Sunday, 28 April 2024

BALIK KAMPUNG

 ASSALAMUALAIKUM


BALIK KAMPUNG

.

 


Awal pagi aku dan anak cucu  ke rumah adikku  untuk menyambut hari raya bersamanya dan anak-anak saudaraku. Setelah itu bergerak pula ke kampung halaman kami di Ulu Jempol. Adikku itu juga turut bersama untuk ziarah adikku yang kedua. Perjalanan pada hari raya pertama lancar saja. Setelah bertemu bersalaman dan menjamu selera juadah raya, aku dan anak cucu menziarahi jiran-jiranku. Ada yang tiada di rumah kerana pulang beraya di kampung masing-masing. Kak Idah jiranku yang tinggal sebelah kanan rumahku pulang beraya ke Kelantan setelah habis edah. Suami kecintaanya meninggal dunia pada awal tahun. Beliau amat kesedihan kehilangan suaminya. Imah jiranku sebelah kiri rumahku, bersama suaminya pulang beraya di Selangor.  Lalu ke rumah Kak Fauziah. Jiranku   itu sepertiku juga kelihatan uzur dimamah usia. Jiran-jiranku saudaraku terdekat. mereka terlalu banyak membantu kesusahanku segenap segi. Kini Kak Fauziah tidak boleh hendak berjalan. Terharu hatiku merasai kedukaannya. Aku ke rumah Zai yang letaknya berselang agak jauh. Zai dan suaminya Hamid pun kelihatan agak uzur. Mereka menyambut kehadiranku ramah. Suami isteri itu berasal dari Pulau Tawar, kampung kelahiran pahlawan Mat Kilau. Dahulu setiap kali jelang hari raya, Zai dan suaminya akan membakar lemang. Dan tidak lupa menghantarnya ke rumahku. Aku amat menyukai lemang buatan mereka. Amat sempurna kualiti keenakannya. Kini kedua-duanya tidak berdaya mengolahnya lagi. Tapi anak-anak mereka, Ena, Eni, Syukri,  Aizul menereruskan tradisi membakar lemang menjelang raya.  

 

 

ziarah raya –

jiran kampung halaman

silaturahim


3 comments:

  1. selamat hari raya kak Paridah..Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. tksh yan selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. Waktu berlalu ya kak PI ☺️. Yang muda pastilah menua. Walau terkadang jadi sedih apalagi jika ada spouse yang sudah meninggal, atau usaha yang sudah tidak lagi berjalan. Untunglah anak2' kak zai masih meneruskan pembuatan lemang orangtua mereka yaa.. sayang memang jika tak diteruskan.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”