Alhamdulillah MIHRAB CINTA
khazanah puisi Seti Zaleha, hadiah pemenang kedua UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI
1445 Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Terima
kasih banyak sifu. Buku terbitan Akademi SPTA ini merupakan himpunan puisi
pelbagai genre karya penulis prolific Seti Zaleha amat indah. Tidak rugi
memilikinya sebagai khazanah sastera peribadi. Wajah penulis tersenyum jelita
menghiasi cover. Tahniah Seti Zaleha justeru berjaya menghasilkan karya puisi
solo terbitan ASPTA. Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penerbitnya. Tidak jemu
menulusuri puisi indah genre akrostik, diamante, dukotu, gurindam, haiga,
haiku, kuatrin, limerick, palindrome, pancalarik, pantun, pantun ekarima,
rejang, saduka, sajadah, sajak, seloka, sonata, sonian, sonigraf, syair, tanka,
tautogram, terza rima.
Tuesday, 30 April 2024
MIHRAB CINTA
Monday, 29 April 2024
Sunday, 28 April 2024
BALIK KAMPUNG
ASSALAMUALAIKUM
BALIK KAMPUNG
.
Awal pagi aku dan anak cucu
ke rumah adikku untuk menyambut
hari raya bersamanya dan anak-anak saudaraku. Setelah itu bergerak pula ke
kampung halaman kami di Ulu Jempol. Adikku itu juga turut bersama untuk ziarah
adikku yang kedua. Perjalanan pada hari raya pertama lancar saja. Setelah
bertemu bersalaman dan menjamu selera juadah raya, aku dan anak cucu menziarahi
jiran-jiranku. Ada yang tiada di rumah kerana pulang beraya di kampung
masing-masing. Kak Idah jiranku yang tinggal sebelah kanan rumahku pulang
beraya ke Kelantan setelah habis edah. Suami kecintaanya meninggal dunia pada
awal tahun. Beliau amat kesedihan kehilangan suaminya. Imah jiranku sebelah
kiri rumahku, bersama suaminya pulang beraya di Selangor. Lalu ke rumah Kak Fauziah. Jiranku itu
sepertiku juga kelihatan uzur dimamah usia. Jiran-jiranku saudaraku terdekat. mereka terlalu banyak membantu kesusahanku segenap segi. Kini Kak Fauziah tidak boleh hendak
berjalan. Terharu hatiku merasai kedukaannya. Aku ke rumah Zai yang letaknya
berselang agak jauh. Zai dan suaminya Hamid pun kelihatan agak uzur. Mereka menyambut
kehadiranku ramah. Suami isteri itu berasal dari Pulau Tawar, kampung kelahiran
pahlawan Mat Kilau. Dahulu setiap kali jelang hari raya, Zai dan suaminya akan
membakar lemang. Dan tidak lupa menghantarnya ke rumahku. Aku amat menyukai
lemang buatan mereka. Amat sempurna kualiti keenakannya. Kini kedua-duanya
tidak berdaya mengolahnya lagi. Tapi anak-anak mereka, Ena, Eni, Syukri, Aizul menereruskan tradisi membakar lemang
menjelang raya.
ziarah raya –
jiran kampung halaman
silaturahim
Saturday, 27 April 2024
CORETAN SEMALAM
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah CORETAN
SEMALAM, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman
Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Buku terbitan Akademi SPTA ini
merupakan himpunan coretan kenangan karya 28 penulis Akademi SPTA amat menarik
sekali kisahnya. Terharu sekali menatapi susun frasa memori Sifu Tabir Alam
tentang bondanya yang sering menemani beliau menyelesaikan tugasannya meneliti
karya sastera penulis dalam grup penulisan FB ASPTA. Bonda Sifu akan mengusap
dan mencium kepala Sifu sebelum meninggalkannya meneruskan kerjanya. Kini bonda
kecintaan telah kembali pada-Nya. Sayu hati. Al-fatihah. Momen lucu kenangan penulis
cikgu Nazim MS ketika mengajar di Sarawak menterjemahkan istilah kelakar. Misteri
yang dihadapi penulis Pak Ngah menemui
dua pelajarnya dalam dorm dan mengngingatkan mereka agar segera turun bersolat
maghrib. Tapi sebaik berada di dewan solat ustaz Pak Ngah mendapati dua pelajar
itu dalam saf solat. Siapa gerangan ditemui ustaz PN dalam dorm itu? Tiga karya
menarik itu antara yang tertera dalam CORETAN SEMALAM. Prof Salmah Amir, Faridah
Ida, Yahti Hayati, Bayu Pagi dll turut menghasilkan karya mengujakan. Tidak
rugi memilikinya sebagai khazanah sastera peribadi. Tahniah semua penulis terlibat . Tahniah Sifu
Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya
Sekiranya ingin memiliki
antologi genre memoribilia ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya.
Harganya sederhana dan mampu milik.
Thursday, 25 April 2024
KARYA PILIHAN
ASSALAMUALAIKUM
Pantun @radioklasik
Gema reriang mengusir gundah,
jalan berlenggang menuju titi;
mentari siang bersinar indah,
iman dipegang genggaman hati.
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 25 Mac 2024
Pantun dibacakan DJ
Mencari palas urat selirat,
bersama teman menuju pekan;
polis menggalas tugasan berat,
negara aman akan pastikan.
Wednesday, 24 April 2024
Saturday, 20 April 2024
KEJUTAN SIFU TABIR ALAM
ASSALAMUALAIKUM
PI sibuk bermandi-manda tika anak menyebut nama Tabir Alam..ah sudah! sifu datang ke? hatiku tertanya-tanya. Tapi memang teruja hendak menemui sifu yang selama ini hanya menurunkan ilmu sastera pelbagai genre dalam talian...kalau dapat bertemu sifu berhadapan tentu amat bahagia dan bermakna. Tapi kehendak Allah ternyata...bertuah sungguh dapat menemui sifu kebanggaanku sasterawan terbilang. Alhamdulillah bersyukur amat sifu TA sudi menziarahiku dan keluargaku bersama Puan isteri dan anak lelakinya.
MUTIARA KATA
ASSALAMUALAIKUM
MUTIARA KATA
Madah ukir indah
susun naratif
selit erti
tersirat
.
Mata hati renung
jauh dan dalam
ambil jernih
iktibar
.
Pengalaman hidup
mengajar cara
mendepani
masalah
.
Nilai amat tinggi
walau bicara
sederhana
sahaja
Friday, 19 April 2024
KALAM PUJANGGA
ASSALAMUALAIKUM
Thursday, 18 April 2024
PALESTIN
ASSALAMUALAIKUM
PALESTIN
.
Penjarah punahkan Palestin
petanya pun pendam padam
penjenayah paling pakar
persekutuan paksi proksi
penyokong padu
perkasa
Perjuangan pejuang pembebasan
padah payah persisikan
pada Pencipta paut pohon pengharapan
pusu penyerahan penuh
Pandangan polos prihatin
pentas perang pekung politik
penderitaan perih
perlawanan penentu
perang penguasaan pasti
Perkasihan persaudaraan pertautannya perkukuhkan
penganiayaan panah
penggal perosak penakut
perdamaian pasti
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
26/2/24
Wednesday, 17 April 2024
CERITA BAWAH MEJA
ASSALAMUALAIKUM
antologi puisi antirasuah – CERITA BAWAH MEJA
Penyelenggara
Mohamad Saleeh Rahamad
Hamzah Hamdani
Norazimah Abu Bakar
PENYAIR TAMU
Awang Sariyan - JIHAD MEMERANGI RASUAH
Lim Swee Tin - PEKAT MELEKIT
Rahman Shaari - YANG MENGIKUT RENTAK
Zainal Kling - KAU PEROSAK SEGALA
--------------------
Abdul Hadi Yusoff - BUKAN SEKADAR PERHIASAN
Abd.Karim Gullam- MATA BUTA DAN TELINGA TULI
Abham TR -RASUAH
Abizai- KERANAMU
Abuyon - CAPPUCINO
Adam Buck Lee -KAU HARUS MENEPIS KEMUNGKARAN
Adriansyah -PUNAH ERTI SEORANG AKU
Adziah Abd Aziz - HADIAH TANGAN KIRI
Ahmad Noh - WAYANG PETUALANG
Ahmad Safarman Dollah - INTEGRITI PELENGKAP MULIA INSAN
Akmal Aizat - LANCUNG PANCAWARNA
Aladin Mohamad -SEJENIS NAJIS
Ami Masra-PARAH BARAH RASUAH (11)
Amiruddin Ali- TIKA PELUH KIAN KERING DIMAMAH MENTARI
Anuar Asmadi -GURINDAM ANTIRASUAH
Azmi Ismail- USAH DISIHIR AMUKAN RASUAH
Basari Mat Yasit -PABILA
Chu E Liang- HANYA DI TANGANMU
Chuping Hills-TUMBUK RUSUK
CT Nurza-NYIRU KEHIDUPAN
Cura Lara- KETIKA SERUAN TIBA
Dayang Azizah Mohd Salleh -DOA YANG DIPALSUKAN
Dil Froz Sayed Halem -SUDAH KUMILIKI
Edward Solibi -SEHINGGA BILA NIKMAT PALSU ITU MENYIRAMI HIDUPNYA?
Eima Shams- BALASAN SETIMPAL DI SANA
Engku Rohana Engku Razali - SESUPIK ROK-RAK MERAH
Faziah Sulaiman- DI SINILAH PENGAKHIRANKU
Flora Ixora -MENGGENGGAM GUMPALAN DOSA
Fudzail- MENGEKSPLOITASI SISTEM
Gabriel Kimjuan -SEPOHON RASUAH
Hamizun Syah -JANGAN JADI BANGSAT MEREMPAT
Hamzah Hamdani-PABILA AMANAH KUASA DI TANGAN
Haryatie Ab. Rahman-MADU BERACUN
Hashim Ismail-PINTU TAUBAT
Hasnah Yusoff-RASUAH I
Harlym Yeo-KOTA IDAMAN
Ifhamuddin Mohamed -HABUAN BESAR DARI TUHAN
Ilhami Hisham-ANCAMAN NERAKA BERAPI
Ishak Hassan-PUKAT TERTETAS BENANG DAN BELAT TERBURAI BILAH
Istajib Mokhtar-MELIPAT WANG JADI KAPAL TERBANG
Itamta Harun-SUATU KETIRISAN
Kalsom Azid-PENJARA FATAMORGANA
Laraluka-LANUN-LANUN WAJAHNYA SOPAN
Mahad A. Bakar-SEKARANG
Maharatu Rafidah Mohamad-CERITA BAWAH MEJA
Mamu MK Hasny-PESAN PADA NASUHA, CUCUKU
Manikam-ANAI-ANAI DI RUMAHKU
Mashudi Bahari-SEKEPAL NASI SEMANGKUK DARAH
Maroof Seman-KATA TEMAN, HIDUPLAH DI BULAN
Mohd Izzat Izzuddin Jafri-SANDIWARA DUNIA
Mohamad Saleeh Rahamad-ITU API YANG MEMBAKAR MASA DEPAN
Mohamed Nasser Mohamed-PENYAKIT TAK BERJANGKIT ALAF BARU
Mohammad Azhar Abdullah-JIWA TENANG TANPA RASUAH
Mohd Rosli Bakir-API MARUAH
Mohd Yuswandi Mohd Rosli-PESONA RINGGIT
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin-IBU KEBEJATAN
Nabilah Saudi-PEMATI BANGSA
Nassury Ibrahim-CERITA SEORANG PEMIMPIN
Nor Hasimah Ismail-RASUAH PEMUSNAH
Noor Huwaina Idris-FENOMENA RASUAH
Noorzaidi Hamad-KEBENARAN YANG MENYEKSAKAN
Noorhafizan Jamaluddin-ELAK PERIT
Noorlaila Ghafar-MEWAH DUNIA SEMENTARA
Norafiah Saini -MENJINJING BERKAT DIBAWA PULANG
Norazimah Abu Bakar-MENJADI SYAITAN BISU
Nurul Nabilah-SUSUK WATAK DI PETA DUNIA
Paridah Ishak-JANJI ALLAH ITU BENAR
Pokok Chondong-SAYA ANTIRASUAH
Putraery Ussin-CERITANYA SUDAH LAMA
Rafizi Isha-DI BAWAH NILAI DIRI
Raja Yusof Ariffin-DI BAWAH MEJA
Ramlah Abd Rasid-RASUAH PENGKHIANAT
Rohaidah Yon-KITALAH LASYKAR YANG BERANI
RoseAriff-PEGAR HARAPAN
Rosman Md Shah-KATA-KATA YANG MERAYU DALAM GELAP LEGAP
Rogayah Abbas-UMPAMA JARI-JEMARI
Rozan Azen Mat Rasip-SUATU KETEWASAN YANG AKAN DATANG
Rozeline Vitalis-PERANGI RASUAH
Roziah Ramli-KAUBERIKAN MAWAR KETIKA PETIR MENYAMBAR
Ruhisham Haron-SEDERAP MENENTANG PUJUKAN DOSA
Rugayah Yaacob-NERACA KESEJAHTERAAN
Sabariah Bahari-ANTARA PERSIMPANGAN KEMANUSIAAN DAN TUHAN
Saedon Ibrahim-ENTAH
Samsa Harris-DI MEJA KEADILAN
Saniah Masri-NASIB JENAYAH KOLAR PUTIH
Shield Sahran-SECAWAN KOPI
Siti Mazlin Abdul Rahman-NYAH KAU DARI DUNIAKU!
Solihin Osman-MENELAN KEBATILAN
Sriwati Labot-BUAH RASUAH
Sutera Dewi-BOLEHKAH?
Tengku Anizan Tengku Ibrahim-HIJAUKAN RIMBA KEHIDUPAN
Umar Mokhtar Abdullah-HANCURNYA SEBUAH HARAPAN
Usman Gumanti Ibrahim-LELAKI TAK BERBAJU
Yatim Ahmad -RASUAH DAN KEKUASAAN
Zaheera Ibrahim-JEJAK ANGKARA
Zaifulnizam Hj. Wagiran-TIGA CATATAN TENTANG KORUPSI
Zainal Mohd Jais-SEORANG LELAKI, SEKEPING CERMIN
Zalina Ahmad-MEREKA TIDAK PEDULI
Zarir Ali-BERJAJA DI BAWAH MEJA
Tuesday, 16 April 2024
JALAN RAYA
ASSALAMUALAIKUM
JALAN RAYA
Raya sakan
rumah rakan
makan enak
perut senak
.
Rancak sembang
isu rambang
lupa susah
sisih resah
.
Riuh gelak
riang galak
fikir mudah
lerai gundah
.
Ucap salam
jelang malam
moga jumpa
usah lupa
Monday, 15 April 2024
MEKTAM
ASSALAMUALAIKUM
KEHILANGAN
Kukehilangan kesayanganku
kini kembali
kepada Khalik
kumeratap kesedihan
.
Ketikaku kembara kutinggalkanmu
kuat keupayaanmu
kuberharap
kesendirianmu
kau kuat
.
Kasihku kemas
kecintaanku
keseluruhannya
kepergianmu
kukekosongan
kumerenung kejauhan
kemasyhgulan
kenangan
Keindahanmu
kuterpesona
kegembiraanku ketara
kurindukan kehadiranmu
.
Kerusuhan kedukaan
kubiarkan
kudoakan kebahagiaan
keabadianmu
kucingku
Sunday, 14 April 2024
PEMENANG UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI
ASSALAMUALAIKUM