Tuesday, 1 March 2016

ARANG ITU BERLIAN...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES

ARANG ITU BERLIAN

Bara digenggam menjadi arang
Dicanai menyerlahkan berlian
Walau bertahun walau berkurun
Dinanti pasti
Tanpa diragui.
Ditatah bersungguh hati
Lalu dibingkai digantung
Dari penjuru ke penjuru
Segenap sisi meski tersudut.
Sayang teramat sayang
Berlian semakin sirna sinarnya
Justeru cermin bingkainya
Telah retak seribu
Dicemburui waktu berlalu

PARIDAH ISHAK
1 MAC 2016

SELAYANG UTAMA.

13 comments:

  1. Betul arang itu berlian, buang arang kira buang berlian, dulu carbon kat pensil tu pun nak simpan :) suka berlian

    ReplyDelete
  2. gabar tu memang Nampak gemerlapan berliannya

    ReplyDelete
  3. Anugerah ciptaan Illahi yg penuh hikmah buat renungan insan...

    ReplyDelete
  4. Tak silap kakak baru beberapa minggu lepas radio ikim ada buat teka-teki PI
    Bentuk bagaikan berlian. Hitam sebelum diguna, merah ketika diguna dan akhirnya kelabu selepas diguna. Jawapannya arang:)

    Yg pasti pemilik berlian akan rasa puas bila dpt pakai.

    ReplyDelete
  5. berlian..sahabat baik wanita nih...hihi :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. BERLIAN MAHAL CANTIK BERHARGA...TQ SERAA ROSE.

      Delete
  7. Berlian yg mahal bila dibeli..
    Tetapi tidak utk dijual balik..

    ReplyDelete
  8. Jangan sangka hitam itu buruk kan

    ReplyDelete
  9. haaaa kita ingat tak berguna.. rupanya lebih dari nilainya..
    tapi kita mmg fitrah menilai pada luarannya saja =)

    ReplyDelete
  10. arang itu berlian? garu2 kepala sbb kurang faham huhuh ke ada maksd lain di sebaliknya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”