Saturday, 27 April 2024

CORETAN SEMALAM

 ASSALAMUALAIKUM


ASSALAMUALAIKUM

 


Alhamdulillah CORETAN SEMALAM, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Buku terbitan Akademi SPTA ini merupakan himpunan coretan kenangan karya 28 penulis Akademi SPTA amat menarik sekali kisahnya. Terharu sekali menatapi susun frasa memori Sifu Tabir Alam tentang bondanya yang sering menemani beliau menyelesaikan tugasannya meneliti karya sastera penulis dalam grup penulisan FB ASPTA. Bonda Sifu akan mengusap dan mencium kepala Sifu sebelum meninggalkannya meneruskan kerjanya. Kini bonda kecintaan telah kembali pada-Nya. Sayu hati. Al-fatihah. Momen lucu kenangan penulis cikgu Nazim MS ketika mengajar di Sarawak menterjemahkan istilah kelakar. Misteri  yang dihadapi penulis Pak Ngah menemui dua pelajarnya dalam dorm dan mengngingatkan mereka agar segera turun bersolat maghrib. Tapi sebaik berada di dewan solat ustaz Pak Ngah mendapati dua pelajar itu dalam saf solat. Siapa gerangan ditemui ustaz PN dalam dorm itu? Tiga karya menarik itu antara yang tertera dalam CORETAN SEMALAM. Prof Salmah Amir, Faridah Ida, Yahti Hayati, Bayu Pagi dll turut menghasilkan karya mengujakan.       Tidak rugi memilikinya sebagai khazanah sastera peribadi.  Tahniah semua penulis terlibat . Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya

Sekiranya ingin memiliki antologi genre memoribilia ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.


4 comments:

  1. Tahniah buat semuanya, pencapaian yang patut dibanggakan!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Tahniah Kak PI dan semua penulis yang terlibat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”