Assalamualaikum
Thursday, 29 December 2022
PANTUN HUJUNG TAHUN
Wednesday, 28 December 2022
REZEKI HUJUNG DISEMBER 022
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH REZEKI HUJUNG DISEMBER...TERIMA KASIH BANYAK CIKGU AK MEMILIH KAK PI ANTARA PEMENANG...DIDOAKAN CIKGU TIASA SIHAT SEJAHTERA, MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT AMIIN..
TAHNIAH SEMUA PEMENANG DAN PENGOMEN TEGAR.
PI CNP JA DRPD BLOG CIKGU AK..TERIMA KASIH CIKGU.
Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022
Assalamualaikum. Hari yang ditunggu2 selama 1 tahun sudah tiba. Pada hari ini Abam Kie ingin mengumumkan Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022. Tempoh pertandingan ini bermula dari 1 Januari hingga 25 Disember 2022. Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai. Jadi tanpa melengahkan masa, para pemenang yang bertuah adalah:
1. (RM50) http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/
2. (RM40) http://kasihkuamani.blogspot.com/
3. (RM30) http://me-soul-searching.blogspot.com/
4. (RM20) http://norminieza.blogspot.com/
5. (RM10) http://mummyayu.blogspot.com/
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada rakan blogger yang tidak tersenarai, jangan putus asa. Cuba lagi pada tahun 2023 yang bakal menjelma beberapa hari lagi.
Kepada para pemenang di atas, sila whatsapp nama penuh, URL blog, nama dan no akaun bank untuk Abam Kie transfer duit selewat-lewatnya pada 2 Januari 2023. No tel Abe Kie ialah 0129820100. Sekiranya Abe Kie tidak menerima mesej dari kawan2 maka hadiah berkenaan dikira terbatal dengan sendirinya. Harap maklum. Sekian. Terima kasih.
TAHNIAH!
Tuesday, 27 December 2022
PULAU GANDASULI
ASSALAMUALAIKUM
Sunday, 25 December 2022
SANTAI CUTI
ASSALAMUALAIKUM
Selamat berhujung minggu dan sambung cuti lagi esoknya...baru2 ni sebaik saja cuti sekolah anak cucu mulalah aktiviti jalan2 mereka ke Kuantan...kemudiannya ke Rompin pula.
Saturday, 24 December 2022
EKSPLOITASI
ASSALAMUALAIKUM
EKSPLOITASI
Tanpa
sedar
sering
eksploitasi
jerat
bingkas
menjerut tumpaskan
mangsa
.
Jatuh
terjelepuk
lalu
kaki pijak
menghancurlumatkan
hingga
puas
.
Tangga
jejak
daki
ditendang
gelimpang
tongkat
di tangan dibuang
jauh
.
Niat
sudut
kalbu
tiada
siapa
akan
tahu sama ada
tulus
PARIDAH ISHAK
DMS
24/12/022
Thursday, 22 December 2022
KARYA 022
ASSALAMUALAIKUM
DISEMBER 022 SEMAKIN KE PENGHUJUNG...SEBAGAI REVISI KELAK PI SIMPAN DI SINI BEBERAPA KARYA PI DISIAR MEDIA BERCETAK AKHBAR DAN MAJALAH...TIDAKLAH SEBERAPA JUMLAHNYA...SEKETUL DUA SAJA....JADILA ADALAH JUGA DEMI SEMANGAT HEH..HEH..
Wednesday, 21 December 2022
AMAL ROHANI
ASSALAMUALAIKUM
AMAL ROHANI
Dini malam hai bangun
bersujud
bersolat hajat bersolat
taubat
sebelum witir diri tahajud
.
Fajar menyingsing detik
menghambat
amatlah besar ganjar pahala
tunai sebentar sebelum
lambat
.
Tasdik subuh menjelmalah
pula
masih setia atas sejadah
tidak berubah kiblat
menghala
.
Meraup doa susunan madah
kala mentari sinar cahaya
tak lupa israq urusan mudah
menggenggam iman yakin
percaya
setia pada Yang Maha Rahim
mengorak langkah menuju jaya
Setelah itu mendiri duha
limpah rezeki rahmat-Nya
laha
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/12/022
Monday, 19 December 2022
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM
Friday, 16 December 2022
BAHASA ALAM
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
PI share ja status ustaz Ilhami Hisyam penerbit BeTA di wall fbnya...terima kasih banyak ustaz...tahniah karya disiar majalah PELITA BAHASA DBP January 2023..
Thursday, 15 December 2022
SURAH 2: AL-BAQARAH MUKA SURAT: 4 . AYAT: 17 - 20
ASSALAMUALAIKUM
“Summum bukmun ‘umyun fahum laayarji’uun…” Saat aku membaca ayat 18, surah Al-Baqarah ini kenangan mengimbau zaman remaja.
“Ayat ini dulu-dulu baca untuk halau anjing, hahaha…..”
“Ya, betul kak.” Adikku Nor Raudah Hj Siren dan Nor Azwanah serentak mencelah.
“Kalau nampak anjing cepat-cepat baca ayat ni. Takut anjing kejar. Hahaha…” Adikku Norsobah Siren turut ketawa.
Aku membaca tulisan CT Nurza di ruang sembang: Siti pun macam tu zaman budak-budak.
“Tak boleh ke baca ayat ni, kalau kita nampak anjing atau orang-orang yang mencurigakan, seperti peragut?” Puan Rosiah pula melontar tanya.
“Ayat-ayat Al-Quran tidak boleh digunakan sesuka hati. Boleh digunakan jika ada dalil daripada riwayat sahih. Cuba tengok makna ayat ini: Mereka tuli, bisu dan buta… Allah memberi tahu orang-orang yang degil tidak mahu terima Al-Quran sepenuhnya, mereka sebenarnya tidak mahu - mendengar, berkata dan melihat kebenaran. Jadi tak ada kaitan pun untuk halau anjing ...” Jawabku panjang lebar.
PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 2: AL-BAQARAH
MUKA SURAT: 4 . AYAT: 17 - 20
Ayat 17 – 20: PERUMPAMAAN ORANG-ORANG MUNAFIK.
Ayat 18: Mereka seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). Telinga mereka masih boleh lagi mendengar, tapi mereka tidak boleh mendengar kebenaran.
Mereka ada mulut dan boleh bercakap tapi mereka tidak bercakap tentang kebenaran. Mata mereka masih boleh nampak lagi, tapi mereka tidak boleh nampak kebenaran. Walaupun kebenaran itu ditunjuk di hadapan mereka. Tapi mereka tidak mampu memahaminya dan menerimanya.
Ketiga-tiga cara (pendengaran, percakapan dan penglihatan) untuk mendapat ilmu telah dihilangkan dari mereka. Mereka tidak akan dapat kembali kepada jalan tauhid. Kerana mereka telah kehilangan tiga-tiga pancaindera itu, mereka tidak ada peluang. Allah sudah kunci mati hati mereka dari kebenaran.
Ayat 19: Dalam ayat ini, air hujan itu adalah isyarat kepada wahyu Allah. Awan yang tebal dan gelap menutup cahaya matahari. Apabila awan tebal, suasana pun jadi gelap. Yang dimaksudkan dengan ‘kegelapan’ adalah akidah syirik, amalan-amalan dan ilmu-ilmu salah yang mereka lakukan, diisyaratkan dalam ayat ini dalam bentuk kegelapan. Sebelum turun hujan, mula-mulanya suasana gelap, selepas itu bunyi guruh, dan kemudian petir. Lepas petir baru hujan. Guruh adalah ancaman-ancaman tentang syirik kepada Allah. Kilat adalah yang cahaya yang menerangi, iaitu dalil-dalil dari Allah tentang pentingnya beriman penuh kepada Dia. Cahaya itu yang boleh menunjukkan jalan. Ianya adalah ‘hujah’ dan ‘bukti’ dari Allah tentang betapa jelasnya kesalahan dalam perbuatan dan fahaman syirik itu dan betapa nikmatnya tauhid. Seperti cahaya kilat yang datang, semua akan cerah sahaja. Teta[I apabila mendengar guruh dan petir, mereka sangat takut sampai kalau boleh mereka nak masuk ‘semua’ jari-jari mereka ke dalam telinga. Ia adalah bahasa kiasan. Kerana mereka tidak mahu mendengar kebenaran yang disampaikan kepada mereka. Tapi ini bermakna, mata mereka sepatutnya masih nampak lagi. Tapi mereka buat tak nampak. Mata pun mereka akan tutup juga. Ini adalah isyaraat kepada mereka tak mahu dengar ancaman dan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadis. Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa mereka itu kafir sebenarnya. Perkataan kafir yang digunakan oleh Allah dalam hujung ayat ini.
Ayat 20: Ayat ini bermaksud, hampir-hampir hujah Al-Qur’an itu menghairankan mereka dan memberi kesan kepada mereka. Hampir-hampir hujah itu mereka nak terima kerana hujah itu memang sudah benar dan tidak boleh ditolak oleh akal yang sihat. Tapi orang munafik walaupun jelas macam mana pun, mereka tak mahu terima juga.‘Menyinari’ itu bermaksud apabila mereka nampak keuntungan dunia, mereka akan ikut agama. Contohnya mereka boleh dapat duit zakat, harta ghanimah rampasan perang dan sebagainya. Mereka pergi solat berjemaah supaya mereka dilihat sebagai orang Islam sahaja. Sebab itu Nabi kata orang munafik berat untuk datang solat Subuh dan Isyak kerana waktu itu suasana gelap jadi tidak ada orang nampak. Jadi, bila suasana gelap, bolehlah mereka buat alasan tak datang, kerana mereka datang waktu boleh dilihat sahaja. Apabila ada kepentingan, terus mereka berlari untuk mendapatkannya. Jika ada hukum-hukum agama yang menguntungkan mereka, mereka akan ikut. Tapi apabila mereka lihat agama Islam itu menyusahkan mereka, mereka tak mahu ikut. Orang munafik, semasa terang sekejap itu yang mereka berlari. Allah boleh hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka terus bagi mereka terus jadi pekak dan bisu semasa di dunia lagi. Tapi Allah biarkan mereka ada alat pancaindera yang lengkap supaya mereka tak boleh jadikan alasan yang mereka di dunia dulu kerana pancaindera mereka tidak lengkap. Golongan munafik, luaran mereka menunjukkan mereka Muslim, tapi dalaman mereka tidak