Friday, 19 July 2019

FADILAT BERSEDEKAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA
                                                         PIC GOOGLE (C)


.
Jika hendak menangkap ayam kalau dikejar tentu sukar menangkapnya. Taburlah bijirin tentu ayam akan terkedek-kedek menghampirimu. Begitu juga dengan rezeki dengan rajin bersedekah rezki kita akan melimpah dan usaha kita yang sedikit diberkati Allah
 Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”
“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”
Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat
“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”
#3 – Dilipat Gandakan Pahala
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani
#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat
Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.
Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Hadis Riwayat Bukhari
. "Segeralah bersedekah kerana sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah" - Riwayat Muslim
https://waqaf.my/12-kelebihan-bersedekah-yang-kita-tidak-ketahui

9 comments:

  1. byk kan sedekah lbh2 di hari jumaat yg mulia ini

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik
    Terima kasih atas ingatannya.. Memberi seumpama menerima, banyak yang diberi banyaklah yang diterima.

    ReplyDelete
  3. TKSH ANIES YA BERSEDEKAH KPD YG MEMERLUKAN

    ReplyDelete
  4. WSALAM MOGA USTAZ N FAMILI JUGA SIHAT SEJHTERA..BENAR SEDEKAH UMPAMA MEMBERI TAPI AKAN MENERIMA LEBIH BANYAK LAGI .TKSH USTAZ

    ReplyDelete
  5. Banyak fadhilat bersedekah..moga kita cita pada amalan bersedekah ini.

    ReplyDelete
  6. bersedekah memberi kepuasam pada hati sendiri

    ReplyDelete
  7. TKSH TN HABAFI RASA BAHAGIA BILA DPT BERSEDEKAH TIDAK TERKATA

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas peringatan ini kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”