SURAH 72. AL JIN.
Ayat 1 hingga 13
(Siri 1)
Ayat 1 hingga 13
(Siri 1)
"Mama betul ke Jin takut apabila dibacakan Surah Jin?" Pertanyaan Azya minggu lepas masih terngiang- giang di telinga.
"Minggu depan Mama tafsirlah Surah Jin." Afya memberi cadangan.
"Insyaallah boleh. Kisah-kisah jin memang menarik kan..." Ujarku.
Aku akur permintaan anak-anak. Supaya mereka suka belajar tafsir al Quran. Malam tadi Aku berkongsi ilmu, mentafsir Surah Jin ayat 1 hingga 13.
"Mama boleh ke manusia berkawan dengan Jin?" Afyan yang kami panggil Abang Long mengemukakan soalan sebaik sahaja dia selesai memimpin bacaan kami secara bertalaqqi.
Afyan dan isteri serta lima orang anak tinggal di Batu Caves, Selangor, Mereka baru sampai pagi tadi.
"Surah Jin membawa DALIL NAQLI atau cerita yang diperolehi daripada Jin. Manusia dimaklumkan Jin mendengar al Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw. Rasulallah mengetahuinya melalui wahyu. Tiada riwayat para sahabat membuat hubungan dengan Jin." Aku cuba menjawab soalan anak-anak.
"Ayat pertama, Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberitahu kepada umatnya, sekumpulan jin telah mendengar bacaan al Quran baginda. Jin-jin itu mengakui kebenaran al Quran dan mereka telah beriman."
"Ayat kedua. Jin-jin itu memahami kandungan al Quran. Sebuah kitab yang memberi panduan ke jalan yang benar."
"Tok Ma, ada jin Islam ke?" Tiba-tiba Denial anak Afyan mencelah tanya.
"Ada." Jawabku.
"Dengar ni, tafsir ayat ketiga. Jin-jin itu apabila kembali ke tempat mereka, mereka telah berdakwah kepada kaumnya. Menyeru mentauhidkan Allah. Jin yang beriman mengakui keagungan Allah."
"Ayat keempat pula, menjelaskan dalam masyarakat jin seperti manusia. Ada Islam ada kafir. Ada berbagai mazhab."
"Jin-jin makan macam kita?" Amla bertanya.
"Tidak... Jin-jin makan sisa-sisa makanan kita. Iaitu tulang-tulang. Kalau ada orang menjamu jin dengan pulut kuning, ayam panggang. Jin- jin tak boleh makan pun..."
"Ha...ha...ha.." Anak-anak dan menantu-menantu ketawa.
"Kita makan dululah baru jadi sisa..." Afyan berjenaka.
"Ha..ha..ha..."
"Ada kawan masa di asrama dulu kena rasuk jin. Adik tengok sendiri. Kawan tu meracau-racau suara dia berubah jadi garau. Pah ustaz pulihkan dia." Atia anak bungsuku yang baru balik bercuti bercerita.
Hai anak, macam- macam. Patutlah mereka beria-ia minta mamanya ni tafsir Surah Jin.
"Ayat kelima, jin-jin yang mendengar ayat- ayat al Quran sedar, selama ini, amalan-amalan mereka tiada dalil. Ikut-ikut Tok Nenek, ternyata dusta."
"Ayat keenam..." Aku terus menyambung tafsir.
"Jin-jin menceritakan ada manusia minta tolong atau perlindungan kepada jin. Contoh jumpa bomoh cari barang hilang. Perbuatan itu jelas syirik."
Perkongsian yang menarik ..diciptakan makhluk di dunia iaitu di kalangan manusia dan jin
ReplyDeletememang perlu kita mengkaji tafsir Al-Quran
ReplyDeletesupaya dapat faham apa yang kita baca
setuju dengan wak. kadang apa yg kita baca tapi tak tahu tafsir, jadi tak ke mana lah :D
ReplyDeleteBiar jin berkawan dengan jin, dan manusia berkawan dengan manusia saja laa, nak kawan dengan kucing pun boleh..😅😆
ReplyDelete