ASSALAMUALAIKUM
PANTUN JENAKA
Seruntun sanya jika terluka,
penggunaannya jua dianggar;
berpantun hanya bersuka-suka,
peraturannya semua langgar.
.
Rata lelayang silih arahnya,
legar ruangnya gerak menyisi;
kata pembayang pilih rimanya,
agar maksudnya nampak serasi.
.
Sandar berjeda merawak nangka,
nasi dibuang tentu setengah;
sekadar canda lawak jenaka,
mengisi ruang waktu menjengah.
.
Timun digesa jimat jualan,
masak kelisa petani santun;
namun merasa amat terkilan,
rosak bahasa seni berpantun.
BERBUKA
Alan ditindan malim menggesa,
menjangka baka sudah biasa;
bulan Ramadan Muslim puasa,
tika berbuka juadah rasa.
Terhenyak padah datuk terleka,
galau semasa merapi nangka;
banyak juadah untuk berbuka,
walau puasa tetapi suka.
Menantu reka gebar di panti,
sesudah anak rangka teliti
waktu berbuka sabar menanti,
juadah enak leka perhati.
.
.
Terluka
tangan memulas pakma,
bertemu dara berlama-lama;
berbuka dengan seulas kurma,
jamu selera bersama-sama.
.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”