Monday, 31 July 2017

SEBUAH KISAH SEDIH...

ASSALAMUALAIKUM...


  Puan Noorlaila Ghafar.

Suratan hidup kita berbeza-beza dugaannya. Reda sajalah. Mesti ada hikmah yang tersembunyi dan belum terbuka. Tanggapan kita begitulah memujuk hati. Tapi yang alaminya hanya Allah yag tahu betapa peritnya penanggungannya.

Namun ujian Allah jatuh di pundak hamba-hamba yang dicintai-Nya justeru golongan ini mampu melepasi ujian-Nya dengan pasrah reda.

Itulah yang berlaku kepada adik sahabat PI iaitu Penulis Noorlaila Ghafar puan
Norafeah Hj.Siren Ramadan lalu. Rumah beliau yang didirikan dengan biaya bantuan abangnya hangus terbakar. Terkejut Pi membaca khabar itu di grup whatsapp yang PI hanya jadi cctv saja.

Puan Norafeah seorang ibu tunggal kini terpaksa menumpang tinggal bersama anak-anaknya di rumah saudara dekat yang prihatin iaitu Puan Norazwana.

Belumpun terganti rumah yang terbakar itu Norafeah diuji lagi. Kali ini anak lelaki kesayangannya  kemalangan di jalanraya hingga meragut nyawanya.
Sedih bertimpa-timpa. Pi hanya mampu bersimpati dan mendoakan  Allah mempermudahkan urusan hidup Norafeah juga mencucuri rahmat ke atas Allahyarham anaknya. Menempatkannya di kalangan para solehin kekasih-kekasih-Nya.

Sekiranya ada di antara kita yang ingin membantu meringankan sedikit bebanan
saudara kita ini bolehlah menyampaikannya di alamat ini.

NORAFEAH BT HJ SIREN. Kg TEbuk Jawa, Sabak Bernam.

Moga Allah membalasnya dengan sebesar ganjaran kerana ketulusan kita membantu insan yang sangat memerlukan,

Sunday, 30 July 2017

JAWAPAN JUJUR...

ASSALAMUALAIKUM....

CATATAN KENANGAN PENULIS TERATAI ABADI...

Image may contain: 1 person, sunglasses and closeup

Catatan Kenangan Saya:
Kami Budak Tingkatan 6 ( Cerita 1)
Ingat nak sambung cerita Jebat tetapi terserempak pula bekas kawan sekelas tingkatan 6 dahulu. Jadi, rasa nak kongsi antara kisah kami, pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah di tengah bandar ini.
Guru-guru kami sangat baik dan memahami.
Tetapi di antara guru yang baik dan selalu membiarkan kami mencorak sekolah, ada seorang guru yang sangat kami semua geruni. Kebetulan, namakan saja cikgu K mengajar mata pelajaran Pengajian Am kelas kami.
Cikgu K, seorang guru perempuan yang sudah bersara tetapi mengajar kembali dengan kontrak. Karismatik dan cara beliau menghukum kesalahan kami amat mengerikan. Sebenarnya beliau tak buat apa pun cuma 'kesabaran' beliau menyoal hingga ke akar umbi jika kami bersalah sangat meletihkan.
Suatu hari, semasa subjek PA, beliau yang garang dan tidak pernah senyum cuba bermain psikologi dengan kami. Agaknyalah.
Lalu beliau memberi satu cerita dan meminta kami memberi maklum balas apa tindakan kami jika ia benar-benar berlaku. Beberapa pelajar disoal, berdiri lalu masing-masing memberi jawapan yang sungguh berbau malaikat. Suci dan agunglah kaedahnya.
Tiba-tiba cikgu K menunding kepada Shariman yang duduk di meja betul-betul dihadapan meja guru. Shariman ialah ketua kelas kami. Wajahnya berminyak setiap masa, selalu serius, sangat jujur jika memberi pendapat dengan imaginasi terhad dan paling lawak dia kaya kosa kata lama dialek Kelantan yang kami tidak tahu dan sering mendatangkan gelak.
Cikgu K : Shariman, apa awak akan buat ketika sedang kayuh basikal balik dari sekolah dan ternampak bayi baru lahir di tepi jalan. Awak biarkan atau ambilnya balik ke rumah?
Shariman berdiri. Terpisat-pisat. Garu kepala dan bontot sambil memandang keliling.
Cikgu K mengulangi soalannya.
Shariman: Bakpo pulok saya keno wat baliknyo? Ayah saya tu dah la bekeng. Kea tak pasal-pasal tuduh tu anak saya. Saya ni gewe pun tadop soh ko bini. Dulu saya wat balik kucing pun dia ambak saya suh tido luar. Lagipun saya naik motor mari sekoloh. Cikgu la amik. Cikgu guna keta. Paksa-paksa saya pulop.
Krik... Krikk
Kami terpegun dengan jawapan yang sungguh berani itu, di hadapan cikgu K pula? Terperangkap di antara ketawa dan juga takut kepada cikgu K. Wajah cikgu K berubah mengerut. Beliau juga agaknya tidak menyangka itu jawapan si Shariman.
Beberapa minit yang sungguh hening, tiba-tiba...
Pruttttttr... Bunyi lantang memanjang memecah kesunyian kelas.
Spontan kami berpaling, mencari siapakah yang berani melepaskan bom di saat kronik itu.
Belum sempat kami meneka, Pijul, pelajar lelaki berwajah Mr. Bean dan duduk di meja paling belakang mengangkat tangan sambil berdiri.
Pijul : Cikgu, sorry saya terkentut. Tula saya bukan bule tahan suko. Mesti jadi gas dalam perut.
Wajah Pijul kelihatan sangat naif dan dipenuhi rasa bersalah.
Waktu itu, kami sudah tidak peduli tentang cikgu K. Spontan pecah ketawa berderai satu kelas. Panjang dan bergelombang sehingga guru kelas sebelah datang menjenguk.
Cikgu K tidak berkata apa-apa. Beliau hanya mengemaskan buku-bukunya, menyandang beg lalu perlahan keluar dari kelas walaupun masa untuk subjek PA belum tamat. Tetapi ada sebuah senyuman terukir di wajahnya yang serius dan selalu ketat.
Rasanya, beliau terfikir, kenapalah jujur sangat budak - budak ni

Saturday, 29 July 2017

S2 CERIA SABTU...29/07/017

ASSALAMUALAIKUM...

AGAKNYA RAMAI YANG DAH MENYELAK BACA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA SABTU HARI INI 29/07/017....JANGAN LUPA BACA RUANG ESASTERA JUGA YA SELAIN BACA BERITA DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA....PI KALAU MEMBACA AKHBAR HABIS SEMUA DILIPUTI SBB AKHBAR NI KITA BELI....RUGI KALAU KITA TAK HABIS MEMBACA ISI KANDUNGANNYA...KITA KAN DAH BAYAR UNTUK BERITA YANG DIJUAL KEPADA KITA.

SYUKUR ALHAMDULILLAH UTUSAN MALAYSIA SABTU MENYIARKAN SAJAK KECIL PI KUMBANG BERTANDUK HITAM DALAM RUANG E-SASTERA HARI NI.

TERSENGIH LEBAR PI HEH..HEH..TERIMA KASIH BANYAK EDITOR SASTERA SABTU UTUSAN MALAYSIA SUDI MEMILIH KARYA KECIL PI...






Friday, 28 July 2017

6 PESANAN JACK MA KEPADA PENULIS BARU...

ASSALAMUALAIKUM...



Pesanan-pesanan Jack Ma si Ali Baba kepada 'penulis baharu'
  • Adakah perlu jadi seorang yang genius, banyak maklumat dalam kepala baru dapat menulis buku pertama?
Kata dia, "We are not smart people but we are very optimistic. We believe in the future (then we write)."
  • Nanti-nantilah tulis buku pertama, orang tunggu sayakah?
Jawab Jack Ma, "We believe, if we are not succeed, somebody will (write first book)."
  • Bagaimana mahu jadi penulis yang melekat bersama pembaca?
Jack Ma menambah, "We need to be humble and serve the customer (reader). If customer (reader) like us, we have the future (and keep creating an optimistic future)."
  • Bolehkah saya tunggu buku siap?
Jika menunggu maka, "If you don't work hard (learning and writing), you don't see a sunshine."
  • Saya nak ubah dunia dan saya mahu marah dunia yang bobrok ini dengan kata-kata saya.
Respon Jack Ma, "If you complaint, nobody will follow you. Nobody love to follow a leader (author) who complaint a lot."
  • Apakah satu perasaan paling penting mesti ada pada penulis terhadap penulisan dan pembaca?
"Love your job (writing), love your customer (reader)."
Saya Zamri Mohamad, memanjangkan inspirasi Jack Ma untuk anda yang akan mempunyai sebuah buku menjelang hujung tahun ini.

Thursday, 27 July 2017

TADDABUR SURAH AL-WAQIAH..

CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)

Surah al-Waaqi'ah ayat 1 hingga 5 (QS 56 : 1 - 5)
Surah Al-Waaqi'ah - سورةالواقعة
(Bismillah hirrahmaanirrahim)


[Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.']
1. (Izaa waqa’atil waaqiah)
[Apabila berlaku hari kiamat itu,]
Ayat ini menerangkan kepada kita tentang saat apabila telah sampainya hari kiamat. Kiamat yang dimaksudkan di sini adalah kiamat diri kita iaitu disaat kematian kita. Apabila kematian berlaku pada diri kita, maka akan zahirlah yang sebenar-benarnya wujud. Oleh itu kita hendaklah menzahirkan wujudnya Allah yang sebenar-benarnya wujud itu semasa diri kita ini masih lagi hidup. Matikanlah diri kita sebelum kita mati. Dengan erti kata lain matikanlah diri kita serta nafikan wujud diri kita dan nyatakan bahawa yang wujud itu hanyalah Allah sahaja. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu ghaib pada pandangan mata tetapi nyata pada pandangan hati.
2. (Laisaliwaq ’atihaa kaazibah)
[Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.]
Dalam ayat ini pula dijelaskan kepada kita bahawa apabila kita telah dapat menafikan wujud diri kita, maka nyatalah dengan sendirinya akan wujud Allah itu. Maka dengan wujudnya Allah itu akan nyatalah kejadian-Nya iaitu kejadian-Nya pada Roh. Apabila telah zahir Roh itu pada diri kita janganlah didustakan kerana pada Roh itulah AKU. Pada Rab yang ada pada Roh itulah AKU di dalam AKU yang sewaktu hidup kita ini tiadalah ia bercerai tanggal atau berpisah. Akhirnya kita akan mengetahui bahawa perjalanan hidup diri kita ini tidaklah akan berjumpa mati. Yang bertemu mati itu hanyalah jasad. Roh tidak akan pernah bertemu mati.
3. (Khofizatur roofi’ah)
[Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa apabila kita telah dapat membersihkan dan mensucikan Roh kita, bersih dari dosa dan suci dari syirik, maka barulah kita akan dapat menaikkan atau meninggikan taraf kejadian Allah iaitu Roh yang ada pada diri kita. Jika kita tidak bersih dari dosa dan tidak suci dari syirik maka ianya bererti kita telah merendahkan martabat kejadian Allah pada diri kita. Yang tinggi akan duduk dalam kemuliaan dan yang rendah akan duduk dalam kehinaan. Maka tinggi atau rendahnya kedudukan kita itu terletak pada setakat mana kita membersih dan mensucikan Roh kita.
4. (Izaa rujjatil ‘arthu rajjaa)
[(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam diri jasad kita yang bergoncang inilah tempat tinggal enam hakikat diri yang lain. Apabila diri kejadian iaitu Roh tidak dapat dibersih dan disucikan, maka lima hakikat diri yang lain akan berebut-rebut untuk mengambil tempat menguasai jasad. Maka jasad itu tidak akan dapat duduk dalam keseimbangan kerana tidak pasti hakikat diri mana yang hendak diikutinya. Maka terzahirlah pada diri kita akan perlakuan di mana ada masanya kita solat dan ada ketikanya tidak. Dengan yang demikian jasad akan jadi terumbang- ambing. (Inilah yang dimaksudkan dengan “bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan” di dalam ayat ini.)
5. (Wabus satil jibaa lubas saa)
[Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita akan kesan akibat jika pasak atau pun gunung yang ada pada diri kita tidak kita jaga. Yang dimaksudkan pasak atau gunung itu ialah iman kita. Apabila iman kita itu sudah tidak bertakhta di hati kita lagi bermakna pada ketika itu kita telah berpaling terus dari Allah. Maka pada ketika itu kehidupan kita tidak akan mempunyai pedoman lagi. Kita akan menjadi insan yang berputus asa. Akhirnya segala tindak-tanduk kita di dalam kehidupan ini akan hanya bertuhankan nafsu dan akal sahaja. Di samping itu nafsu dan akal pula akan mendengar hasutan syaitan melalui bisikannya. Golongan insan inilah yang dikatakan sebagai Golongan Kiri.

bersambung...

Wednesday, 26 July 2017

SEGMEN NAK URL Blog #31...

ASSALAMUALAIKUM...



Jom kita bersegmen. Segmen Nak URL Blog #31 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 28 Julai 2017. Segmen berlangsung selama 3 hari sahaja. 2 pemenang dicari untuk menjadi penyeri bloglist Mia sehingga ke segmen ini yang seterusnya.

Untuk join, sila tinggalkan url blog anda di ruangan komen entri ini sebelum 11.59 malam 28 Julai 2017 (3 hari sahaja).

** calling for bloggers... jom support segmen Mia...


Read more: http://www.mialiana.com/2017/07/segmen-nak-url-blog-31-mialianacom.html#ixzz4nv2viNJq

Tuesday, 25 July 2017

KEK GANACHE COKLAT

ASSALAMUALAIKUM....

JOM CUBA MASAK KEK NI..KUKUS JER BOLEH BUAT SARAPAN PAGI

Image may contain: dessert and food

Mula2 panaskan kukusan siap2..biar hingga mendidih..kita boleh mula sediakan bahan ringkas ni ha ...campurkan semua bahan sekaligus....2 biji telur gred A....3/4 cawan susu pekat....
Image may contain: food
Pastu masukkan 1 cawan tepung gandum..1/2 sudu teh soda bicarbonate dan 1 sudu teh baking powder

Image may contain: food


Image may contain: drink and food
Masukkan 1/2 cawan minyak masak/sayur.....dan 1 sudu teh esen vanila ..tu je...mixer/guna blender...sampai sebati n gebu....

Tuang dalam loyang..n kukus 30 minit...senang kan..
No automatic alt text available.
Da masak terbalikkan....pastu tuang ganache coklat...ikut nak guna topping coklat yang mana...saya buat 100gm coklat compound+100gram uht whipping cream..(double boil@microwave je)
Image may contain: food

Image may contain: food

Monday, 24 July 2017

RAMADAN SYAWAL GST...

ASSALAMUALAIKUM...

BLOGGER WP BERHARAP PI DAPAT PUBLISH MINI CERPEN RAMADAN SYAWAL GST YANG PI SERTAKAN DALAM SAYEMBARA E-SASTERA BARU-BARU INI...PEMENANG YANG DIUMUMKAN IALAH NURIMAS SN SEORANG PENULIS MAPAN YANG GIAT BERKARYA...KATA ORANG SASTERA PROLIFIK HEH..HEH...TAHNIAH NURIMAS.
NURIMAS ANAK KELAHIRAN JOHOR KINI MENETAP DI TERENGGANU SEBAGAI GURU DAN KOUNSELOR BERDAFTAR.

KARYA KECIL PI NAMPAKNYA MEMANG TAK MAMPU NAK BERSAING DGN KARYA PENULIS PENULIS TERNAMA YANG LAIN APALAGI NURIMAS @ SAMIRON.

TAK MENGAPALAH..HARUSLAH SEDAR DIRI KAN...PI CUMA PENULIS PICISAN JER PUN.

PI DAH LAMA JUGA TAK PUBLISH CERPEN DALAM BLOG KERANA CERPEN PI MUTAKHIR NI PI CUBA-CUBA KIRIM KE MEDIA MASSA PULA...MENURUT AKTA PENERBITAN KARYA YANG TELAH DIPUBLISH DALAM BLOG ATAU LAIN-LAIN MEDIA MAYA TIDAK BOLEH DITERBIT SECARA BERCETAK PULA...SUSAH JUGA KAN....

RAMADAN SYAWAL GST

            Ramadan  tiba penghujung Mei 017. Bercahaya purnama gemilang.
 Ganjaran pahala berganda Allah janjikan. Ibadah puasa  jadi tuntutan.
Perluku giat beramal ibadah. Kumohon ampun dan reda Allah menghapus segenap dosa,

            Puasa mendidik umat  berlapar dahaga merasai sengsara. Bersedekah, berzakat dimurahkan rezeki. Janji Ilahi pasti,. Tadarus, terawih meningkat takwa. Kuberamal dengan sesungguhnya. Lailatul-Qadar  kuimpikan. Pada sepuluh malam terakhir ditentukan. Moga kuperoleh keberkatan. Melepaskannya berlalu pergi amatku terharu.

            Syawal bakal menjelang. Kebahagiannya dirasakan melihat ibuku menyediakan persiapan kuih-muih raya. Serba sedikit sahaja untuk meraikan tamu yang bertandang.
Walau cuma sepasang seorang, ibu beli baju baru untuk adik-adikku. Sedang aku sekadar dapat berbaju Melayu tahun lalu. Memadailah untukku pakai kala  bersolat sunat Aidilfitri di masjid nanti.
            Petang nan redup. Longlai langkah kuatur ke muka jalan. Sebentar tadi aku melihat seorang posmen memasukan sepucuk surat di dalam kotak pos. kadang-kadang saja kotak surat itu di isi surat pengirimnya. selalunya kosong saja. Ruang kotak surat persegi itu hanya jadi tempat anak cicak hitam bermain.
            Tidak sabar untuk kuketahui siapa pengirim suratnya. Ditujukan kepada siapa dan apakah isi kandungannya. Segera kubuka setelah mengambilnya.
“Surat apa tu?” tiba-tiba saja ibuku berada di sisiku. Di tanganya kulihat ada beberapa helai daun pandan. Mungkin ibuku merancang menggunakan daun pandan itu untuk tujuan tertentu. Tidaklah kuketahui.
            “Surat tawaran ke universiti bu.”
            “Oh!. Dah sampai ya.”
            Ibu berdiri di sisiku. Mulai membaca surat itu. Wajah ibuku sugul. Tentu ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Mungkin memikirkan kos pembelajaran pengajianku di menara gading kelak. Perbelanjaanya memang tidaksedikit. Aku menyedari itu. Dan cakna tentangnya. Sukar amat bagiku mendapatkan pembiayaannya.
            Sebab ayahku yang menyara keluarga,  pulang ke sisi-Nya April lalu. Kini hanya ibu yang uzur, sering diganggu hipertensi dan adik-adik bertiga mengongsi hidupku. Aku tidak tega membiarkan kehidupan insan kesayanganku menderita kehidupannya keranaku.
            “Ibu jangan risau. Saya tidak tinggalkan ibu, adik-adik kerana itu. Saya akan bekerja untuk tanggung keluarga. Sambil mengusahakan kebun sawit tinggalan ayah. Bila ekonomi kita dah stabil saya sambung belajar semula. ”
            Penangan GST ( Goods servises taxs) dirasai bebanannya. Apalagi keluargaku  miskin segala.  Fiskal memangkin ekonomi meranggas pilihan negara tercinta. Rakyat marhaen sepertiku tiada daya menolaknya.
            Perlu diadaptasi sebaiknya mengurus kewangan. Ibuku hemah berbelanja seada sahaja, menguak ledakan inflasi memuncak. Mengelak pembaziran, mengurangi keperluan.
            Tanah di hujung dapur yang tidak laha dimanfaat ibu sebaik cara. Bahan terbuang, botol pelastik, diisi tanah, disemai pelbagai sayuran. Membugar berumpun herba dapur kegunaan harian. Jikalau dibeli surut juga duit.yang susah dicari. Nilainya pula makin susut menipis. Elok berjimat cermat.


TAMAT





Sunday, 23 July 2017

KEMBANG ROS

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat berhujung minggu sambil melayani aktiviti yang disukai. Sebelum masuk ke dapur memasak untuk makan tengah hari suatu ketika dulu PI akan ke laman rumah membelek bunga ros yang ditanam. Pelbagai jenisnya. Ceria warna ros merah, pink, kuning, putih, jingga kala kembang mengindah suasana sekitar.
Kini semua ros itu hanya mekar dalam taman kenangan PI.






Saturday, 22 July 2017

SAYEMBARA E-SASTERA....

ASSALAMUALAIKUM....

No automatic alt text available.

E-SASTERA SAYEMBARA @ FACEBOOK
"SAYEMBARA SASTERA AIDILFITRI 1438" - Jun 2017
PENYERTAAN
Seramai 14 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sayembara ini. Mereka telah menghantar sejumlah 10 buah sajak dan 10 buah cerpen semuanya, dengan 5 peserta masing-masing menghantar sebuah sajak dan sebuah cerpen, seorang peserta menghantar 2 buah sajak, sementara selebihnya masing-masing menghantar sebuah sajak (3 orang) atau sebuah cerpen (5 orang), seperti yang berikut:
SAJAK (10 buah)
Yudi M Barzah - Dendan Cinta dan Rindu Pada-Mu.
Mamat Ramli (EMRA) - Terkuak Pintu Ramadan.
Nurimas Nuri - Pabila Syawal Menjelma.
CT Nurza - Syawal Yang Menghiris.
Moh. Ghufron Cholid - Mengecup Malam Lebaran.
Nurul Shahida Hassan - Tragedi Di Aidilfitri.
Siti Zaiton Ahmad - Syawal Penuh Makna.
Ahmad Janatul Firdaus (2) 1. Raya Muda Mudi. 2. Suriku Seri Aidilfitri.
MRT Nordin - Raya Tanpamu Bonda.
CERPEN (10 buah)
Nurimas Nuri - Fakir Fitri.
Nurul Nashrah - Tukar.
Siti Zaiton Ahmad - Aidilfitriku Yang Pilu.
Nurul Syahida Hassan - Tepung Beras.
Siti Nurza - Aidilfitri Yang Luka.
Paridah Ishak - Ramadan Syawal GST.
Fadzilah Abd Majid - Hikmah Mungkir Janji.
Nur Yanur - Tangisan Di Pagi Syawal.
Ahkarim Abdul Halim - Husqvarna.
MRT Nordin - Salam Pungguk Buatmu.
PEMENANG
18.07.2017 - Kami masih menunggu maklum balas dari panel pengadil.
20.07.2017 - Keputusan dari panel pengadil telahpun kami terima. (Panel pengadil diberikan teks karya tanpa nama penulisnya). Keputusan akan diumumkan di program "Majlis Raya E-Sastera" pada Sabtu 22.07.2017 ini.
22.07.2017 @ 7:00AM - Keputusan akan diumumkan pada malam ini di majlis Sambutan Hari Raya E-Sastera 2017. Kami tambahkan tajuk karya pada senarai nama peserta di atas kerana pengadil tidak mempunyai nama penulis karya yang dinilainya.

WALL FB E-SASTERA

PS..

PI TIDAK KETINGGALAN SERTAI SAYEMBARA INI DENGAN MENGHANTAR SEBUAH CERPEN...MINI CERPEN 500 PP SAJA..TAK PENAT NK MENAIPNYA BERHARI-HARI HEH..HEH..TAK SABAR PULA NAK TAHU PEMENANGNYA...TAPI SUKAR JUGA NAK RAIH MENANG SBB KARYAKECIL PI BERSAING DENGAN KARYA RAMAI PENULIS TERNAMA...

TAK MENANG PUN TAK KISAH ASAL TURUT SERTAI MERAMAIKKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI SAYEMBARA SEMPENA SAMBUTAN AIDIL-FITRI ANJURAN E-SASTERAA


Friday, 21 July 2017

AKHIRAT ITU INDAH...

Assalamualaikum..

Salam jumaat mulia

Allah Swt mengawasi dan menyaksikan setiap perbuatan makhluk Nya tanpa lelah dengan pandangan kasih sayang Nya yang Al Bashirah.
Allah Swt memerintahkan Para Malaikat pengawas agar jangan mencatit keburukan hambanya sehingga benar benar di lakukan olih hamba tersebut.
Berbeza dengan niat baik seseorang, Allah Swt memerintahkan Para Malaikat menuliskan kebaikan hamba tersebut meskipun belum sempat di lakukannya. Dan apabila sudah di lakukannya bahkan Allah Swt memerintahkan Para Malaikat menuliskan pahala yang berlipat ganda untuk hamba tersebut.
Demikianlah kasih sayangNya yang belum banyak di lihat olih manusia dengan mata hatinya.
Nikmat mana lagikah yang harus di dustakan ... ?
Seandai Nya Allah Swt mengawasi kita dengan penuh kasih Sayang tanpa lelah, maka hendaknya kita malu kepada Allah Swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi.

Image may contain: text

Dunia adalah negeri perantauan dan bukan tempat tinggal yang sebenarnya.
Dunia berjalan meninggalkan manusia sedangkan akhirat berjalan menjemput manusia
Di dunia yang ada hanyalah amal yang belum di hisab sedangkan besok di akhirat yang ada adalah hisab (perhitungan) dan tidak ada lagi amal.
Secara qudrati, dunia ini adalah salah satu tempat dari beberapa tempat persinggahan dalam perjalanan yang jauh menuju ke alam baqa’
Ada jalan yang lurus
Ada jalan yang menanjak
Ada jalan yang curam
Bahkan banyak jalan yang berliku dan bergelombang
Hanya pengembara yang memiliki bekalan yang ampuh yang pada akhirnya dapat sampai ke kampung akhirat dengan aman dan selama.

USTAZAH NURBAYA USMAN

Thursday, 20 July 2017

TANGKAL SEMANGAT AGAR BUKU PERTAMA DITULIS..

ASSALAMUALAIKUM....



Saya menerima soalan , "Bagaimana mengekalkan semangat dalam menulis?"

Tujuh perkara ini dapat diamalkan sekarang.

Ini kerap digunakan oleh penulis baharu agar buku pertama siap ditulis dan diterbitkan.

KEMATIAN
Ada yang meletakkan hajat sekurang-kurangnya ada satu buku sebelum dia meninggal dunia.

Maka diusahakan juga walaupun satu judul dan akan memperlahankan rentak atau melajukan rentak menulis lagi dan lagi sebelum dijemput kematian.

Tentukan bilakah mahu tulis dan terbit buku itu menggunakan kaedah masa. Dengan izin Allah, "Permudahkan hajat saya mahu menulis buku pertama dan siap dua bulan dari sekarang, ____ (nyatakan tarikhnya)."

TUA

Ada yang gila-gila menulis buku sebelum mencapai satu umur kerana tidak mahu terperangkap dengan ayat, "Alangkah baiknya jika masa muda dahulu saya menulis."

Ini merupakan tekanan psikologi apabila sudah lanjut usia dan pada waktu tidak berdaya itu, ia memberi beban emosi berkali-kali sehingga hujung usia.

Kita pernah melihat perkara ini di kalangan orang tua yang akan bercakap mengenai 'alangkah baiknya' dia buat sesuatu.

Menulis sekarang adalah proses mengelak penyesalan.

Tentukan melalui kaedah umur. Misalnya, "Sebelum usia mencecah ___ , saya sudah ada satu buku berjudul ____ ."

DENDAM

Ada yang menggunakan emosi negatif dan lontarkan menjadi kuasa positif sehingga terhasil sebuah buku.

Misalnya dia di pejabat tidaklah dihargai, bos pun tak peduli sangat dan kerjanya dianggap 'semua orang boleh buat juga'.

Maka dia menulis buku sebagai cara menaikkan kredibiliti dengan membalas dendam melalui hasil sebuah buku.

Bayangkan dalam kepala, misalnya, "Pada hari ____ , saya akan letakkan buku berjudul ___ di atas meja bos."

PENGHARGAAN

Sesetengah orang menulis buku bukan untuk diri sendiri. Dia lakukan atas kasih sayang dan rasa berterima kasih kepada orang lain.

Misalnya, Andrea Hirata menulis Laskar Pelangi sebagai cara dia mengingati guru bernama Ibu Muslimah.

Ada juga yang menulis sebagai hadiah kepada seseorang yang sangat penting dalam hidupnya, sama ada masih hidup atau mati.

Seorang bapa menulis untuk anak, seorang anak menulis dedikasi untuk ibu, seorang murid menulis untuk guru dan seterusnya.

Saya masih tak boleh lupa foto bekas peserta bengkel menunjukkan petikan hasil beliau di sisi ayahnya pada tahun 2014.

Dia menyumbang satu cerita dalam antologi melibatkan 50 orang penulis.

Tiga tahun kemudian ayahnya hadir melihat anak lelakinya berada di atas pentas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai penulis buku No PC No Jolok.

Kali ini mempunyai buku kolaborasi bersama dua orang pengamal media.

Pada saya itu momen-momen yang mahal yang dicipta bagi memenuhi aspek penghargaan.

Rancang hari penghargaan itu dengan skrip dalam kepala, "Pada hari jadi ___ nanti, inilah hadiah  buku akan saya berikan."

WARISAN

Ada yang menulis sebagai cara 'kekal hidup' dalam keluarga.

Dia menulis sebagai cara dapat menemani isteri dan anak serta cucu-cucu melalui pengetahuan yang disimpan dalam perkataan.

Tentukan dalam fikiran, "Wahai anak dan cucu, jika satu hari nanti ada situasi, bacalah buku ini, moga-moga beroleh semangat."

SUKSES

Menulis bagi mendapatkan sesuatu pun berlaku dalam komuniti penulis.

Sebuah buku yang dihasilkan memungkinkan dia naik pangkat, menaikkan nilai diri dalam pasaran profesional dan meningkatkan kualiti hidup dari aspek kerja, pendapatan dan peluang.

Strategikan kerja menulis dengan bayangan, "Selepas siap buku ini, saya akan berikan kepada kepada ketua unit ___ dan minta slot ceramah ringkas di jabatan ___ ."

PERSEDIAAN

Majoriti yang menulis tidak pernah membuang perkara ini dalam fikiran, iaitu menulis sebagai eksperimen membina jariah (kebaikan tidak putus) bagi memenuhi deposit amal dalam bank akhirat.

Dia tidak tahu menjadi atau tidak, tetapi dia menggunakan semua modal percuma Tuhan berikan iaitu akal, kesihatan dan pancaindera agar dapat menulis satu persatu buku.

Dengan kata lain, lebih baik mati mencuba berbanding mati berharap.

Kekalkan doa dalam hati, "Ya Allah, jika usaha saya ini usaha seorang anak, maka berikan pahala kebaikan pada nama ayah dan ibu yang saya catat pada kulit buku dan ruang penghargaan. Jadikan juga ini pemudah cara saya di sana nanti."

Tujuh perkara ini antara yang digunakan oleh seseorang untuk mengekalkan semangat.

Jika tidak berlaku juga, perlu dilihat dua lagi perkara, cara kerja dan siapa di sekelilingnya.

Saya harap penjelasan ini mudah difahami.

Insya-Allah, sudah ada tajuk buku bukan fiksyen dalam fikiran?

Kita tetapkan hati dan fokus bertemu pada 12 Ogos nanti.

Boleh mendaftar dan klik di sini bit.ly/kelasogos

EMEL ZAMRI MOHAMAD

SELOKA SUSAHKAH JADI ORANG...

ASSALAMUALAIKUM...

BUDAYA MELAYU KITA KALAU MENYINDIR DENGAN HALUS MENGGUNAKAN SELOKA.... TIDAK MUDAH JUGA BERPUISI SELOKA DENGAN CANTIK DAN MENEPATI MAKSUD FORMAT DAN SUKUKATANYA....

HARUS DIPELAJARI DENGAN TELITI....KEBETULAN KINI SIFU TABIR ALAM  USAHAKAN PROJEK ANTOLOGI TERBARUNYA YANG BAKAL DITERBITKAN IALAH SELOKA JADI PI TIDAK MAHU KETINGGALAN UNTUK MENYERTAINYA.


SELOKA HASIL BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM
GRAFIK SIFU TABIR ALAM.

Wednesday, 19 July 2017

POKOK LETUP KELAMBU...

ASSALAMUALAIKUM...

PIC GOOGLE IMAGES

KENAL POKOK LETUP KELAMBU KE?...BUAHNYA KALA MASAK MANIS JUGA RASANYA...SEDAP DIMAKAN....RUPANYA TUMBUHAN  INI HERBA YANG SANGAT MUJARAB BUAT MENGUBATI STROKE.....

CARANYA DENGAN MEREBUS POKOK DAN AKARNYA YANG DICABUT DENGAN SUKATAN AIR TIGA GELAS MENJADI SEGELAS...KALA DAH SUAM BOLEHLAH DIMINUM.

MENURUT PERKONGSIAN DI FB HERBA INI SANGAT MAHAL HARGANYA DI INDONESIA.

Tuesday, 18 July 2017

APAKAH DALAM DIRI ANDA ADA BUKU...

ASSALAMUALAIKUM...



Seingat saya, saya bercakap mengenai topik ini dua kali.

Pertama
Saya berkongsi pengalaman di hadapan kumpulan penulis di Jabatan Perdana Menteri

Kedua
Saya beritahu hal yang sama semasa mengendalikan bengkel penulisan di Sydney.

Selalu orang cakap, "Saya tak ada idea mahu tulis apa."

Betulkan?

Mari saya beritahu kebenaran.
Cuma semak empat perkara ini dalam diri atau di sekeliling anda sekarang. 
Sebut ya kuat-kuat jika anda ada perkara di bawah.
  • Adakah anda bekerja?
  • Adakah anda mempunyai hobi?
  • Adakah anda mempunyai pengalaman hidup?
  • Adakah anda kenal mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang membuat anda teruja?

Selama ini, bagaimana anda dapatkan keempat-empat perkara ini dalam hidup?

Secara percuma.

Ya, secara percuma.

Dalam 24 jam, kita sudah boleh susun benda percuma ini menjadi buku.

Kita pergi ke soalan nombor satu.
Adakah anda bekerja?
Cuba lihat rutin dan jadikan manual, kumpulkan anekdot atau panduan agar dapat diamalkan oleh orang lain. 
Beberapa bulan lalu, ada seorang peserta bengkel mengumpulkan kisah-kisah pemandu bas berdasarkan laporan yang diterima beliau setiap hari.
Nampak biasa pada dia, tetapi pada kita, ini benda baharu dan mengujakan.

Yakah ada orang nak baca?

Pernah dengar jenama Grab?


Jenama servis 'pengganti teksi' ini tahu kuasa buku mula mengumpulkan semua cerita pemandu. Kemudian dijadikan komik berilustrasi berjudul Driving Malaysia. 
Mahu tahu satu rahsia?
Saya tak pernah bekerja dalam agensi kerajaan.
Pada satu hari saya nampak 'emas' yang dibuang begitu sahaja. Ramai tak nampak atau tak tahu itu adalah emas.
Tahukah emas apa saya temui?
Cerita-cerita mereka yang bekerja di jabatan kerajaan.
Akhirnya saya kutip emas itu dan hasilkan dua buah buku berbentuk how-to.
Salah satu judul,  Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.


Apa yang saya buat?

Saya bertanya mereka yang sudah lama bekerja, "Bagaimana dia bertahan bekerja dengan bos begini?"
Lama-lama buku ini 'gemuk' dengan tip-tip kakitangan kerajaan (dan swasta). Cerita diangkat menjadi petua dan cara kerja.

Ingat, saya tak gunakan pengalaman diri, tetapi kumpulkan maklumat orang lain dan menjadi buku.

Memang boleh dan tidak ada isu undang-undang pun!
Benda yang percuma depan mata akan meninggalkan kita jika tidak diikat menjadi buku. 
Ambil pen, korek maklumat dan tulis.

Ada cara, ada pintunya.
Baik, saya mahu beritahu juga, jika emel ini sudah sampai kepada anda, lebih separuh kerusi bengkel menulis buku bukan fiksyen sudah pun penuh.

Saya tanya sekali lagi.
  • Adakah anda bekerja?
  • Adakah anda mempunyai hobi?
  • Adakah anda mempunyai pengalaman hidup?
  • Adakah anda kenal mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang membuat anda teruja?
Jika ya kepada semua, ambil peluang tukarkan menjadi buku pertama sekarang.

Klik dan mendaftar kerusi akhir di sini, klik link di sebelah, bit.ly/kelasogos
Kita bertemu pada 12 Ogos ini. Cipta peluang kepada diri sebelum akhir tahun ini.

p/s Gunakan kupon OGOS bagi mendapatkan penjimatan RM390 sebagai ganjaran bertindak awal

EMEL ZAMRI MOHAMAD

ANTOLOGI SAJAK SEKOIA GAKSA ESASTERA...

ASSALAMUALAIKUM...



GAKSA - ANTOLOGI PUISI - 2017 - VOLUM 1

KANDUNGAN (10 puisi seorang)
Abid Addin
Ade Novi
Ahmad Ryinaldi (Menarik diri)
Fillah Kampar
Gabriel Kimjuan
Irwan Abu Bakar (Pengurusan Gaksa Enterprise)
M.S. Rindu
Muhammad Rois Rinaldi (Pengurusan Gaksa Enterprise)
Ahmad Mukhid
Novia Rika
Paridah Ishak 
Saiful Zanawi
Wahyu Yudi
Yudi M Barzah
Zikree Ridh 

ANTOLOGI PUISI SKOIA NUKILAN PENUKILNNYA YANG TERLIBAT DARI MALAYSIA DAN INDONESIA TELAH BERJAYA DITERBITKAN GAKSA ESASTERA ASEAN DI INDONESIA.

ALHAMDULILLAH SEPULUH BUAH SAJAK PI LULUS PENILAIAN PROF IRWAN ABU BAKAR, SDR PUZI PUZIHADI DAN PANEL PENILAI YANG LAIN....DAPATLAH PI BERGANDING KARYA DENGAN PENYAJAK-PENYAJAK YANG SEMEMANGNYA SUDAH DIKENALI DI MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM    ANTOLOGI SKOIA INI...PI SEKADAR MENUMPANG AURA KEHEBATAN PENYAJAK PENYAJAK FEMES TERSEBUT SAJA...HEH..HEH..