Monday, 16 December 2019

ALKHAUTHAR

ASSALAMUALAIKUM



"Malam ni surah Al Kauthar, Anum pilih." Afya bersuara memulai majlis ilmu kami. Anum hanya tersenyum.
"Haa... Anum pilih surah terpendek dalam al Quran." Kataku.
"Aaik... Bukan surah Al Ikhlas ke yang terpendek?" Amla bertanya.
"Surah Al Ikhlas empat ayat. Surah Al Khautar tiga ayat." Jawab Anum.
"Oleh kerana Anum yang pilih surah ni. Anum pimpin bacaan. Fahri, Fayad, Aqila, Ajiad... Baca kuat-kuat ikut Cik Anum baca." Aku mengarahkan cucu- cucuku, anak-anak Amla dan Afya.
Selesai bertalaqqi, Aku memulakan tafsir.
"Surah Al Kauthar merupakan surah mentauhidkan Allah SWT. Pujukkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang sedih kerana kewafatan anak lelaki baginda. Musyrikin Mekah yang benci kepada baginda, gembira dan meraikan kematian tersebut diketuai Abu Lahab bapa saudara Rasulullah saw." Aku berhenti sejenak, membayangkan kesedihan Nabi Muhammad saw. Kemudian menyambung kembali.
"Ayat pertama. Berita gembira kerana mendapat Al Kauthar iaitu Allah SWT beri kebaikan yang banyak kepada Nabi Muhammad saw dan semua pengikutnya.
Kauthar merupakan sebuah telaga di Padang Mahsyar. Baginda akan memberi minum kepada umatnya yang betul-betul mengamalkan sunnahnya. Yang buat amalan tidak ikut sunnah akan dihalau, tak dapat minum. Kita nak minum tak?"
"Naaakk!!"
"Jadi perkataan kita, perbuatan kita hendaklah ikut sunnah supaya dapat pahala dan layak mendapat air daripada telaga Kauthar."
"Minum air daripada telaga Al Kautar tak dahaga sampai bila-bila." Afya mencelah
"Ya..." jawabku. "Ayat kedua, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur dengan mengerjakan solat. Solat dapat hilangkan kesedihan apabila ditimpa musibah. Tanda kita solat semata-mata kerana Allah, solat di awal waktu. Kalau kita lewat-lewat solat, solat lebih kurang bukan kerana Allah dah tu..." Aku mengingatkan diri sendiri dan anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucuku.
"Allah SWT juga menyuruhkan kita bersyukur dengan melakukan ibadah korban, pada hari raya Eidul Adha."
"Setiap tahun kita kena buat korbanlah ya..." Azya bersuara dan menyambung kata. "Nabi Ibrahim sanggup berkorban nak sembelih putera baginda Nabi Ismail kerana taat kepada perintah Allah."
"Allahu Akhbar..."
"Ayat ketiga, merupakan Ancaman Allah SWT. Sesiapa yang membenci Rasulullah saw, Allah SWT benci. Musyrikin Mekah gembira dengan kewafatan anak lelaki Rasulullah saw dan anggap terputus keturunan baginda. Allah SWT menjawab. Keturunan merekalah yang akan terputus. Contoh keturunan Abu Lahab, sudah tidak ikut sembahan datuk nenek moyang mereka. Keturunan Nabi Muhammad saw kekal hingga kepada Imam Mahadi."

14 comments:

  1. Moga dapat kita merasai nikmatnya air telaga khauthar.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah sentiasa memberkati dengan kebaikan dunia dan akhirat buat kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian kak...

    Antara surah yang selalu dibaca dalam solat seharian

    ReplyDelete
  4. Selalu baca surah Al-Khautar dalam sembahyang sebab pendek aje

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. terima kasih kongsi info pada kami ;)

    ReplyDelete
  6. TKSH PC MOGA KITA DAPAT MERASAI NIKMATNYA

    ReplyDelete
  7. TKSH DANA KALAU HILANG BARANG SAMBIL MENCARI SAMBIL BACA INSYAA ALLAH JUMPA

    ReplyDelete
  8. TKSH WP WALAU PENDEK SURAHNYA BESAR FADILATNYA

    ReplyDelete
  9. TKSH UMI NAZRAH MOGA BERMANFAAT

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian kak.

    ReplyDelete
  11. Bagus entri ni. Anak saya sekrang tengah hafa surah al-kauthar ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”