Tuesday, 27 December 2022

PULAU GANDASULI

 ASSALAMUALAIKUM



PIC GOOGLE IMAGES (C)


PULAU GANDASULI
.
Ke Bangkahulu lelah bertani,
pala berkudup sisi teluki,
duduk terperuk menimbun rawit,
aman di peran perling sekutu,
pelampung cicil gulir berserak,
sanya bertingkah teraba pangur;
tika dahulu telah di sini,
bermula hidup cari rezeki,
di pondok buruk berkebun sawit,
berteman jiran saling membantu,
kampung terpencil di hilir Perak,
hanya selangkah tiba Selangor.

5 comments:

  1. Cabtiknya bunga putih tu. Apa namanya? Tahniah kpd Kak PI kerana menjadi johan pengomen tegar blog abam kie. Sila tuntut hadiah dengan segera ye...

    http://www.zukidin.com/2022/12/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga gandasuli..Alhamdulillah tksh banyak cikgu

      Delete
  2. sanya bertingkah teraba pangur

    apa maksudnya ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanya-sebenarnya, pangur-kikiran...tksh anies

      Delete
  3. Tinggi bahasa KakPI guna 😄

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”