Thursday, 27 July 2017

TADDABUR SURAH AL-WAQIAH..

CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)

Surah al-Waaqi'ah ayat 1 hingga 5 (QS 56 : 1 - 5)
Surah Al-Waaqi'ah - سورةالواقعة
(Bismillah hirrahmaanirrahim)


[Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.']
1. (Izaa waqa’atil waaqiah)
[Apabila berlaku hari kiamat itu,]
Ayat ini menerangkan kepada kita tentang saat apabila telah sampainya hari kiamat. Kiamat yang dimaksudkan di sini adalah kiamat diri kita iaitu disaat kematian kita. Apabila kematian berlaku pada diri kita, maka akan zahirlah yang sebenar-benarnya wujud. Oleh itu kita hendaklah menzahirkan wujudnya Allah yang sebenar-benarnya wujud itu semasa diri kita ini masih lagi hidup. Matikanlah diri kita sebelum kita mati. Dengan erti kata lain matikanlah diri kita serta nafikan wujud diri kita dan nyatakan bahawa yang wujud itu hanyalah Allah sahaja. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu ghaib pada pandangan mata tetapi nyata pada pandangan hati.
2. (Laisaliwaq ’atihaa kaazibah)
[Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.]
Dalam ayat ini pula dijelaskan kepada kita bahawa apabila kita telah dapat menafikan wujud diri kita, maka nyatalah dengan sendirinya akan wujud Allah itu. Maka dengan wujudnya Allah itu akan nyatalah kejadian-Nya iaitu kejadian-Nya pada Roh. Apabila telah zahir Roh itu pada diri kita janganlah didustakan kerana pada Roh itulah AKU. Pada Rab yang ada pada Roh itulah AKU di dalam AKU yang sewaktu hidup kita ini tiadalah ia bercerai tanggal atau berpisah. Akhirnya kita akan mengetahui bahawa perjalanan hidup diri kita ini tidaklah akan berjumpa mati. Yang bertemu mati itu hanyalah jasad. Roh tidak akan pernah bertemu mati.
3. (Khofizatur roofi’ah)
[Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa apabila kita telah dapat membersihkan dan mensucikan Roh kita, bersih dari dosa dan suci dari syirik, maka barulah kita akan dapat menaikkan atau meninggikan taraf kejadian Allah iaitu Roh yang ada pada diri kita. Jika kita tidak bersih dari dosa dan tidak suci dari syirik maka ianya bererti kita telah merendahkan martabat kejadian Allah pada diri kita. Yang tinggi akan duduk dalam kemuliaan dan yang rendah akan duduk dalam kehinaan. Maka tinggi atau rendahnya kedudukan kita itu terletak pada setakat mana kita membersih dan mensucikan Roh kita.
4. (Izaa rujjatil ‘arthu rajjaa)
[(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam diri jasad kita yang bergoncang inilah tempat tinggal enam hakikat diri yang lain. Apabila diri kejadian iaitu Roh tidak dapat dibersih dan disucikan, maka lima hakikat diri yang lain akan berebut-rebut untuk mengambil tempat menguasai jasad. Maka jasad itu tidak akan dapat duduk dalam keseimbangan kerana tidak pasti hakikat diri mana yang hendak diikutinya. Maka terzahirlah pada diri kita akan perlakuan di mana ada masanya kita solat dan ada ketikanya tidak. Dengan yang demikian jasad akan jadi terumbang- ambing. (Inilah yang dimaksudkan dengan “bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan” di dalam ayat ini.)
5. (Wabus satil jibaa lubas saa)
[Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita akan kesan akibat jika pasak atau pun gunung yang ada pada diri kita tidak kita jaga. Yang dimaksudkan pasak atau gunung itu ialah iman kita. Apabila iman kita itu sudah tidak bertakhta di hati kita lagi bermakna pada ketika itu kita telah berpaling terus dari Allah. Maka pada ketika itu kehidupan kita tidak akan mempunyai pedoman lagi. Kita akan menjadi insan yang berputus asa. Akhirnya segala tindak-tanduk kita di dalam kehidupan ini akan hanya bertuhankan nafsu dan akal sahaja. Di samping itu nafsu dan akal pula akan mendengar hasutan syaitan melalui bisikannya. Golongan insan inilah yang dikatakan sebagai Golongan Kiri.

bersambung...

17 comments:

  1. ....sesungguhnya Allah itu ghaib pada pandangan mata tetapi nyata pada pandangan hati.

    Mantapkan dalam hati...,yakini insyaAllah selamat kita dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. TKSH PC MOGA KITA MENYEDARINYA

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sis... apa khabar... lama x jenguk sini ;-)

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi kak..bagus diamalkan surat ini setiap hari kata orang untuk kemudahan rezeki

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini K.PI

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat. Waqi`ah juga memberi erti: sesuatu yang pasti terjadi (kiamat). Surah ini juga salah satu surah yang menyebabkan Rasululah saw beruban. Dari Abdullah bin Abbas, Abu bakar bertanya kepada Rasul, ”Apakah yang menjadikanmu beruban? Rasulullah saw menjawab: Surat Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat…” (Riwayat At-Tirzimi dan Hakim).

    Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil tadabbur daripada surah ini dan menterjemahkan dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  7. surah al-waqiah ni banyak khasiat dia kan.. thanks kak PI sebab sudi share

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian...
    Semoga menjadi amalan kita

    ReplyDelete
  9. WSALAM ANIES APA KHABAR...MOGA SHT SJHTERA

    ReplyDelete
  10. TKSH YAN MOGA KITA MEMNFAATKNYA

    ReplyDelete
  11. WSALAM DIK USTAZ..TKSH DOA N PECERAHANNYA MNAMBAH TAHU

    ReplyDelete
  12. TKSH DP YA ELOK AMAL MEMBACANYA SETIAP HARI MNGELAK KEFAKIRAN

    ReplyDelete
  13. TKSH FIDAH MNGAMALKNNYA MEMUDAHKN URUSN HIDUP KITA

    ReplyDelete
  14. Insha Allah Akan terus istiqamah

    ReplyDelete
  15. Subhanallah walhamdulillah.. Allahuakbar..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”