Monday, 24 July 2017

RAMADAN SYAWAL GST...

ASSALAMUALAIKUM...

BLOGGER WP BERHARAP PI DAPAT PUBLISH MINI CERPEN RAMADAN SYAWAL GST YANG PI SERTAKAN DALAM SAYEMBARA E-SASTERA BARU-BARU INI...PEMENANG YANG DIUMUMKAN IALAH NURIMAS SN SEORANG PENULIS MAPAN YANG GIAT BERKARYA...KATA ORANG SASTERA PROLIFIK HEH..HEH...TAHNIAH NURIMAS.
NURIMAS ANAK KELAHIRAN JOHOR KINI MENETAP DI TERENGGANU SEBAGAI GURU DAN KOUNSELOR BERDAFTAR.

KARYA KECIL PI NAMPAKNYA MEMANG TAK MAMPU NAK BERSAING DGN KARYA PENULIS PENULIS TERNAMA YANG LAIN APALAGI NURIMAS @ SAMIRON.

TAK MENGAPALAH..HARUSLAH SEDAR DIRI KAN...PI CUMA PENULIS PICISAN JER PUN.

PI DAH LAMA JUGA TAK PUBLISH CERPEN DALAM BLOG KERANA CERPEN PI MUTAKHIR NI PI CUBA-CUBA KIRIM KE MEDIA MASSA PULA...MENURUT AKTA PENERBITAN KARYA YANG TELAH DIPUBLISH DALAM BLOG ATAU LAIN-LAIN MEDIA MAYA TIDAK BOLEH DITERBIT SECARA BERCETAK PULA...SUSAH JUGA KAN....

RAMADAN SYAWAL GST

            Ramadan  tiba penghujung Mei 017. Bercahaya purnama gemilang.
 Ganjaran pahala berganda Allah janjikan. Ibadah puasa  jadi tuntutan.
Perluku giat beramal ibadah. Kumohon ampun dan reda Allah menghapus segenap dosa,

            Puasa mendidik umat  berlapar dahaga merasai sengsara. Bersedekah, berzakat dimurahkan rezeki. Janji Ilahi pasti,. Tadarus, terawih meningkat takwa. Kuberamal dengan sesungguhnya. Lailatul-Qadar  kuimpikan. Pada sepuluh malam terakhir ditentukan. Moga kuperoleh keberkatan. Melepaskannya berlalu pergi amatku terharu.

            Syawal bakal menjelang. Kebahagiannya dirasakan melihat ibuku menyediakan persiapan kuih-muih raya. Serba sedikit sahaja untuk meraikan tamu yang bertandang.
Walau cuma sepasang seorang, ibu beli baju baru untuk adik-adikku. Sedang aku sekadar dapat berbaju Melayu tahun lalu. Memadailah untukku pakai kala  bersolat sunat Aidilfitri di masjid nanti.
            Petang nan redup. Longlai langkah kuatur ke muka jalan. Sebentar tadi aku melihat seorang posmen memasukan sepucuk surat di dalam kotak pos. kadang-kadang saja kotak surat itu di isi surat pengirimnya. selalunya kosong saja. Ruang kotak surat persegi itu hanya jadi tempat anak cicak hitam bermain.
            Tidak sabar untuk kuketahui siapa pengirim suratnya. Ditujukan kepada siapa dan apakah isi kandungannya. Segera kubuka setelah mengambilnya.
“Surat apa tu?” tiba-tiba saja ibuku berada di sisiku. Di tanganya kulihat ada beberapa helai daun pandan. Mungkin ibuku merancang menggunakan daun pandan itu untuk tujuan tertentu. Tidaklah kuketahui.
            “Surat tawaran ke universiti bu.”
            “Oh!. Dah sampai ya.”
            Ibu berdiri di sisiku. Mulai membaca surat itu. Wajah ibuku sugul. Tentu ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Mungkin memikirkan kos pembelajaran pengajianku di menara gading kelak. Perbelanjaanya memang tidaksedikit. Aku menyedari itu. Dan cakna tentangnya. Sukar amat bagiku mendapatkan pembiayaannya.
            Sebab ayahku yang menyara keluarga,  pulang ke sisi-Nya April lalu. Kini hanya ibu yang uzur, sering diganggu hipertensi dan adik-adik bertiga mengongsi hidupku. Aku tidak tega membiarkan kehidupan insan kesayanganku menderita kehidupannya keranaku.
            “Ibu jangan risau. Saya tidak tinggalkan ibu, adik-adik kerana itu. Saya akan bekerja untuk tanggung keluarga. Sambil mengusahakan kebun sawit tinggalan ayah. Bila ekonomi kita dah stabil saya sambung belajar semula. ”
            Penangan GST ( Goods servises taxs) dirasai bebanannya. Apalagi keluargaku  miskin segala.  Fiskal memangkin ekonomi meranggas pilihan negara tercinta. Rakyat marhaen sepertiku tiada daya menolaknya.
            Perlu diadaptasi sebaiknya mengurus kewangan. Ibuku hemah berbelanja seada sahaja, menguak ledakan inflasi memuncak. Mengelak pembaziran, mengurangi keperluan.
            Tanah di hujung dapur yang tidak laha dimanfaat ibu sebaik cara. Bahan terbuang, botol pelastik, diisi tanah, disemai pelbagai sayuran. Membugar berumpun herba dapur kegunaan harian. Jikalau dibeli surut juga duit.yang susah dicari. Nilainya pula makin susut menipis. Elok berjimat cermat.


TAMAT





9 comments:

  1. Baru saya tau tulisan yg dah keluar di blog tak dapat nak di buat melalui cetakan.

    Thanks Paridah.

    ReplyDelete
  2. TKSH ADAM...YA IKUT AKTA PENERBITAN GITULAH...KALAU BERCADANG NAK DITERBITKAN SECARA BERCETAK PERLULAH EDIT TERLEBIH DULU AGAR NAMPAK LAIN SIKIT...KARYA KITA BUKN PLAGIAT HAK KITALH NK MNGUBAH IKUT KESESUAIANNYA.

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi.... Alhamdulillah, walau tak menang tetap berpuas hati kerana tulisan akak diterima untuk diberi nilaian. Itu yang penting. Insya Allah, pasti akan sampai jua saatnya. Ramadhan Syawal GST itu, ada makna tersirat yang hendak disampaikan secara tersurat, ya kak. Kasihan orang kampung yang susah hidupnya. Bila lagi ada kebajikan buat mereka. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  4. WSALAM...TKSH DIK CT FATIMAH DOANYA IN SYAA ALLAH...SAJA2 MENCUBA SELAGI TAK MENCUBA XTAHU HASILNYA...MENANG KALAH BUKANLH DIPERSOALKAN SGT...SBG PENULIS MESTI PEKA DGN MASALH YG MNKAN KITA RAKYAT MARHAEN

    ReplyDelete
  5. Tak salah mencuba kan kak..memang kalah bukan ukuran. Janji kepuasan diri. Lagipun cerpen2 akak memang terbaik lah. Banyak pengajaran boleh diambil. :)

    ReplyDelete
  6. TKSH ATIE..MENULIS SUKA2 JE TIE

    ReplyDelete
  7. Oh! patutlah dah lama takde cerpen dari K.PI.
    Baru tahu ada akta begitu

    ReplyDelete
  8. TKSH MRSA..HEH..HEH..TULAH SEBABNYA.

    ReplyDelete
  9. Tahniah PI.
    Cerpen yang banyak kisah tersiratnya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”