Tuesday, 18 March 2025
ZAKAT FITRAH
ASSALAMUALAIKUM
ZAKAT FITRAH
Tokwanku adalah seorang amil zakat fitrah. Beliau juga merupakan siak di kampungku. Setiap kali menjelang Syawal, penduduk kampung akan membawa beras untuk membayar zakat fitrah mengikut bilangan ahli keluarga masing-masing. Ruang tamu rumahnya akan penuh dengan beras yang dibungkus rapi dalam karung kertas dengan sukatan gantang.
Penduduk kampungku kebanyakannya adalah pesawah padi. Oleh itu, mereka membayar zakat fitrah menggunakan beras hasil tuaian sendiri. Sebelum padi bertukar menjadi beras, mereka perlu menumbuk padi terlebih dahulu secara tradisional. Namun, suasana seperti itu kini tidak lagi kelihatan. Pada zaman ini, beras untuk dimasak menjadi nasi pun terpaksa dibeli, apatah lagi untuk digunakan bagi membayar zakat fitrah.
fitrah Ramadan –
bungkusan karung kertas
serahan wajib
mesti meriah suasana aktiviti menumbuk padi menjadi beras....
ReplyDeleteya tksh nohas kisah dulu2
DeleteSamalah macam tempat wak.
ReplyDeleteSawah padi dah jadi ladang sawit.
tksh wp di kedah masih ada sawahnya tapi hasilnya terus jual ke kilang semuanya
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa kak PI
ReplyDeletetksh MRSA insyaAllah bersama kita
Deleteseingat sy masa kecik2 dulu ramai org kg sy byr zakat guna beras sbb rata2 mereka adalah pesawah wpn bkn sepenuh masa
ReplyDeletetksh anies yaka zaman anies dah kemudian kan
DeleteKini duit menggantikan beras..
ReplyDeletetksh fairus ya sbg pemudah cara
DeleteSaya masih bagikan beras utk orang2 di sekita lingkungan rumah yg memang tidak mampu. Tp kepada Amil Zakat bagi juga dalam bentuk uang. Berlebih tak apa, yg penting jangan kurang
ReplyDelete