Friday, 26 July 2019

PANTANG LARANG...

ASSALAMUALAIKUM

.     PANTANG BAYI     DIBERI MAKAN PULUT
Bayi yang telah berusia enam bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan untuk proses tumbesarannya selain susu ibu dan susu berformula.  Pelbagai jenis makanan untuk bayi berada di pasaran. Boleh dipilih mana satu yang disukai sambil menukarnya mengikut selera bayi.
            Ada yang memberi bayi mereka makan nasi lembik yang dicampur lauk ikan, ayam atau daging dan sayur agar nnutrisi makanannya seimbang. Tapi memberi bayi makan nasi pulut memang pantang bagi sesetengah orang.
            Menurut yang mempercayainya; memberi bayi makan pulut akan menyebabkan lambat kebolehannya bercakap. Kalau boleh bercakap pun percakapannya akan tergagap-gagap. Anak yang dilahirkan sempurna tentu tidak dimahukan walau sedikitpun cacat-celanya. Percakapannya tentu diharapkan jelas dan mudah difahami.
            Itu hanya sebuah pesan pantang-larang temurun keluarga PI. PI akur juga dengan pantang tok nenek PI ini. Sekadar satu saja makanan pantang kosumsi sedangkan teramat banyak makanan berkhasiat yang lebih sesuai untuk makanan bayi yang masih kecil bukanlah masalah besar.   
            Terpulang saja kepada penerimaan masing-masing untuk menilai keburukan dan kebaikan dari sudut yang lebih ilmiah. Pulut adalah sejenis beras yang tinggi kandungan gula dan kabohidrat. Mungkin bayi sukar mencernanya dan menyebabkan serangan angin menggelombang dalam perut dan menjadikannya kembung.
            Jikalau perut bayi kembung tentu menyebabkannya menangis kerana merasa sakit dan tidak selesa. Oleh itu kewajaran pantang ini demi kebaikan bayi tidak harus dipertikaikan. Kalau bayi kecil dah mula menangis, ibu bapanya pula yang akan menangis risau tentunya. Sibuk pula ke  sana ke mari mencari penawarnya. Lebih baiklah mencegah daripada mengubati. Meminjam pepatah Inggeris, “Prevention is better then cure”   
           
                         
3.        

8 comments:

  1. Pulut pun bersifat sejuk juga ye kak PI..PC ada dengar saudara mara cakap..dengar je..tapi tak tanya lanjut.

    ReplyDelete
  2. TKSH PC YELA PULUT TU SEJUK SIFATNYA

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah lain di sebalik pantang larang orang tua2 kita dulu ni

    ReplyDelete
  4. TKSH WP YA MRK BERPENGALAMAN DALAM HIDUP

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ni kak PI.. baru saya tau sbb ada sesetengah org dewasa pun alah juga dgn pulut, apatah lagi bayi.

    ReplyDelete
  6. TKSH PROF KK PANTANG LARANG ORANG LAMA NI MACAM2 HEH..HEH..

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik. tapi CT setuju dengan kata2 Kak PI. terpulang pada individu sendiri pada akhirnya. buat penilaian elok atau tak..

    ReplyDelete
  8. TKSH CT YA BENAR TU APA YG KITA FAHAM TIDAK SEMESTINYA DISETUJUI YG LAIN

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”