Friday, 27 December 2019

AL JIN SIRI 2

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

PIC NOORLAILA GHAFAR

SAMBUNGAN SURAH 72. AL JIN
Masih ayat 1 hingga 13
(Siri 2)
"Ayat ketujuh. Jin-jin kafir tidak percaya kepada rasul-rasul dan tidak percaya kehidupan selepas mati."
Suaraku yang kuat dan lantang berbaur dengan suara-suara cucu menangis, bergaduh bagai. Tujuh anak, lima menantu dan 17 cucu berkumpul. Kak Nah, kakak iparku datang sebagai tetamu turut menyertai majlis ilmu kami.
"Mama, jin mati tak?" Tanya Zainuddin suami Azya.
Aku segera menjawab. "Setiap yang bernyawa pasti mati, cuma tempoh hidup berbeza. Contohnya seperti haiwan. Ada tempoh hayatnya panjang dan ada yang pendek."
"Ayat lapan. Allah SWT memberitahu jin-jin berusaha mencari berita di langit dunia. Mereka mendapati langit dikawal ketat oleh pengawal- pengawal dengan rejaman -rejaman api yang menyala."
"Rasanya ada jin berdialog dengan Nabi." Amiru pula memberi pandangan sambil jari-jarinya menari-nari di skrin telefon bimbit. Mungkin cari maklumat dalam internet.
"Tidak ada riwayat yang sahih tentang jin berdialog dengan Nabi. Dalam al Quran hanya menukilkan perbicaraan golongan jin yang mendengar bacaan Quran Nabi Muhammad saw. Lalu mereka beriman. Rasulullah sendiri tidak tahu jin mendengar bacaan Quran baginda. Sehingga Allah SWT beritahu melalui wahyu." Jawabku panjang lebar
"Sekarang ada jin kot, dengar mama tafsir surah jin."
"Ha..ha..ha.." Gurauan Nur Hajar isteri Amiru disambut gelak-ketawa.
"Malaikat-malaikat yang ada bersama kita sekarang ni." Nurmaezah isteri Afyan bersuara.
"Ya..," ujarku. "Beribu malaikat memayungi majlis ilmu kita dengan sayap-sayapnya. Berdoalah... Doa dalam majlis ilmu diaminkan para malaikat." Suasana hening seketika. Aku menyambung tafsir.
"Ayat sembilan. Jin bercerita dulu mereka boleh mencuri berita dari langit. Jin-jin itu menyampaikan berita itu kepada bomoh dan ahli nujum. Ada berita yang disampaikan benar terapi mereka tokok tambah beratus penipuan. Manusia jahil senang ditipu."
"Tetapi sekarang jin-jin yang cuba mendengar berita dari langit dunia akan dikejar oleh api dalam bentuk tahi bintang atau meteor. Tahi bintang yang jatuh ke bumi adalah bekas rejaman jin."

4 comments:

  1. waalaikumussalam. Allahu, makin tahu makin banyak lagi yg tak tahu

    ReplyDelete
  2. TKSH UMI NAZRAH YA BEGITULAH SELALUNYA

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dijauhi daripada gangguan makhluk2 ini

    ReplyDelete
  4. TKSH WP YA KITA BERLINDUNG KEPADA-NYA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”