Tuesday, 24 May 2016

PENGALAMAN NGERI PEMANCING YANG HILANG.........

ASSALAMUALAIKUM..
'Kami menyanyi sekuat-kuatnya'


Johor Bahru - Melihat kelibat pontianak dan terjumpa sekumpulan ikan lumba-lumba adalah antara pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh Syahril Mohamad, 30, dan Korperal Mohd Firdaus Jalil, 34.

Kedua-dua kaki pancing itu bagaimanapun tetap kuat semangat dan yakin bantuan tetap akan tiba meskipun turut diuji dengan angin kuat, selain turut melihat berlakunya pusaran air.

Mereka adalah antara 12 pemancing termasuk tekong dan awak-awak yang dilaporkan hilang di Pulau Aur, Mersing, Khamis lalu, berikutan terkandas selama tiga hari di lautan berkenaan.

Berdepan detik cemas itu juga membuatkan Mohd Firdaus yang berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, menggunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam unit beruniform itu.

“Semasa mendapat tahu saluran minyak bocor dan kehabisan bahan tersebut, saya hanya mampu terdiam dan cuba bertenang sebaik mungkin dan kelebihan sebagai anggota polis, saya gunakan untuk bantu menenangkan rakan lain.

“Tidak dinafikan, ada waktu keadaan menjadi tegang antara kami dan tekong, namun kami berusaha untuk cuba menenangkan antara satu sama lain dan saya turut mengajak mereka sentiasa berfikiran positif,” katanya.

Bapa dua anak dan berasal dari Melaka itu memberitahu, tambah merisaukan apabila kedudukan bot yang mereka naiki hampir memasuki perairan Indonesia kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing, selain bekalan makanan juga hampir habis.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur apabila melihat kelibat helikopter Maritim semalam. Tiada kata-kata yang terkeluar, hanya mampu mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT, sekali gus mahu segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Bagi Syahril yang berasal dari Pulau Pinang pula, pelbagai pendekatan digunakan mereka untuk bertenang dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan ia termasuk meneruskan aktiviti memancing selain menyanyi bersama-sama.

“Ada waktu kami menyanyi sekuat-kuatnya semata-mata untuk menghilangkan tekanan, selain menenangkan diri, malah kami turut membuat isyarat SOS menggunakan kabus dengan harapan ada kapal dagang yang melihat,” katanya.

Sungguhpun terpaksa berdepan pengalaman getir itu, kedua-dua mereka memberitahu, tidak akan pernah serik keluar memancing pada masa akan datang kerana ia adalah hobi sejak lapan tahun lalu serta sukar untuk dilupakan.


17 comments:

  1. Saya pula yg takut kak PI..
    Kalau kena kat saya..
    Serik tak nak memancing hihihi

    ReplyDelete
  2. YELA YATI KAK PUN XTAKUT ALAMI CAMNI..MMG NGERI TU...TQ

    ReplyDelete
  3. pengalaman ngeri bagi saya...ya allah takutnya
    mcm2 jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGALAMAN NGERI PUN REZKI YG ALLAH BERI QHAIFA HEH..HEH..TQ

      Delete
  4. Alhamdulillah. Walaupun hanyut rupanya masih diatas bot. Ingatkan hanyut dalam air..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Memancing di laut lepas adalah antara hobi saya. Entah sudah tidak terkira berapa kali saya pergi memancing di laut.
    Membaca pengalaman mereka, teringat pula pengalaman saya dipukul ribut ketika mencandat sotong di perairan pulau kapas dulu. Gelombang menghempas kiri dan kanan bot kami. Hanya Allah yang mengetahui betapa cemasnya kami ketika itu.
    Yang seronok pula memancing malam di laut ini tatkala bersolat. Di atas bot yang teroleng-oleng, dengan langit yang terbuka luas. Di tengah kegelapan malam yang hanya ada taburan bintang2. Mudahnya diri merasa sangat kerdil. Ketika itu penyerahan bulat2 hanya kepada-Nya. Allahu rabbi...

    ReplyDelete
  6. memang orang kaki pancing ni mempunyai hati yg kuat kan P
    kalau tak cemana boleh di tengah laut boleh nyanyi2 lagi hee
    alhamdulillah akhirnya selamat jugak

    ReplyDelete
  7. sy x suka memancing krna x suka menanti...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..klu sy tak tahu lh mcm man nak hadap situasi.. huhu
    nasib depa kuat semangat.. Memancing ni klu dah hobi, mmg susah nak tinggal.. sama mcm hubby sy kak.. tak pernah bosan...

    ReplyDelete
  9. memang berani2 semua orang kuat mancing ni kan PI..kalau takut..dah tentu terjatuh dlm air masa nampak pontianak tu

    ReplyDelete
  10. ish ngerinya, nasib baik suami bukan kaki pancing

    ReplyDelete
  11. perrgghh! takutnya... Tapi ALhamdulillah la terselamat juga akhirnya

    ReplyDelete
  12. takut jugak kalau jadi macam tu.
    Nasib baik suami bukan kaki pancing...

    ReplyDelete
  13. takut laa pulak bila jadi mcm niiii

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”