Thursday, 1 June 2023

MUHASABAH

 ASSALAMUALAIKUM



MUHASABAH

(Tautogram)

.

Mindaku memutar menayangkan

masam manisnya mengkhayalkan

masihku mahu mengulangi

merasakannya

.

mengharapkan

matahari muncul menyinari

menyingkirkan mega menabiri

mendung

.

membiarkannya melayang merata

menjayakan maksud

meminggirkan masalah

membelengguku

menggapai matlamat

.

mula menyedarinya

mengimbau memori

membuatku menggelabah

malu mengenangkannya

muhasabah

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

1/06/023


5 comments:

  1. ada kenangan indah, ada kenangan pahit...wahh..tautogram..pertama kali dengar..

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh puisi ini..maksud juga mendalam

    ReplyDelete
  3. pd hari Jumaat yg mulia ni kena muhasabah diri lah..

    ReplyDelete
  4. menabiri tu dr perkataan tabir ya kak?

    ReplyDelete
  5. Salam puisi.. teruskan menulis kak dengan kata-kata yang puitis. Syabas.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”