SIFAT SOMBONG
Sesungguhnya kesombongan itu akhirnya akan membawa kepada kebinasaan. Terdapat banyak kisah mengenai kesombongan ini di mana akhirnya Allah timpakan kebinasaan ke atas mereka. Kisah iblis yang diusir dari syurga kerana angkuh dan sombong tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Qarun dan seluruh harta bendanya musnah kerana sikap sombong terhadap kaumnya. Firun juga menerima nasib yang sama apabill dia dan bala tenteranya ditenggelamkan ke dalam laut atas sikap sombongnya yang mengakui dirinya sebagai Tuhan. Kaum Nabi Luth juga binasa kerana sifat sombong dengan menolak kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth a.s supaya meninggalkan sifat keji mereka.
Walaupun banyak kisah yang dipaparkan namun masih ramai lagi di kalangan kita yang masih bersikap begitu terhadap sesama manusia. Apakah kita tidak mahu mengambil ikribar dari kisah-kisah yang terjadi itu? Menurut Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w pernah berkata, “Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan.”
Dalam Hadis riwayat Muslim juga, Rasulullah pernah berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah dan DIA menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.”

Dalam Al-Quran, surah al-Luqman ayat 18, Allah telah berfirman, “Dan janganlah engkau memalingkan mukau (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Firman Allah lagi, di dalam surah al-Zumar ayat 72, “(Setelah itu) katakanlah kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.”
Banyak lagi dalil yang terdapat di dalam Hadis dan Al-Quran yang menceritakan hal kesombongan ini dan balasannya yang pasti adalah azab Neraka Jahanam.
Namun ramai manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang diceritkan di dalam Hadis dan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran. Manusia masih lagi sambong dan takbur dengan harta kekayaan, wang ringgit rumah banglo besar, sombong dengan ketinggian ilmunya, sombong dengan amal ibadahnya dan banyak lagi kesombongan-kesombongan yang lain. Jikalau orang yang kaya raya, tinggi ilmunya, hebat amal ibadahnya berlagak sombong boleh juga kita terima. Tetapi ada yang kehidupannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun berlagak sombong. Begitu juga ada manusia yang ilmunya tidak seberapa pun tetapi tetap hendak bersifat angkuh. Tidak tahulah apa yang hendak disombongkan oleh mereka-mereka itu.
Ketahuilah bahawa apa yang ada pada diri kita semuanya adalah hak milik Allah. Ianya hanya dipinjamkan kepada kita semasa di atas dunia ini. Tidak payahlah hendak sombong, takbur dan riak jika kita memilikinya. Jika Allah hendak mengambilnya balik dalam sekelip mata ianya boleh berlaku. Percayalah "Dari Allah dia datang dan kepada Allah dikembalikan".
Kesimpulannya kesombongan itu tidak akan membawa ke mana-mana melainkan kita akan terjerumus ke dalam api Neraka Jahanam.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah
.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
BBetul kak..terima kasih perkongsian ini..sayangnya masih ada yang tidak sedar akan perkara ini...
ReplyDeleteWkmsalam. Satu perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeletesemua yg ada pada kita milik Allah swt, dikurniakan pd kita sebagai amanah...hendaklah jd seperti resam padi, semakin berisi, semakin tunduk kebumi..
ReplyDeleteassalamualaikum kak PI,sesekali dapatlah menjenguk kat ruang komen ni bila guna laptop.Betulkan ,apalah guna sikap sombong diri ,semua yang ada milik Allah .
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa terpelihara dan dijauhkan dari sifat2 riak dan sombong... nauzubillah...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan
ReplyDeletemoga2 kita tidak dihinggapi penyakit hati nan satu ini
ReplyDelete