Wednesday, 31 July 2019

AWAN..


ASSALAMUALAIKUM



AWAN

Redup tabir langit
cuaca suram
titis hujan
gerimis

Gerimis sebentar
meluruh lebat
limpah rata
membersih

Rahmat dari langit
kunjung selalu
demi hamba
bertakwa



Tuesday, 30 July 2019

DIRGAHAYU TUANKU

     ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG KE 16
Daulat Tuanku
Raja & Rakyat Berpisah Tiada


Asah  berkilat parang di paya,
memotong rotan lalu disiat;
Raja berdaulat waris anbiya,
mahkota watan sanjungan rakyat.


BAGINDA IALAH SULTAN NEGERI PAHANG DARULMAKMUR

Munsyi Md Rasul bin Haron
@Memartabatkan Bahasa Melayu
Bahagian Matrikulasi KPM
Putrajaya
29 Julai 2019
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. arkaik: tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
Kuasa-kuasa raja yang ada adalah, tanpa mengambil atau menafikan hak-hak rakyat jelata demi menaungi kesejahteraan ramai.
Seperti dipetik dan dinasihatkan dengan indah dalam naskah agung Sejarah Melayu lagi, bahawa: “Raja-Raja itu, jikalau bagaimana sekalipun tahunya, seandai tiada muafakat dengan segala pegawai, tiadalah akan sentosa kerajaannya.” Pada helaian yang lain pula dimadahkan: “Raja itu umpama pohon, manakala rakyat pula ibarat akarnya.”
Baginda Tuanku sebagai cerminan, iaitu manifestasi kepada ‘Adi­cita’ atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur lagi merdeka.

Sunday, 28 July 2019

MELEWATI SENJA

ASSALAMUALAIKUM

                                         SENJAKALA SEMPORNA SABAH

                                         PIC CIKGU NAZEKAKANASIDENA DAN PUTERINYA (C)


MELEWATI SENJA

Remang temaram suram suasana
Namun langkah diatur tega
Meski pasrah mengulit lelah menjelah
Payah menggelut minda kecil mengeluh rengsa
Mengharap titis sinar merona hala
Membungkus persoalan mendatang tanda silap
Noda hitam cemar sebidang kain hayat biar seputih kapas
Sebelum tinggalkan fana terpadam segala lorekan durja
Sepanjang batas riwayat disusur kembali
Ditabur puspa budi sukma
Agar berakar berkuntum mekar di pohon era
Membuah manis pahala
Menyira pahit dosa
Cemburu detik berlalu sepantas kilat
Mengiring kembali ke sisi-Nya
Mengharap bahagia abadi
Insyaa-Allah…

PARIDAH ISHAK
Desa Melor  Serendah
28/07/019

Friday, 26 July 2019

PANTANG LARANG...

ASSALAMUALAIKUM

.     PANTANG BAYI     DIBERI MAKAN PULUT
Bayi yang telah berusia enam bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan untuk proses tumbesarannya selain susu ibu dan susu berformula.  Pelbagai jenis makanan untuk bayi berada di pasaran. Boleh dipilih mana satu yang disukai sambil menukarnya mengikut selera bayi.
            Ada yang memberi bayi mereka makan nasi lembik yang dicampur lauk ikan, ayam atau daging dan sayur agar nnutrisi makanannya seimbang. Tapi memberi bayi makan nasi pulut memang pantang bagi sesetengah orang.
            Menurut yang mempercayainya; memberi bayi makan pulut akan menyebabkan lambat kebolehannya bercakap. Kalau boleh bercakap pun percakapannya akan tergagap-gagap. Anak yang dilahirkan sempurna tentu tidak dimahukan walau sedikitpun cacat-celanya. Percakapannya tentu diharapkan jelas dan mudah difahami.
            Itu hanya sebuah pesan pantang-larang temurun keluarga PI. PI akur juga dengan pantang tok nenek PI ini. Sekadar satu saja makanan pantang kosumsi sedangkan teramat banyak makanan berkhasiat yang lebih sesuai untuk makanan bayi yang masih kecil bukanlah masalah besar.   
            Terpulang saja kepada penerimaan masing-masing untuk menilai keburukan dan kebaikan dari sudut yang lebih ilmiah. Pulut adalah sejenis beras yang tinggi kandungan gula dan kabohidrat. Mungkin bayi sukar mencernanya dan menyebabkan serangan angin menggelombang dalam perut dan menjadikannya kembung.
            Jikalau perut bayi kembung tentu menyebabkannya menangis kerana merasa sakit dan tidak selesa. Oleh itu kewajaran pantang ini demi kebaikan bayi tidak harus dipertikaikan. Kalau bayi kecil dah mula menangis, ibu bapanya pula yang akan menangis risau tentunya. Sibuk pula ke  sana ke mari mencari penawarnya. Lebih baiklah mencegah daripada mengubati. Meminjam pepatah Inggeris, “Prevention is better then cure”   
           
                         
3.        

Thursday, 25 July 2019

KURA KURA TERBANG TERLUPA PESANAN...

ASSALAMUALAIKUM

DBPNIAGA @FACEBOOK TELAH MENGELUARKAN SENARAI KARYA YANG DISIARKAN DALAM MAJALAH DEWAN PELAJAR EDISI OGOS...NAMPAKNYA CERITA RAKYAT KURA KURA TERBANG TERLUPA PESANAN OLAHAN PI TURUT TERSANGKUT DI SITU...ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA-NYA.

TERIMA KASIH EDITOR DEWAN PELAJAR ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI .

JANGA LUPA DAPATKAN MAJALAH INI SEBAGAI BAHAN BACAAN KELUARGA DISAMPING MENIKMATI KARYA PI SEADANYA ITU....TENTU TERTANYA-TANYA BAGAIMANALAH KURA KURA BOLEH TERBANG YA! MENAKJUBKAN...KENALAH BELI DAN BACA HEH..HEH..


                                                                PIC DBPNIAGA (C)


PIC PENULIS WADI SOFI

Wednesday, 24 July 2019

PUISI DAN PEMUISI

 ASSALAMUALAIKUM


Buku sastera berjudul "PUISI dan PEMUISI - Satu Pengenalan" menghimpunkan sebanyak 40 tajuk genre puisi serta keterangan pengarangan dan asal usul puisi berkaitan. Di sampaing itu menghimpunkan 10 kategori pemuisi yang ada kaitan dengan persembahan genre puisi. Buku ini merupakan terbitan SPTA yang kesembilan bagi tahun 2019

PI telah menerima tiga buah buku ini daripada sifu Tabir Alam beberapa hari lalu....selak baca rupanya ada karya PI haibun KENANGAN RAMADAN turut terselit sebagai petikan contoh puisi haibun...Alhamdulillah penghargaan sifu amat membanggakan hati kecil ini...terima kasih banyak sifu.

Buku tulisan sifu TABIR ALAM ini amat bermenfaat kepada peminat puisi yang berhasrat menukilnya. Amat mudah untuk memahaminya. Sekiraya berminat milikinya hubungi TABIR ALAM @FACEBOOK

Tuesday, 23 July 2019

SIFAT 20...

ASSALAMUALAIKUM

PUISI SIFAT 20
OLEH LATTY LATISSA

PANTUN SIFAT 20

1. WUJUD
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

2. QIDAM
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

3. BAQA
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

5. QIAMUHU BI NAFSIHI
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

6. WAHDANIYYAH
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

7. QUDRAT
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

8. IRADAT
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

9. ILMU
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

10. HAYAT
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

11. SAMA'
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

12. BASYOR
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

13. KALAM
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya juaj
Baik buruk pasti dihitungNya.

20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Aminnn
Yahti Hayati

Saturday, 20 July 2019

LENGKARAN MAYA...

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH RUANGAN PUISI UTUSAN MALAYSIA SABTU 20 JULY 019 TELAH SIARKAN SAJAK PI LENGKARAN MAYA...
TERIMA KASIH BANYAK EDITOR BERKENAAN ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI

                                                             
                                                               PIC PENYAIR NOOR IZAM
                                                                   TERIMA KASIH

Friday, 19 July 2019

FADILAT BERSEDEKAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA
                                                         PIC GOOGLE (C)


.
Jika hendak menangkap ayam kalau dikejar tentu sukar menangkapnya. Taburlah bijirin tentu ayam akan terkedek-kedek menghampirimu. Begitu juga dengan rezeki dengan rajin bersedekah rezki kita akan melimpah dan usaha kita yang sedikit diberkati Allah
 Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”
“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”
Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat
“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”
#3 – Dilipat Gandakan Pahala
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani
#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat
Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.
Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Hadis Riwayat Bukhari
. "Segeralah bersedekah kerana sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah" - Riwayat Muslim
https://waqaf.my/12-kelebihan-bersedekah-yang-kita-tidak-ketahui

Thursday, 18 July 2019

ULIK MAYANG

ASSALAMUALAIKUM

                                                             pic google (c)
ULIK MAYANG
#1SONIAN 6543
Tarian tradisi
teater rakyat
Terengganu
sinonim

Lemah lembut santun
gemalai alun
deru angin
membelai

#2 SONIAN 6563
lenggok kiri kanan
tujuh puteri
menghalau penyakit
menjauh

lagu indah syahdu
mentera lama
mayang nyiur gading
wahana

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
18/07/19
pic google (c)

Wednesday, 17 July 2019

SANTUN KASIH...

ASSALAMUALAIKUM




SANTUN KASIH


Adik beradik saudara mara
jiran tetangga kawan sahabat
ukhuwah kasih erat dan mesra
kenali makna kaum kerabat


Bertanya khabar jauh dan dekat
mengambill tahu senang susahnya
terasa renggang segera ikat
agar hubungan kekal jalinnya

Bertolong bantu bahu membahu
masalah berat berubah ringan
tidak mengendah mengambil tahu
bersatu padu berpisah jangan

Ada masalah usaha rungkai
duduk berbincang bermesyuarat
kata diputus tidak pertikai
apa tersurat sama tersirat

Kasih dan sayang bersemi segar
bak puspa indah harum kasturi
tegaknya pohon  usah digegar
taman ukhuwah cantik berseri   

Tuesday, 16 July 2019

PANTANG LARANG...

ASSALAMUALAIKUM


PANTANG LARANG MASYARAKAT MALAYSIA
1.
PANTANG MAKAN KEPALA IKAN
Kepala ikan yang digoreng atau digulai teramatlah sedapnya jika dimakan bersama nasi. Ikan  goreng di piring sebentar saja sudah hilang kepalanya entah ke mana. Hanya  tinggal badan ikan saja. Begitu juga kalau kepala ikan yang digulai, sering menjadi tumpuan. Kesedapan  rasa ikan bahagian kepala yang ada  sedikit isi ramai yang menyukainya.
            Pesan emak PI kepada kami anak-anaknya, supaya tidak makan kepala ikan. Emak mengatakannya bahawa itu adalah pesanan tok nenek keturunan terdahulu.  Anak-anak yang masih sekolah kena pantang makan kepala ikan supaya otak tidak benak. Jadi mudah belajar dan cepat pandai.
            Maksud emak PI tentulah kalau makan kepala ikan akan menyebabkan fikiran menjadi bengap dan sukar mengingati ajaran guru. Jadi sudah  seharusnya dielakan daripada makan walau rasanya sedap menyelerakan.
            Kejayaan dalam pelajaran amatlah penting demi masa depan yang cemerlang. Bagi ibu bapa yang mementingkan kejayaan anak-anak, pesan sebegini diturunkan kepada waris-warisnya secara lisan.
            Sebenarnya tiada kaitan secara ilmiah bahawa makan kepala ikan mempengaruhi keaktifan minda berfikir dari sudut agama atau perubatan. Cuma semata pantang yang dipercayai. Tetapi tentu ada kebaikannya yang tersirat

Sunday, 14 July 2019

HAYYIN LAYYIN QARIB SAHL

ASSALAMUALAIKUM


" Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka ? "
para sahabat berkata," Mau wahai Rasulullah"
Baginda menjawab," Yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, layyin, Qarib,Sahl."
( HR At Tirmidzi dan ibnu Hiban )
1. Hayyin orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.
2. Layyin
orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap.tidak kasar, tidak mengikuti hawa napsu, lemah lembut dan selalu mengikuti kebaikan untuk sesama manusia.
3. Qarib
akrab, ramah ketika di ajak bicara, menyenangkan bagi orang yang di ajak bicara dan murah senyum jika bertemu
4. Sahl
orang yang tidak mempersulit sesuatu.selalu ada cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan.
Mudah-Mudahan kita semua termasuk golongan orang-orang yang di berkati dan di rahmati serta di kasihi Allah SWT di samping orang-orang yang kita sayangi Aamiin...

Friday, 12 July 2019

DENGAN DUIT....


ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


Duit boleh beli rumah.
Tapi takkan dapat beli kebahagian.
Duit boleh beli katil.
Tapi tidak dapat beli tidur yang lena.
Duit boleh beli jam.
Tapi tidak boleh beli masa
Duit boleh beli makanan.
Tapi tidak boleh beli selera.
Duit boleh beli ubat
Tapi tidak boleh membeli sihat.
Jangan fikir ada duit kita mampu mencapai segalanya. Semua ada batas-batasnya kecuali REZEKI DAN NIKMAT ALLAH.
Maka carilah ALLAH, nescaya DIA akan memberikan segala REZEKI dan NIKMAT.

Suzana.upahmenulis.com

Thursday, 11 July 2019

ULASAN BUKU DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM



DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA
Genre : Biodata
Editor:
Rahman Shaari
Penyelenggara :
Norazimah Abu Bakar
Ladin Nuawi
Wanrazuhar
Wacana Minda
Usman Gumanti
Penerbit : PENYAIR Malaysia
Nombor ISBN : 978-967-14893-5-2 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 179
Pengulas : Paridah Ishak


DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA tidak saja menghimpunkan senarai  biodata100 penyair Malaysia malah turut  menyertakan biodata lebih rinci penggiat sastera yang mengagumkan dan sewajarnya dikenali.  
Mukaddimah pendahuluan buku ini oleh Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Che Othman penaung PENYAIR Malaysia. Kata Penghantar  pula oleh A Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia dan  “Prakata oleh Dato’ Dr. Rahman Shaari.
            Telah dilancarkan sempena  KONPEN.(.KOVENSYEN PENYAIR DUNIA) yang berlangsung di Bachok Kelantan pada 21-22 july 018 dalam suasana meriah dengan pelbagai acara seni dan budaya yang dihadiri penyair di dalam dan luar negara juga penggiat-penggiat sastera tanah air.
            Dimulai dengan biodata Sasterawan Negara  yang dipapar detil dan lengkap..  Seramai 7 orang yang disenaraikan iaitu:
1.    1983: Dato’ Dr Usman Awang
2.    1985: datuk (Dr.) A. Samad Said
3.    1991: Prof Emritus Dr. Muhammad Haji Salleh
4.    2009: Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
5.    2011: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
6.    2013: Datuk Baha Zain
7.    2015: Datuk Dr Zurinah Hasan
Menelusuri biodata Sasterawan Negara dalam pencapaian di arena kesusateraan dan kehidupan sebenar sangat menginspirasikan. Apalagi buat mereka yang mulai menaruh hati untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.  Bukanlah mudah hendak berada teratas di kalangan Sasterawan Negara yang telah dinobat.ini. Tapi tidaklah mustahil mencapaiya sekiranya ada kesungguhan minat dan usaha sedari muda. lagi.
Membaca biodata setiap Sasterawan Negara pasti menyemarakan semangat untuk berkarya sebaiknya dalam bidang kepenyairan atau genre sastera lain yang diminati.
Kesemuanya bertolak dengan menghasilkan karya eceran yang disebar merata medium penulisan. Prolifik menghasilkan karya sastera tanpa jemu sehingga menjadi penulis mapan lagi disegani.
Turut disertakan juga adalah biodata penulis penulis yang menerima  ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015. Anugerah ini menawarkan hadiah penulisan yang lumayan sebagai mengiktiraf karya penulis penulis yang terbabit di peringkat negara Asean..
PENERIMA ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015
1.    A.Latif. Mohidin
2.    Siti Zainon Ismail
3.    Jihaty Abadi
4.    Amil Jaya
5.    Dharmawijaya
6.    A.Wahab. Ali
7.    Suhaimi Haji Muhammad
8.    Lim Swee Tin
9.    A Ghafar Ibrahim
10. Rahman Shaari
11. Zaen Kasturi
12. SM Zakir
13. Malim Ghozali PK
14. Zam Ismail
15. Jasni Matlani
Di bahagian akhirnya adalah senarai penyair-penyair yang menyertakan biodata diri masing-masing.  Nampaknya buku ini tidaklah menghimpunkan kesemua biodata penyair yang bergiat dalam kepenyairan Malaysia. Ramai lagi yang tidak tersenarai. Mungkin sebab tidak tahu tentang projek DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA yang diusahakan PENYAIR Malaysia ini.
Memetik Kata Penghantar oleh A.Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia;
“Bagi penyair yang belum namanya termasuk dalam buku pertama ini, kami mohon kesabaran anda menunggu untuk pembaikan dan penerbitan yang lebih kemaskini . moga pengalaman pertama ini akan terus merangsangkan daya persona atau kemendirian kita sebagai insan kerdil yang ingin terbang ke langit biru, dalam meniupkan semangat kemanusiaan keseluruh  sarwajagat dan mampu melahirkan jatidiri penyair sebenar. “

PENYAIR MALAYSIA

1.    A  Aziz Deraman
2.    A Ghani Abdullah
3.    A Hamid Halim
4.    Adiwangsa Sukma
5.    Ahmad Razali
6.    Ahmad Sarju
7.    Animas Ar
8.    Asiah Sarji
9.    Aya Rohayah
10. Azizah Mds
11. Baharudin Sairi
12. Barupati Utamaju Baharum
13. Darma Mohamaf
14. Othman Yatim
15. Dil Froz Sayhals
16. Dayangku Mastura
17. Dr. Abham  TR
18. Gabriel Kimjuan
19. Ghazali Din
20. Hamzah Hamdani
21. Haryatie Abd. Rahman
22. Hipani Alwi
23. Ismail Hashim
24. Jaliha Binti Jaman @ Lya Zam
25. Juriyati Mat Jali
26. Kasajiza A.S
27. Kathrina Susana Tati
28. Ladin Nuawi
29. Lina Binti Mohd Lin
30. Maslina Binti Mahbu
31. Mahad A Bakar
32. Maulana Putera
33. Milyana Binti Arshad
34. Mohamad Rosli Bakir
35. Mohamad Saleeh Rahamad
36. Mustafa Siraj
37. Nazirah Muhammed
38. Nelson Dino
39. Noorlaila Ghafar
40. Nor Zaiton Hanafi
41. Noor Aisyah Maidin
42. Norazimah Hj. Abu Bakar
43. Norazmah Binti Zakaria
44. Nordin Hashim
45. Norgadis Labuan
46. Norhisham Mustafa
47. Norza
48. Paridah Ishak
49. Raja Abd.Rahman Bin Raja Basok
50. Raja Rajeswari Seetha Raman
51. Ramlah Abd. Rasid
52. Ramlee Bin Wahab
53. Razali Mohd Yussof
54. Rosita Ibrahim
55. Roslan Madun
56. Rozeline Vitalis
57. Saedon Ibrahim
58. Rusmimi Musa
59. Salmiah Ismail
60. Shamsudin Othman
61. Sharifah Hanura Eezwa Syed Akbar Ali
62. Syukri Abdullah
63. Siti Zaleha M Hashim
64. Solihin Osman
65. Sri Diah Shamsudin
66. Suzana Jumadil
67. Teratai Abadi
68. Tuan Siti Mustazameatun Binti Long Tuan Kecik
69. Usman Ibrahim
70. Wacana Minda
71. Wan Asyeah Wan Nawang
72. Wanrazuhar
73. Zaheera Ibrahim
74. Zaiton Haji Ajmain
75. Zaleena Ena
76. Zurhan B Bakar