Saturday, 29 June 2019

MAAFKAN SAYA MAK!

ASSALAMUALAIKUM


Tahu tak apa yang dilakukan oleh orang politik bagi memperbaiki persepsi masyarakat terhadapnya apabila sudah bersara?
Mereka menulis atau mengupah orang menulis kisah hidup.
Perkara yang sama dilakukan oleh anak yang menulis cerita-cerita ibunya (atau kisah sendiri sebagai ibu).
Ada sebahagian anak menggunakan peluang menulis kisah hidup ibu bagi membentuk persepsi baharu dalam penyampaian cerita keluarga.
Cerita yang disampaikan tetap sama.
Cerita tidak berubah.
Apa yang dibuat adalah membentuk makna baharu melalui kesimpulan, ibrah dan sudut pandang yang ditulis oleh anak.
Misalnya dalam kehidupan sebenar, inilah ibu;
  • Ibunya hanya bersekolah setakat darjah empat.
  • Ibu dikelilingi ipar yang berpendidikan dan berjawatan.
  • Ibu hanyalah suri rumah yang duduk di kampung.
Pada mata kasar, ini cerita wanita yang berpendidikan rendah tanpa pekerjaan profesional.
Bunyinya seperti sisi tempang kehidupan ibu.
Penulis kemudian merangka cerita ini dengan mengaitkan pula jiwa besar ibu berkaitan hal pendidikan dengan membentuk rantaian cerita dalam bab-bab lain.
Persepsi diubah apabila penulis merancang sedemikian.
Misalnya, ditulis kisah ibu berjalan hampir satu kilometer setiap hari menghantar anak mengaji.
Ada juga cerita pesanan 'hidup mulia' yang kerap menjadi perbualan ketika sesi lipat kain di ruang tamu.
Akhir sekali, pembaca melihat ibu penulis bukanlah orang yang tertewas tetapi kekurangan itulah menjadikan anak-anak yang disediakan sebagai anggota masyarakat yang mahal isinya.
Peranan anak sebagai penulis kisah ibu adalah membesarkan watak ini menjadi watak besar yang tidak tertewas dalam dugaan hidup.
Bagaimana menjadi ibu watak yang dikenang oleh anak-anak dan cucu sebagai watak besar?
Tulislah kisah hidup dan cetaklah paling minima empat naskhah untuk simpanan keluarga.
Belajar cara menyusun dan menulis serta mencetak kisah hidup dalam Seminar Menulis Kisah Hidup Yang Sedap DIbaca; Kisah Ibu dan Anak pada Sabtu, 27 Julai 2019.
Ada bonus alat kerja lain bernilai RM1,380 kepada yang mengklik pada link di bawah;

Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/

11 comments:

  1. Peluang bagi yang berbakat dan berminat

    ReplyDelete
  2. TKSH WP..TULISLAH WP JUGA SANGAT BERBAKAT

    ReplyDelete
  3. garis panduan telah diberikan ni..

    ReplyDelete
  4. hah, apa tunggu lagi? go on!

    ReplyDelete
  5. menarik nih, kisah kehidupan mmg sangat menarik utk dikenang..utk tatapan generasi akan datang supaya sentiasa ingat susah-payah datuk nenek membina kehidupan...

    ReplyDelete
  6. WSALAM TKSH IYASEO.ID SUDI FOLLOW KARYAKU INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  7. TKSH NOHAS YA MULALAH MENULISNYA

    ReplyDelete
  8. semua orang boleh menulis..dan mereka yang hebat menulis adalah hasil latihan dan usaha gigih dan dibantu oleh bakat

    ReplyDelete
  9. TKSH TUAN HANAFI YA MINAT BAKAT N KESUNGGUHAN PENTING

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”