ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, 11 March 2025
MELODI RAMADAN
Sunday, 9 March 2025
KECURIAN SAWIT
ASSALAMUALAIKUM
KECURIAN
SAWIT
Pegawai
ladang skim FELDA kampungku mengirim
penyata hasil pendapatan dan kos pengurusan penuaiannya. Beliau memberitahu anakku,
buah sawit di kebunku mutakhir ini sangat sedikit kerana ada yang mencurinya. Pendapatan
untuk bulan Januari dan Februari cuma 800 RM. Agaknya hanya beberapa kilogram
saja yang sampai di kilang proses sawit sedangkan keluasan kebun sawit melebihi
10 ekar. Aku mengagak tentu pihak pengurusan FELDA Wilayah Pahang Tengah
mempersoalkan tentang itu. Dan terpaksalah pegawai FELDA di kampungku mencari
solusinya. Mereka bercadang menyerahkan kontrak penuaian sawit kubunku pada
pihak lain. Sejak dari dahulu lagi aku hanya menerima hasilan sangat sedikit
berbanding peneroka lain yang menerima hasil jualan sawit 3K hingga 10K setiap
kali tuaian. Aku berpada saja dengan rezekiku perolehi. Dan berdiam diri tanpa
mempersoalkannya.
bil
pengurusan
hasilan
kebun sawit -
gangguan
durja
Saturday, 8 March 2025
SENSITIF
ASSALAMUALAIKUM
SENSITIF
Isu
Malaysia
bahang
bagai api
semarak
membakar hangus
akal
.
Akta
adab
tertib
dibentang
segera
justeru
gaya menghina
nista
.
Gara
usik
cuma
terasa
sensitif
sombong
diri nyata
terlupa
mana berjejak
kaki
.
langit
awan
biru
berkongsi
semua
harmoni
singkir sengketa
dingin
Friday, 7 March 2025
ANEKDOT ABU NAWAS
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA RAMADAN MINGGU KEDUA
Alhamdulillah terima kasih along sudi terbitkan karya olahan bebas kisah klasik Abu Nawas seorang ilmuan sufi bijaksana pada zamannya....beliau watak istimewa tiasa dapat selesaikan masalah di lingkungannya secara bersahaja dan lucu....naskhah sesuai dibaca semua demi peroleh ilmu dan ibrah....jom segera jadikan sebagai khazanah sastera bermanfaat daripada penerbitnya NURIMAS SN. Harganya 20RM ja...
Thursday, 6 March 2025
TERKUNCI GAPURA HATI
ASSALAMUALAIKUM
TERKUNCI
GAPURA HATI
Genre
: Kumpulan Cerpen
Penulis
: NURIMAS SN
Penerbit
: DBP
Nombor
ISBN : 978-983-49 - 4668-5 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan
mukasurat : 237
Harga:
25 RM
Pengulas
: Paridah Ishak
TERKUNCI
GAPURA HATI terbitan DBP merupakan naskhah kompilasi dua puluh cerpen pelbagai
tajuk karya NURIMAS SN, penulis mapan
yang sering menerima anugerah sastera peringkat negeri dan kebangsaan. Beberapa
cerpen dalam naskhah ini pernah disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, Tamadun Islam,
Dewan Budaya. Jendela Timur dan cerpen baru belum pernah diterbitkan.
SURAU
LAMA TEPI LADANG, KAK NGAH, WARUNG PUTERI MENANGIS, LANGKISAU DAN PAKSINA, AIR
MATA DAKSINA, TERKUNCI GAPURA HATI, MIMPI UNTUK DIJUAL, MENGULIT KENANGAN, WALA
SUJI DI RUMAH JEMBAR, DOLLAH MASIH HIDUP, MITOS KECUBUNG DAN LELAKI BERSUMBI
GIGI, GMIP, ANGKARA RM 500, PERANTI APA PADA TALI PUSATNYA, DOLLAH GENIUS,
NERACA RAYYAN, SEORANG WANITA YANG TERLUCUT BAJU SENYAWA KUNINGNYA, BALONG,
BALADA SEORANG WARDEN TUA, SECANGKIR ROBUSTA SEPINGGAN TAPIOCA ialah tajuk
menarik pilihan penulisnya.
Temanya
nilai murni kehidupan dan sosio budaya masyarakat. Isu berbeza dikemukakan pada
setiap cerpen mampu pembaca menafsirkan maksudnya dengan mudah kerana
naratifnya tidak terlalu rumit untuk difahami. Penggunaan laras bahasa
sederhana dan teknik garapan penceritaan bersesuaian dengan citra paparan
sesuatu judul cerpen.
Wednesday, 5 March 2025
BERAS PERANG
ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, 4 March 2025
PAHANG DARUL MAKMUR
ASSALAMUALAIKUM
PAHANG DARUL MAKMUR
.
Negeri luas saujana indah
Inderapura nama asalnya
dalam sejarah termaktub sudah
.
Laut, sungai, jeram mengairinya
rimba menghijau liputi lembah
bukit dan gunung menunjanginya
.
Pusaka sultan tidak berubah
warisan sejak bersilih zaman
limpah rezeki kian bertambah
.
Kota dan desa lestari aman
rakyat jelata bersukacita
daulat tuanku sultan budiman
.
Sanggup berkongsi limpahan harta
marhaen miskin diberi tanah
boleh bertani sesuai cita
.
Warga tempatan santun berbudi
berteman baru tetaplah sudi
Sunday, 2 March 2025
RAMADAN MUBARAK
ASSALAMUALAIKUM
RAMADAN MUBARAK
Syaaban berlalu Ramadan jelma
menanti tiba musim piama
siap sedia amal ibadah
ganjaran ganda rahmat wahadah
.
Selepas imsak mula puasa
menahan lapar berlalu masa
hari pertama Allah janjikan
durja pendosa reda ampunkan
.
Usus nan kecil rehat sebentar
telah sekian lama berputar
rasa prihatin menusuk kalbu
kenang yang daif hidup berdebu
.
Baca al-Quran khatamkan surah
tafsiran erti panduan arah
solat tarawih amalan malam
cahaya iman sinari kelam
.
Saling memberi hulur sedekah
ukhuwah erat lupa telingkah
lailatulqadar damba hadirnya
beroleh limpah akan rahmat-Nya
Saturday, 1 March 2025
TETAMU MULIA
ASSALAMUALAIKUM
TETAMU MULIA
(Pancalarik)
.
Esok
hari baru
purnama Ramadan
cahaya gemilang indah
serlah
.
Syukur
hadir lagi
tetamu mulia
bawa rahmat Allah
ganjaran berganda janji
pasti
.
Amal
teguh iman
ujian merintang
sabar hati tegar waja
cekal
,
Niat
tulus ikhlas
puasa Ramadan
bersungguh-sungguh ibadah
takwa
PARIDAH ISHAK
Desaa Melor Serendah
1/3/2025