Tuesday, 18 July 2017

APAKAH DALAM DIRI ANDA ADA BUKU...

ASSALAMUALAIKUM...



Seingat saya, saya bercakap mengenai topik ini dua kali.

Pertama
Saya berkongsi pengalaman di hadapan kumpulan penulis di Jabatan Perdana Menteri

Kedua
Saya beritahu hal yang sama semasa mengendalikan bengkel penulisan di Sydney.

Selalu orang cakap, "Saya tak ada idea mahu tulis apa."

Betulkan?

Mari saya beritahu kebenaran.
Cuma semak empat perkara ini dalam diri atau di sekeliling anda sekarang. 
Sebut ya kuat-kuat jika anda ada perkara di bawah.
  • Adakah anda bekerja?
  • Adakah anda mempunyai hobi?
  • Adakah anda mempunyai pengalaman hidup?
  • Adakah anda kenal mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang membuat anda teruja?

Selama ini, bagaimana anda dapatkan keempat-empat perkara ini dalam hidup?

Secara percuma.

Ya, secara percuma.

Dalam 24 jam, kita sudah boleh susun benda percuma ini menjadi buku.

Kita pergi ke soalan nombor satu.
Adakah anda bekerja?
Cuba lihat rutin dan jadikan manual, kumpulkan anekdot atau panduan agar dapat diamalkan oleh orang lain. 
Beberapa bulan lalu, ada seorang peserta bengkel mengumpulkan kisah-kisah pemandu bas berdasarkan laporan yang diterima beliau setiap hari.
Nampak biasa pada dia, tetapi pada kita, ini benda baharu dan mengujakan.

Yakah ada orang nak baca?

Pernah dengar jenama Grab?


Jenama servis 'pengganti teksi' ini tahu kuasa buku mula mengumpulkan semua cerita pemandu. Kemudian dijadikan komik berilustrasi berjudul Driving Malaysia. 
Mahu tahu satu rahsia?
Saya tak pernah bekerja dalam agensi kerajaan.
Pada satu hari saya nampak 'emas' yang dibuang begitu sahaja. Ramai tak nampak atau tak tahu itu adalah emas.
Tahukah emas apa saya temui?
Cerita-cerita mereka yang bekerja di jabatan kerajaan.
Akhirnya saya kutip emas itu dan hasilkan dua buah buku berbentuk how-to.
Salah satu judul,  Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.


Apa yang saya buat?

Saya bertanya mereka yang sudah lama bekerja, "Bagaimana dia bertahan bekerja dengan bos begini?"
Lama-lama buku ini 'gemuk' dengan tip-tip kakitangan kerajaan (dan swasta). Cerita diangkat menjadi petua dan cara kerja.

Ingat, saya tak gunakan pengalaman diri, tetapi kumpulkan maklumat orang lain dan menjadi buku.

Memang boleh dan tidak ada isu undang-undang pun!
Benda yang percuma depan mata akan meninggalkan kita jika tidak diikat menjadi buku. 
Ambil pen, korek maklumat dan tulis.

Ada cara, ada pintunya.
Baik, saya mahu beritahu juga, jika emel ini sudah sampai kepada anda, lebih separuh kerusi bengkel menulis buku bukan fiksyen sudah pun penuh.

Saya tanya sekali lagi.
  • Adakah anda bekerja?
  • Adakah anda mempunyai hobi?
  • Adakah anda mempunyai pengalaman hidup?
  • Adakah anda kenal mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang membuat anda teruja?
Jika ya kepada semua, ambil peluang tukarkan menjadi buku pertama sekarang.

Klik dan mendaftar kerusi akhir di sini, klik link di sebelah, bit.ly/kelasogos
Kita bertemu pada 12 Ogos ini. Cipta peluang kepada diri sebelum akhir tahun ini.

p/s Gunakan kupon OGOS bagi mendapatkan penjimatan RM390 sebagai ganjaran bertindak awal

EMEL ZAMRI MOHAMAD

15 comments:

  1. klu dah ada nama senang nak menulis kak KI... publisher mesti nak terbitkan buku. Klu xde nama baru nak bertatih mesti publisher takut nak comit tuk kita tulis buku n terbit memandangkan ekonomi skang... apa pendapat PI

    ReplyDelete
  2. Bagus juga tips yg diberikan...thanks bg idea.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 apa yang berlaku di depan mata boleh ditulis menjadi cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  4. TAK JUGA SHIELA YG PENTING MANUSKRIP KITA MENARIK MINAT PENERBIT...MESTI BERANI MENCUBA.

    ReplyDelete
  5. TKSH MRSPIP CUBA MANFAATKANYA

    ReplyDelete
  6. TKSH FIDAH YA MESTI RAJIN N PANDAI MENGOLAHNYA.

    ReplyDelete
  7. Betul kak PI...kadang terasa buntu untuk menulis dan berkongsi...tapi bila tahu acuannya bagaimana..insyaAllah serba sedikit terbantu juga.

    ReplyDelete
  8. TKSH PC BETULTU FOKUS MINAT KITA N TULIS.

    ReplyDelete
  9. Nice Artikelnya.. ijin share dan jangan lupa kunjungan baliknya... http://essenaquatic.xyz/umpan-ikan-patin-kilo-gebrus/

    ReplyDelete
  10. TKSH KUNJUNGANNYA..SILAKAN SHARE

    ReplyDelete
  11. Tips perkongsian yg sgt bagus ni kak PI

    ReplyDelete
  12. tksh dik kk kalau suka menulis adaide boleh terus tuls

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”