH,,,INI KALI KEDUA PI SERTAI DAN TERPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANGNYA..ALHAMDULILLAH.

GURINDAM BUANG SIFAT BURUK
Buang sifat cuaikan masa,
hilanglah emas bukan suasa.
Buang sifat suka bercanda,
ambil serius semua agenda.
Buang sifat merasa hebat,
penyakit jiwa sukar diuba
. Buang sifat suka dibantu,
rajin usaha jadi penentu
Buang sifat suka dipuji,
kadang belakang ramai mengeji.
Buang sifat mudah kecewa,
gigih dan tegar riang ketawa.
Buang sifat degil dan nakal,
tanda beriman lagi berakal.
Buang sifat suka mengungkit,
jika diamal jadi penyakit.
Buang sifat menghina nista,
dunia yang
fana kita melata.
Buang sifat malu belajar,
ilmu bertambah taraf sejajar,
Buang sifat mengaku bijak,
lautan i lmu tidak terjejak.
Buang sifat
suka bermimpi,
mencapai nyata
penuhi impi.
Buang sifat mewah berbelanja,
berjimat cermat rajin bekerja.
Buang sifat mengambil mudah,
fikir teliti selesai gundah.
Buang sifat suka membeli,
papa kedana rajin berjoli.
PARIDAH ISHAK
DMS
14/12/019
.
Friday, 13 December 2019
PANTUN PUTRAJAYA
ASSALAMUALLAIKUM
SAYEMBARA PUISI PUTRAJAYA DBP TELAH MENGUMUMKAN PEMENANG HADIAH SAGUHATI...NAMPAKNYA KARYA PI TIDAK TERSANGKUT ....TAHNIAH KEPADA SAHABAT2 PI PENULIS SABAH GABBRIEL KIM JUAN, ALOY INDERA JOKINA, PENA PERMAI DLL....JIKA ADA PELUANG LAIN KALI PI SERTAI LAGI HEH..HEH..

TAJUK
PANTUN
PUTRAJAYA
OLEH
PARIDAH ISHAK
Rimbun sempaya jadi tumpuan,
Himpun buahan bawa ke huma;
Putrajaya Wilayah Persekutuan,
Akhir 90-an terbina nama.
Pakai kebaya mengutip cermai,
Mula melencong merata-rata;
Putrajaya nyaman dan permai,
Ramai pelancong deru wisata.
Di dalam paya berenang toman,
Dibawa joran umpan beserta;
Putrajaya bandar raya taman,
Pusat tadbiran nusa
tercinta.
Adik bergaya berbaju merah,
Jalan beraya begitu lama;
Putrajaya catat sejarah,
Bandar raya pintar lagi ternama.
Makan papaya belimbing besi,
Di dalam raga berisi pinang;
Putrajaya laman rekreasi,
Bersama keluarga bersantai tenang.
Roti sekaya sama dibawa,
Tidak terlupa kuih kasturi;
Putrajaya sangat istimewa,
Berjenis puspa mekar berseri.
Merasa loya penat riadah,
Melepas lelah di pondok agam;
Putrajaya laman ibadah,
Masjid musolah indah tersergam.
Tidak berdaya meredah salju,
Dingin terasa hilang upaya;
Putrajaya menyerlah maju,
Kebanggaan bangsa Malaysia jaya.
PARIDAH ISHAK
DESA MELOR SERENDAH
7/11/019