ASSALAMUALAIKUM...
TUMBUHAN KAKTUS WALAU BERDURI TAPI TETAP CANTIK MENARIK KALA BERBUNGA DITAMBAH BENTUKNYA YANG UNIK.
Tuesday, 31 May 2016
SONETA MELAMUN RINDU...
ASSALAMUALAIKUM...
MELAMUN
RINDU
Datanglah
kasih mengulit rasa
Kukirim rindu
menggebu syahdu
Ingin
bersama setiap masa
Mengubat
lara hati yang sendu
Maafkan aku
duhai Kekasih
Meninggalkan-Mu
melompong atma
Mudah-mudahan
cintaku masih
Hanya untuk-Mu
saja selama-lama
Basah bibir bertasbih,
berzikir
Munajat doa
mengusir alpa
Mengisi jiwa
yang amat fakir
Hamba yang
hina menunduk rupa
Ya Ilahi Rabbi rindu bertemu
Pasrah dan
reda akan takdir-Mu
Monday, 30 May 2016
TERBITKAN CATATAN KENANGAN...
ASSALAMUALAIKUM...
SEPANJANG JALAN KENANGAN...
HIDUP KITA INI PENUH DENGAN NOSTALGIA YANG INDAH ATAU SEBALIKNYA...JIKALAU DICATAT DAN DIJADIKAN BUKU BERCETAK TENTU KITA BOLEH MENYELAK LEMBAR KENANGAN ITU BILA-BILA MASA YANG KITA SUKA....SEBAB KALAU TIDAK DICATAT KADANG KITA TERLUPA MOMEN-MOMEN ITU....JIKA ADA YANG BERMINAT MENERBITKAN PELBAGAI KARYA BERCORAK CATATAN KENANGAN ATAU APA SAJA BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK PENERBITAN INI...PI CUMA UAR-UARKAN SAJA INFO YANG DIKONGSI DARIPADA WALL FB DR FAHD RAZY SEORANG DOKTOR PERUBATAN JUGA SEORANG PENULIS...

Sunday, 29 May 2016
HINDARI SIFAT SOMBONG...
ASSALAMUALAIKUM...
SIFAT SOMBONG
Sesungguhnya kesombongan itu akhirnya akan membawa kepada kebinasaan. Terdapat banyak kisah mengenai kesombongan ini di mana akhirnya Allah timpakan kebinasaan ke atas mereka. Kisah iblis yang diusir dari syurga kerana angkuh dan sombong tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Qarun dan seluruh harta bendanya musnah kerana sikap sombong terhadap kaumnya. Firun juga menerima nasib yang sama apabill dia dan bala tenteranya ditenggelamkan ke dalam laut atas sikap sombongnya yang mengakui dirinya sebagai Tuhan. Kaum Nabi Luth juga binasa kerana sifat sombong dengan menolak kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth a.s supaya meninggalkan sifat keji mereka.
Walaupun banyak kisah yang dipaparkan namun masih ramai lagi di kalangan kita yang masih bersikap begitu terhadap sesama manusia. Apakah kita tidak mahu mengambil ikribar dari kisah-kisah yang terjadi itu? Menurut Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w pernah berkata, “Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan.”
Dalam Hadis riwayat Muslim juga, Rasulullah pernah berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah dan DIA menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.”

Dalam Al-Quran, surah al-Luqman ayat 18, Allah telah berfirman, “Dan janganlah engkau memalingkan mukau (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Firman Allah lagi, di dalam surah al-Zumar ayat 72, “(Setelah itu) katakanlah kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.”
Banyak lagi dalil yang terdapat di dalam Hadis dan Al-Quran yang menceritakan hal kesombongan ini dan balasannya yang pasti adalah azab Neraka Jahanam.
Namun ramai manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang diceritkan di dalam Hadis dan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran. Manusia masih lagi sambong dan takbur dengan harta kekayaan, wang ringgit rumah banglo besar, sombong dengan ketinggian ilmunya, sombong dengan amal ibadahnya dan banyak lagi kesombongan-kesombongan yang lain. Jikalau orang yang kaya raya, tinggi ilmunya, hebat amal ibadahnya berlagak sombong boleh juga kita terima. Tetapi ada yang kehidupannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun berlagak sombong. Begitu juga ada manusia yang ilmunya tidak seberapa pun tetapi tetap hendak bersifat angkuh. Tidak tahulah apa yang hendak disombongkan oleh mereka-mereka itu.
Ketahuilah bahawa apa yang ada pada diri kita semuanya adalah hak milik Allah. Ianya hanya dipinjamkan kepada kita semasa di atas dunia ini. Tidak payahlah hendak sombong, takbur dan riak jika kita memilikinya. Jika Allah hendak mengambilnya balik dalam sekelip mata ianya boleh berlaku. Percayalah "Dari Allah dia datang dan kepada Allah dikembalikan".
Kesimpulannya kesombongan itu tidak akan membawa ke mana-mana melainkan kita akan terjerumus ke dalam api Neraka Jahanam.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah
.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
Saturday, 28 May 2016
ACAR IKAN TALANG...
ASSALAMUALAIKUM...
SUDAH TIDAK BERAPA HARI RAMADAN AKAN TIBA DAN INSYA-ALLAH KITA SEMUA AKAN BERPELUANG MERAIKANNYA DENGAN BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN MERAIH GANJARAN PAHALA JANJI-NYA DAN MOHON KEAMPUNAN KE ATAS YANG TERLANJUR DILAKUKAN SAMADA DIKETAHUI ATAU TIDAK...
SEHARIAN BERPUASA KADANG HILANG SELERA JUGA... HIDANGAN YANG BANYAK TERSAJI DI DEPAN MATA BAGAI TAK MAMPU NAK DITELAN.
OLEH ITU PERLULAH BERSEDIA DENGAN MAKANAN SEDERHANA YANG ADA RASA MASAM DAN MASINNYA SEUMPAMA ACAR UNTUK MEMBUKA SELERA....BANYAK JENIS ACAR YANG BOLEH DISEDIAKAN LEBIH AWAL KERANA TAHAN LAMA TARIKH LUPUTNYA SEPERTI ACAR LIMAU, ACAR BUAH, ACAR IKAN KERING DLL.
ACAR IKAN TALANG ...
1cawan ikan talang masin yang sudah didadu- digoreng garing
1/2 kg buah jeruk campur
1 1/2 cawan gula pasir
1sudu garam halus
1/4 cawan bijan - digoreng tanpa minyak
Bahan Blend:
30 biji cili kering-buang tangkai & basuh
-Terus goreng dalam minyak panas...biar sebiji-sebiji ...sekejap sahaja sehingga wangi
- Cili yang dah goreng di blend bersama 1/2 cawan air
Bahan Rebus:
20 biji bawang kecik - biar sebiji-sebiji
20 bawang putih - biar sebiji-sebiji
2 ketul halia -racik seperti batang mancis
1 1/2 cawan cuka
Bahan Tumis :
1 cawan minyak
2 sudu teh halba campur (macam tumis kari tu)
1 sudu kas-kas ( jika ada)
1. Sangai....bijan digoreng tanpa minyak hingga nampak kuning.Sejukkan
2. Ikan talang masin dibasuh & goreng garing
3. Bahan Rebus..Masukkan bawang kecik..bawang putih ..halia & cuka dalam periuk & masak
sehingga mendidih.tutup api & biarkan sejuk
*** Proses ini penting untuk menjadikan bahan-bahan ini tidak akan empuk & akan kekal rangup
4. Panaskan 1 cawan minyak & tumis bahan tumis
5. Masukkan cili kering yang telah digoreng wangi & diblend halus..
6. Mesti masak hingga garing & naik minyak supaya semua airnya kering
** Acar yang tiada kandungan air akan berkilat...lebih menarik & lebih tahan lama
7. Masukkan bahan yang dah direbus bersama cukanya sekali..
*** Ketika ini bau acar mula menyerlah..
8. Masukkan ikan masin goreng & semua buah jeruk campur....Masukkan juga garam & gula
** gula digunakan agak banyak untuk seimbangkan rasa masam dari cuka & juga sebagai pengawet
9. Taburkan bijan yang sudah digoreng tanpa minyak & gaul rata
10. Masak hingga semua bahan sebati dan mendidih selama beberapa minit .
Biar hingga sejuk barulah dimasukkan ke dalam botol atau bekas untuk disimpan
*** Acar akan lebih sedap selepas beberapa hari disimpan selepas dimasak kerana semua bahan akan sebati.Jika perlu..panaskan semula selepas beberapa hari & biarkan betul-betul sejuk baru dimasukkan dalam bekas bertutup..
Resepi https://namakucell.blogspot.my

Friday, 27 May 2016
CERPEN UTUSAN MALAYSIA SABTU..
ASSALAMUALAIKUM...
CUBA-CUBALAH MENULIS CERPEN DALAM UTUSAN MALAYSIA SABTU ....MANATAHU DAPAT GANJARAN 1000 RM JIKA TERPILIH SEBAGAI PEMENANG..
CUBA-CUBALAH MENULIS CERPEN DALAM UTUSAN MALAYSIA SABTU ....MANATAHU DAPAT GANJARAN 1000 RM JIKA TERPILIH SEBAGAI PEMENANG..
PERANG NURANI DAN ZULMANI...
ASSALAMUALAIKUM....
SALAM JUMAAT MULIA....
Nurani di pimpin olih perpaduan akal dan qalbu(rusyd)
Sedangkan zhulmani di pimpin olih nafsu.
SALAM JUMAAT MULIA....
Di dalam diri manusia sering terjadi peperangan di antara nurani(cahaya) dan zhulmani(kegelapan). Ini adalah fitrah manusia
Nurani di pimpin olih perpaduan akal dan qalbu(rusyd)
Sedangkan zhulmani di pimpin olih nafsu.
Seandainya nafsu yang menang maka akal dan qalbu di bawa olih nafsu ke wilayah zhulmani sehingga semakin jauh terbawa di dalam kegelapan.
Demikian juga seandainya rusyud yang menang. Manusia semakin dimudahkan perjalanan hidupnya kerana ada cahaya nur dan hidayah yang melindungi mereka dari kegelapan yag menakutkan
Ustazah Siti Nurbayah Usman
Thursday, 26 May 2016
MENGENANG SILAM LALU..
ASSALAMUALAIKUM...
.
HIDUP TERKINI DAN DULU-DULU.
Adakah bezanya? Mestilah ada. Sebab dulu tidak sama dengan
sekarang. Kalau nak dibuat perbandingan bagai langit dengan bumi. Zaman yang
sempat PI lalui adalah akhir tahun 60-an. Berada di kampung halaman di Kedah
Darulaman yang indah permai dikelilingi sawah padi penyejuk jiwa seluas mata
memandang. Cara hidup bergantung seluruhnya kepada kemampuan diri tanpa ada
kemudahan yang menyenangkan.
Kebanyakannya masih mendiami rumah-rumah kecil beratap nipah
dan berdinding nipah yang disemat. Ada juga rumah agam yang tersergam di tengah
kelompok rumah-rumah kecil seakan pondok menunjukan kemajuan kehidupan mereka
atau telah diwarisi daripada keturunan mereka sejak lama.
PI tinggal dengan tok PI setelah ibubapa PI berhijrah ke
Pahang menyertai skim FELDA. Rumah tok PI sederhana saja buat menampung
keluarga. Semua keperluan untuk kehidupan diadakan sendiri. Maksudnya kalau
hendak makan nasi kenalah tanam pokok padi. Bendangkan ada. Tanamlah padi jawi
atau padi pulut. Setelah masak dituai secara berderau. Padi ini dipukul di tong
pemukul padi untuk memisahkan padi dari jeraminya, kemudian dijemur, dianginkan,
ditampi pula untuk memisahkan padi hampa dengan yang bernas.
Setelah itu ditumbuk pula untuk dapatkan beras yang putih.
Ketika menjemur padi kerja PI adalah menghambat ayam daripada makan padi. Kalau
dibiarkan alamatnya habis padi dan tak dapat dijadikan beras lagi. Ketika padi
sedang ditumbuk kerjanya pula menyapu lesung pula agar padi tidak tumpah dari
lesung.
Hendak makan sepinggan nasi pun beberapa fasa perlu dilalui.
Takkan nak makan nasi putih saja kan. Mestilah seimbang nilai pemakanannya.
Lengkap dengan lauk, sayur, buah-buahan yang diperlukan tubuh. Nak makan sayur
kenalah rajin menanamnya di sekitar rumah.
Tentang lauk/ikan/sotong/udang/ketam/ kerang/siput tak perlu dibeli
untuk dapatkannya. Rajinkan juga mengtur langkah kaki ke tepi laut atau ke laut.
Banyak sekali sumber protin itu di sana. Malas nak ke tepi laut boleh pancing
saja ikan di bendang. Ikan haruan, keli, puyu cepat saja makan umpan di ujung
mata pancing.
Sudah dapat ikannya bolehlah digulai atau dimasak asam pedas.
Tapi terasa nak menggoreng pula. Mana pula minyaknya. Sebelum berfikir nak
menggoreng segala makanan proses menyediakan minyak masak mulakan lebih awal.
Kelapa matang dikoyak kulit dan disagat isinya. Santannya diperah dan dibiarkan
semalaman sebelum dikaut santan yang beku lalu dimasakan dalam kuali atas dapur
kayu. Sekian lama diatas api terhasillah minyak daripada santan kelapa.
Minyak kelapa buatan sendiri bukan main harum aromanya dan
amat sedap digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Boleh juga digunakan sebagai
minyak rambut dengan terlebih dahulu dicampur bunga melur, tanjung atau
cempaka. Selain itu dibuat minyak urut untuk mengurut tubuh yang lenguh
membetulkan simpulan urat dengan campuran aneka herba.
Untuk memasinkan makanan garamnya tidaklah dibuat. Harganya
sekupang saja dan tahan lama penggunaannya jadi beli saja di kedai. Tapi untuk
dapatkan rasa manis dalam kuih-muih yang dibuat tok PI akan membuat
nisan/manisan daripada buah nipah. Buah nipah ini dibiarkan hingga tua sambil
mayangnya diurut agar elok tunduknya dan senang disadap menggunakan pisau
potong padi yang tajam. Daripada mayang nipah akan mengalir nira ke dalam tuke
buluh yang digantung di ujungnya.
Hasil pengumpulan nira yang hampir seperiuk besar dimasak
pula diatas api sehingga kuning keemasan dan likat. Bukan main sedap lagi
rasanya dimakan dengan lempeng kelapa, cendol atau apom kukus.
Untuk mengalas tidur anyamlah tikar daripada tumbuhan mengkuang dan bantal yang dibuat meletak kepala berisi kekabu putih yang dkutip untuk dijadikan bantal.
Begitulah cara kehidupan dulu dulu yang sederhana tetapi amat perlukan kerajinan tahap
tinggi dalam mengendalikannya. Jikalau asyik berpangku tangan alamatnya susah
hidup. Nasib tak baik kebuluran
PI terkenangkan kata-kata arwah tok PI bahawa hidup orang sekarang terlalu mudah kerana negara kita sudah kaya raya dan maju. Benarkah? Entahlah...
Wednesday, 25 May 2016
AIDILFITRI SAJAK-SAJAK KENANGAN---HADIAH SIFU TABIR ALAM....
ASSAKAMUALAIKUM...
PI MENERIMA NASKHAH SONIAN KIRIMAN SIFU TABIR ALAM YANG DIODER SEBAGAI SOKONGAN PI KEPADA PENGKARYA SONIAN YANG TERLIBAT...INGATKAN HANYA NASKHAH SONIAN SAJA RUPANYA SIFU TURUT MENGIRIMKAN HADIAH BERUPA ANTOLOGI SAJAK-SAJAK KENANGAN AIDILFITRI....TERIMA KASIH BANYAK HADIAH PEMBERIAN SIFU TABIR ALAM YANG SANGAT BERHARGA DAN BERMAKNA INI...
ANTOLOGI SAJAK AIDILFITRI SAJAK-SAJAK KENANGAN MENGGABUNGKAN RAMAI PENYAIR TANAHAIR, SINGAPURA, INDONESIA, THAILAND, BRUNEI DARUSSALAM.
ANTARANYA, MOHROSO DOLOH. THAILAND, ANNIE DIN, DODI ALFY AZ, NOOR AISYA, KHAZIAH YEM - SINGAPURA
SONI FARID MAULANA, GHUFRON CHOLID, SYARIFUDDIN ARIFFIN, ROIS RINALDI, ROHMANIDAR SHAFEI PUTRI, DEBI ROSELINI, ELI AWALIAH ROSSELINI, FARIS NAUFAL RAMADHAN - INDONESIA
DIPINGGIRAN, FIRDAUS NORDIN - BRUNEI
UMMI MARSYETA, YAHTI HAYATI, ZARIR ALI, ZURAIDAH DEWI, TOK BATIN SHAM, TABIR ALAM, TERUNA DESA, SITI ZAITON AHMAD, SYAHFREIN EFENDI USMAN, SRI MAWAR, SYUSYAH ZA, SANIAH MASRI, SAZALEE SULAIMAN, SETI ZALEHA, SITI ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, ROSIMAH BUYUNG, RUS ASAN, SABARRIAH BAHARI, SABARIAH ROS, PUZI HADI, RIA ASMIRA, PADIN MAJID, FAUZI MOHD ISA, PARIDAH ISHAK, NORSIAH KANDAR, NUR AIN HANIS, ONN ABDULLAH, NORJANNAH MA, NORGADIS LABUAN, NORAIS, NINI ZALINA, NIK DAHNA, NIK MOHD IZNAN, NINI ZALINA, M SHAH, MAMU MK HASMY, NAZIM MOHD SOBARI, MAWADDATUN ASYAKIRIN, LYA JAMYLYA AMIE, LYNN LYNDA ARDIE, KAMALIE HUDI, K MANJA, LATTY LATISSA, KASEH CHEMPAKA, KAMARSINAH SARKAM, IJAMALA MN, HAMIZUN SHAH, GABRIEL KIM, CT NURZA, CITRANALIS, BAYU PAGI, ASSYARAMI, ASMIRA SUHADIS, AMIR HAMZAH, AHKARIM, ALANA SUE, AL-HISYAM - MALAYSIA
SAJAK AIDILFITRI YANG MENGUNGKAP KENANGAN PENYAJAK TERLIBAT DALAM SEDIH SUKA DAN DUKA MELEWATINYA.

HAIKU DAUN RERAMA...
ASSALAMUALAIKUM....
MUTAKHIR INI PI RALIT SEKALI MEMPELAJARI CARA MENULIS HAIKU YANG BETUL DALAM PROJEK PELANGI KELOLAAN SIFU TABIR ALAM....MEMENINGKAN KEPALA JUGA MENGIKUT RENTAK PUISI JEPUN INI SEBENARNYA...MENENTUKAN KIGO TIDAK BERTINDIH DAN TANDA KIREJI YANG MEMISAHKAN IMEJ DAN MAKSUD TERSIRAT ATAU YO IN MENGAMBIL MASA LAMA JUGA MEMIKIRKAN....KADANG BERHARI-HARI BARU SIFU TABIR ALAM MELULUSKAN HAIKU YANG DIYAKINI KUALITINYA....
DAN PI BARU BERJAYA MENULIS LIMA HAIKU YANG SEDERHANA SAJA...
Paridah Ishak
Selayang Utama
25/5/2016
pic google image

Haiku
#1
Pondok
pinggiran
Kencang
taufan tengkujuh
Puing
berserak
Haiku #2
Sekawan ciak
Menyongsong pagi hari
Beralun dendang
Haiku #3
Naskhah sonian -
Hadiah Aidilfitri
Gubahan minda
Haiku #4
Anggerik bulan
Kelopak putih lembut
Pesona murni
Haiku #5
Daun rerama
Hutan rimba berduri
Lestari hidup
Paridah Ishak
Selayang Utama
25/5/2016
pic google image
Tuesday, 24 May 2016
PENGALAMAN NGERI PEMANCING YANG HILANG.........
ASSALAMUALAIKUM..
Johor Bahru - Melihat kelibat pontianak dan terjumpa sekumpulan ikan lumba-lumba adalah antara pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh Syahril Mohamad, 30, dan Korperal Mohd Firdaus Jalil, 34.
Kedua-dua kaki pancing itu bagaimanapun tetap kuat semangat dan yakin bantuan tetap akan tiba meskipun turut diuji dengan angin kuat, selain turut melihat berlakunya pusaran air.
Mereka adalah antara 12 pemancing termasuk tekong dan awak-awak yang dilaporkan hilang di Pulau Aur, Mersing, Khamis lalu, berikutan terkandas selama tiga hari di lautan berkenaan.
Berdepan detik cemas itu juga membuatkan Mohd Firdaus yang berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, menggunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam unit beruniform itu.
“Semasa mendapat tahu saluran minyak bocor dan kehabisan bahan tersebut, saya hanya mampu terdiam dan cuba bertenang sebaik mungkin dan kelebihan sebagai anggota polis, saya gunakan untuk bantu menenangkan rakan lain.
“Tidak dinafikan, ada waktu keadaan menjadi tegang antara kami dan tekong, namun kami berusaha untuk cuba menenangkan antara satu sama lain dan saya turut mengajak mereka sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Bapa dua anak dan berasal dari Melaka itu memberitahu, tambah merisaukan apabila kedudukan bot yang mereka naiki hampir memasuki perairan Indonesia kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing, selain bekalan makanan juga hampir habis.
“Alhamdulillah, kami amat bersyukur apabila melihat kelibat helikopter Maritim semalam. Tiada kata-kata yang terkeluar, hanya mampu mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT, sekali gus mahu segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.
Bagi Syahril yang berasal dari Pulau Pinang pula, pelbagai pendekatan digunakan mereka untuk bertenang dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan ia termasuk meneruskan aktiviti memancing selain menyanyi bersama-sama.
“Ada waktu kami menyanyi sekuat-kuatnya semata-mata untuk menghilangkan tekanan, selain menenangkan diri, malah kami turut membuat isyarat SOS menggunakan kabus dengan harapan ada kapal dagang yang melihat,” katanya.
Sungguhpun terpaksa berdepan pengalaman getir itu, kedua-dua mereka memberitahu, tidak akan pernah serik keluar memancing pada masa akan datang kerana ia adalah hobi sejak lapan tahun lalu serta sukar untuk dilupakan.
MENDOAKAN DIRI SENDIRI...
ASSALAMUALAIKUM....
MEMANG WAJARLAH KITA MENDOAKAN KEAFIATAN, KESEJAHTERAAN DIRI SENDIRI...BERTAUBAT DARIPADA KESALAHAN LALU YANG DILAKUKAN SAMAADA YANG TERSEMBUNYI ATAU TIDAK DISEDARI DAN MENDOAKAN KEAMPUNAN ALLAH TERHADAP IBU BAPA KITA, ANAK-CUCU KITA SETERUSNYA BERSAMBUNG DOA-DOA YANG TASDIK DI HATI KITA...JOM KITA MENADAH TANGAN BERDOA DENGAN TULUS IKHLAS...

Monday, 23 May 2016
ROMAN CINTA...
ASSALAMUALAIKUM...
ADA YANG BERMINAT MENULIS ROMAN CINTA YANG SYAHDU DAN MENYENTUH JIWA? ...JIKA SUDAH ADA MANUSKRIPNYA BOLEHLAH HANTARKAN KEPADA PENERBITAN INI....KALAU BELUM ADA CUBA-CUBALAH MENGGARAP KARYA....MEMULAKAN SEBUAH KARYA PENULISAN MEMANG AGAK PAYAH TAPI SETELAH NENULISNYA TIDAK SABAR PULA HENDAK MENGHABISKANNYA....TIADA MULA TIADALAH AKHIRNYA...AYUH MULA MENCAMBAH IDE MELUKIS ILHAM DENGAN CANTIK....

Sunday, 22 May 2016
HUKUM BERPUASA SUNAT SELEPAS NISFU SYAABAN...
ASSALAMUALAIKUM...
- See more at: http://www.utusan.com.my
Hukum puasa selepas Nisfu Syaaban
AL-BAYAN
MOHD. RADZI MOHD. ZIN | 20 Mei 2016 5:20 PM
“Aku nak puasa sunatlah Isnin ni. Ini kan bulan Syaaban, bulan kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi,” kata Ishak.
Namun, rakannya, Ali menegur: “Kalau tak silap aku, kita tak boleh puasa sunat selepas 15 Syaaban tapi entahlah, aku pun tak berapa pasti”.
Demikian antara dialog yang kerap kedengaran apabila kita sudah berada pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban). Ternyata, masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada yang menyangka, logiknya makin hampir dengan Ramadan makin elok kita puasa untuk membiasakan dengan puasa fardu itu.
Memang ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya. Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah. (Namun, ada beberapa pengecualian yang akan dijelaskan di bawah)
Dalil-dalil yang melarang puasa selepas 15 Syaaban antaranya:
* Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud).
* Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”. (Riwayat Ibnu Majah)
Sungguhpun dihukumkan haram, pengharaman berpuasa pada nisfu kedua Syaaban ini tidaklah mutlak. Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.
Sebaliknya, pengharaman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-
1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.
Jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.
2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa). Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.
3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.
4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.
Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.
Saturday, 21 May 2016
JUS BUAH-BUAHAN YANG SEDAP...
ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT MERAIKAN NISFU SHAABAN DENGAN AMAL IBADAH SEMPENA KEHADIRANNYA..BERDOA BANYAK-BANYAK AGAR SEGALA AMAL IBADAH KITA DITERIMA ALLAH....KALAU TERASA HAUS BOLEHLAH SEDIAKAN JUS MINUMAN YANG LAZAT NI...BOLEH PILIH ANTARA TIGA RESEPI YANG PI KONGSIKAN DI SINI...
MILKY RAMBUTAN
1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam
Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu kedalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
tambah air jika perlu
Letakkan ketulan ais dan biji selasih
Sedia di hidangkan dingin

AIR BUAH COCKTAIL
Respi Oleh : Kak Fida
Rujukkan : My Resepi
1 tin buah-buahan campuran ~ fruit cocktail
1 tin susu sejat
2 tin susu air ( guna tin susu sejat tadi untuk sukatan air)
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
Secukupnya agar-agar siap atau sumi
Ketulan ais secukupnya
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Satukan air, susu, gula, tepung kastard, secubit garam dan sedikit esen vanilla dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih
Senantiasa kacau adunan supaya kastard tidak melekat di dasar periuk
Bila dah didih, sejukkan
Setelah benar-benar sejuk, masukkan dalam mangkuk, letakkan sumi jelly dan buah-buah cocktail
Letakkan juga ketulan ais bila menghidang nanti
Jika suka boleh perahkan juga jus lemon atau hirisan lemon di dalamnya