ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
TABIB PALSU
.
Abu Nawas membawa
anaknya yang sakit untuk berubat dengan seorang tabib. Bayaran yang dikenakan
tabib itu amat mahal. Sejumlah seribu dirham perlu dibayar untuk berubat.
Setelah tiga kali Abu
Nawas berulang membawa anaknya berubat dengan tabib itu anaknya masih juga
tidak sembuh. Abu Nawas telah kehabisan tiga ribu dirham. Tapi keadaan anaknya
tidak juga berubah.
Dia merasa tabib itu
seorang penipu. Bukan tabib sebenar. Abu
Nawas merancang sesuatu. Dia membuka tempat mengubat pesakit dengan tawaran
sesiapa yang tidak sembuh setelah berubat dengannya akan dikembalikan wangnya
sebanyak satu juta dirham.
Pesakit yang selama ini
hanya bertumpu pada tempat tabib itu untuk berubat telah beralih ke tempat
berubat Abu Nawas. Tabib kehairanan kerana tiada siapa lagi mengunjunginya
untuk berubat. Pembantunya memberitahu perihal Abu Nawas padanya.
Tabib itu merancang
menipu Abu Nawas untuk mendapatkan wang satu juta dirham dengan andaian hanya
dirinya yang tahu sama ada dia sakit atau tidak. Dia pun ke tempat berubat Abu
Nawas.
“Kenapa pula Tuan ke
sini hendak berubat? Bukankah Tuan seorang tabib?”
“Sebenarnya tidak ada
ubat untuk sakitku ini padaku. Sebab itu aku hendak cuba berubat dengan kamu.”
“Oh begitu! Beritahu
hamba, apa sakit Tuan.”
“Lidahku ini seperti
mati rasa. Makanan yang dimakan tidak
terasa nikmatnya. Cubalah kamu mengubati sakitku ini.”
“Baiklah.” Abu Nawas pun
memerah limau nipis ke dalam gelas lalu diberikan pada tabib itu.
“Minumlah.”
“Ubat apakah ini? Cuma
jus limau yang sangat masam.”
“Alhamdulillah. Sakit Tuan
sudah sembuh. Tuan tidak mati rasa lagi. Bayaran ubatnya seribu dirham.” Tabib
terpaksa membayarnya walau terasa dongkol tidak dapat menipu Abu Nawas.
Keesokannya dia datang
lagi menemui Abu Nawas menceritakan bahawa mengalami masalah hilang ingatan
pula.
Sekali lagi Abu Nawas
memberinya jus perahan limau nipis.
“Ubat apa ini? Aku tidak
mahu minum jus masam ini.”
“Alhamdulillah. Sakit
Tuan telah sembuh.”
“Apa maksudnya?”
“Tuan telah ingat ubat
yang hamba berikan semalam. Bayaran ubatnya seribu dirham.” Ternyata tabib itu
tidak berjaya menipu Abu Nawas.
Dia masih tidak serik
hendak menipu Abu Nawas. Dengan bertongkat dia berjalan menemui Abu Nawas pada
suatu pagi.
“Kenapa pula Tuan
bertongkat ke sini?”
“Aku sudah kehilangan
penglihatan, Abu Nawas.” Katanya kesedihan.
Abu Nawas memerhati
dengan teliti. Dia memahami tingkah tabib itu hanya berpura-pura.
“Penyakit Tuan ini sudah
sangat tenat. Hamba tidak dapat merawatnya. Jadi hamba sudah sediakan wang satu
juta dirham untuk Tuan. Sebentar hamba ambil wang itu.”
“Tuan hamba memang
seorang tabib yang jujur.”
“Benarlah itu. Hamba
tidak suka menipu kerana perbuatan itu berdosa dan dimurkai Allah. Tuan kiralah
dulu jumlahnya.”
Setelah mengira semua
wang di dalam kampit pemberian Abu Nawas dia bersuara lantang.
“Cuma ada sepuluh ribu
dirham. Bukan sejuta dirham. Kamu fikir aku buta?”
“Alhamdulillah. Tuan
telah sembuh. Tidak lagi buta matanya. Bayarannya seribu dirham.” Akhirnya Abu
Nawas beroleh kembali wang tiga ribu dirham yang diberi pada tabib itu setelah tiga
kali tabib itu berulang-alik berubat dengannya.
π€£π€£π€£π€£. Bukan abunawas kalo tak bisa membalas dengan pintar ππlicik sungguh tabib itu yaa π
ReplyDeletetksh fanny Abu Nawas mmg seorang yg bijak
DeleteAssalamualaikum kak PI, saya singgah sini :)
ReplyDeleteMoga akak sihat2 selalu.
wsalam syaz amiin kak alhamndulillah
Deletehahahhahhaha ada je akal dia ni hahhahaha
ReplyDelete