Tuesday, 16 July 2019

PANTANG LARANG...

ASSALAMUALAIKUM


PANTANG LARANG MASYARAKAT MALAYSIA
1.
PANTANG MAKAN KEPALA IKAN
Kepala ikan yang digoreng atau digulai teramatlah sedapnya jika dimakan bersama nasi. Ikan  goreng di piring sebentar saja sudah hilang kepalanya entah ke mana. Hanya  tinggal badan ikan saja. Begitu juga kalau kepala ikan yang digulai, sering menjadi tumpuan. Kesedapan  rasa ikan bahagian kepala yang ada  sedikit isi ramai yang menyukainya.
            Pesan emak PI kepada kami anak-anaknya, supaya tidak makan kepala ikan. Emak mengatakannya bahawa itu adalah pesanan tok nenek keturunan terdahulu.  Anak-anak yang masih sekolah kena pantang makan kepala ikan supaya otak tidak benak. Jadi mudah belajar dan cepat pandai.
            Maksud emak PI tentulah kalau makan kepala ikan akan menyebabkan fikiran menjadi bengap dan sukar mengingati ajaran guru. Jadi sudah  seharusnya dielakan daripada makan walau rasanya sedap menyelerakan.
            Kejayaan dalam pelajaran amatlah penting demi masa depan yang cemerlang. Bagi ibu bapa yang mementingkan kejayaan anak-anak, pesan sebegini diturunkan kepada waris-warisnya secara lisan.
            Sebenarnya tiada kaitan secara ilmiah bahawa makan kepala ikan mempengaruhi keaktifan minda berfikir dari sudut agama atau perubatan. Cuma semata pantang yang dipercayai. Tetapi tentu ada kebaikannya yang tersirat

14 comments:

  1. Ya kak PI org tua-tua dulu banyak pantang larangnya. Tapi disebalik pantang larang tu sebenarnya ada maksud tersirat... begitulah caranya mereka mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Ustaz pun ada pesan juga supaya jangan makan kepala ikan terutama sekali makan otak ikan. Orang-orang dahulu ada banyak pantang larangnya tapi pasti ada kebaikan disebalik pantang larang tersebut. :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak PI.. pasti ada kebaikannya. Lagi pun bahagian badan ikan pun sedap juga.. makan jelah banyak2, tak payah dah nk fikir bab kepala ikan tu hehee :)

    ReplyDelete
  4. Organ dalaman seperti hati,pedal pun tak digalakkan anak-anak yang masih bersekolah makan kan Kak PI..

    ReplyDelete
  5. WP paling suka kepala ikan.
    Sebab tu sekolah dulu tak pandai2 agaknya.

    ReplyDelete
  6. tksh sweetie pantanglarang orang dulu2 pelbagai maksudnya

    ReplyDelete
  7. TKSH NUR KHAIRUL AZIZI...YEKE USTAZ YG CKP MESTI MURIDNYA IKUT PESANANNYA KAN

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK KK BETUL TU ISI IKAN SEDAP TAK PAYAH BEREBUT KEPALA IKAN YG SATU

    ReplyDelete
  9. TKSH PC BETUL TU ORGAN DALAMAN MMG TAK BAIK UTK KSHATAN

    ReplyDelete
  10. TKSH WP YEKE SELERA MASING2 MANA BOLEH SEKAT..MINDA KITA NI KOMPLEK ALLAH MEMBERI HIDAYAHNYA ..TAK USAH NGAKU GITU HEH..HEH..

    ReplyDelete
  11. kalau tidak makan kepala ikan ..macam membazir pulak kecuali kita ada kucing peliharaan yang boleh makan kepala ikan..

    ReplyDelete
  12. TKSH TN HANAFI YE JUGA JAWABNYA BELALE KUCING SEKOR HEH..HEH..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”