Wednesday, 29 December 2021

SAYEMBARA O21

 ASSALAMUALAIKUM



 Alhamdulillah sebelum berakhir 021 Prof Irwan Abu Bakar @GAKSA-Esastera telah umumkan senarai pemenang sayembara ESVA 22 dan 23…syukur sangat PI terpilih tempat kedua ESVA 22 dan tempat ketiga ESVA 23…terima kasih banyak Prof Irwan dan semua juri terlibat sudi menilai karya kakpidah dan semua peserta yang menyertai semua sayembara anjuran GAKSA eSastera. Didoakan GAKSA eSastera tiasa utuh proaktif menyemarakkan sastera nusantara dengan pelbagai kegiatan sastera memanfaatkan khalayak berminat. Juga tidak lupa mendoakan kesihtan Prof Irwan, pendiri eSastera afiat sejahtera meneruskan usaha menggemilangkan sastera ke puncak.   

ESVA-22

PERTAMA (RM100): Moh. Ghufron Cholid. “Yang Dicemburui Semesta”.

KEDUA (RM80): Paridah Ishak. “Nazam Maulidur Rasul”. (PAID 28.12.21)

KETIGA (RM50): Putraery Ussin. “Rindu Rasulullah”. (PAID 29.12.21)

Tahniah kepada para pemenang.

 

ESVA-23

Hadiah Ke-1 RM100: Rafael Maribin. “Malam Berhantu”. (PAID 29.12.2021).
Hadiah Ke-2 RM80: Moh. Ghufron Cholid. “Sepanjang Jalan Berhantu”.
Hadiah Ke-3 RM50. Paridah Ishak. “Daerah Gelap”. (PAID 28.12.2021).

PERTAMA (RM100): Moh. Ghufron Cholid. “Yang Dicemburui Semesta”.

KEDUA (RM80): Paridah Ishak. “Nazam Maulidur Rasul”. (PAID 28.12.21)

KETIGA (RM50): Putraery Ussin. “Rindu Rasulullah”. (PAID 29.12.21)


ESVA-23A

Hadiah Ke-1, RM100. CT Nurza. “Lamaran Mr. Drakut”.
Hadiah Ke-2. RM80. Putraery Ussin. “Cerita Hantu Seram Atau Anjing Garang”.
Haadiah Ke-3. RM50, Paridah Ishak. “Warga Alam”.

Tahniah kepada para pemenang.



KEPUTUSAN SAYEMBARA ESVA-19(2).

1. RM100. Paridah Ishak. “Kebencianku”.

MESEJ DARI PEMENANG:
Assalam Prof
Boleh Prof gantikan hadiah kak menang sayembara certot Gaksa dgn buku terbitan esastera termasuk Meja 17 dll senilai harga n kos pos terima kasih Prof
Hadiah telah diposkan: Meja 17; Hostel Memento Cinta; Selamat Pengantin Baru; E-sastera Teori dan Aplikasi; Sirah Rasulullah Dalam Pusi Siber; Sastera.net Edisi 9.

2. RM50. CT Nurza. “Terpaksa”. (Paid RM50 @ 8.09.2021).

Syabas kepada para pemenang. Esei yang lain juga baik-baik belaka. Cuba lagi lain kali ya

ESVA 17

. 16 sajak yang kami terima untuk sayembara ESVA-17 adalah baik-baik belaka. Hakim mendapati sukar untuk membuat keputusan. Setelah diteliti sebaik-baiknya, hakim memutuskan seperti yang berikut:

Ke-1 (RM100): Sajak No. 16. Dimas Indiana Senja. “Semesta 17”. (PAID to Rois 9.08.2021).

Ke-2 (RM70): Sajak No. 8: Putraery Ussin. ” Mengharap Petir Menyambar 17 Kali “. (PAID)

Ke-3 (RM50): Sajak No. 5. Paridah Ishak. “Dedaun Hayat”. (PAID)

 

ESVA 18

Pertama (RM100): Ibnu Din Assingkiri (Peserta No. 1). (Paid 12.08.2021).

Kedua (RM50): Paridah Ishak (Peserta No. 3). (Paid 12.08.2021).

Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak berjaya, sila cuba lagi dalam Sayembara ESVA yanag akan datang.

KEPUTUSAN SAYEMBARA ESVA-14: MENULIS SYAIR NORMA BARU.

 

Pertama (RM100): “Syair Keluhan Rasa” (Oleh: Paridah Ishak). (PAID).
Kedua (RM50): “Impian Nurani” (Oleh: Sujata Wee). (Paid).

KEPUTUSAN (2.06.2021):
KEPUTUSAN SAYEMBARA ESVA-11.
Pertama (RM200): Dimas Indiana Senja. (Paid).
Kedua (RM150): Husairi bin Hussin.
Ketiga (RM100):
(1) Ega Prayoga: RM100; (Paid)
dan
(2) Paridah Ishak: RM100.

TAHNIAH buat para pemenang. Semua artikel menarik dan amat sukar menentukan pemenangnnya.

 

TAHNIAH PROF IRWAN @GAKSA Esastera

TAHNIAH SEMUA PEMENANG DAN PESERTA

 

PETIKAN INFO DARIPADA LAMAN GAKSA Esastera SAYEMBARA (C)

TAHUN 021 PI TELAH MENANGI TEMPAT KEDUA SAYEMBARA HAIKU DAN SONIAN ANJURAN SPTA...TERIMA KASIH SIFU TA

JUGA TEMPAT KEDUA SAYEMBARA PANTUN TINTA KARYA...TERIMA KASIH CIKGU MOHD NOH

Tuesday, 28 December 2021

PERIBADI

ASSALAMUALAIKUM

PERIBADI

Terganjal paut mudah menjerat,

siaga bawa panah sebelah;

ajal dan maut sudah tersurat,

menjaga nyawa amanah Allah.


Lambat ke Daik meski meredup,

pauh merata pakat perhati;

sahabat baik rezeki hidup,

jauh di mata dekat di hati.

 .

Setangan indah bunga semalu,

rengit diseka sisihkan cembul;

tangan menadah  doa selalu,

langit terbuka hajat kan makbul

 

Menarik hati gundi dahlia,

 simpan sepantun nescaya cari;

baik pekerti budi mulia,

bersopan santun budaya diri

 

Hatta  ke Bentan, kias puteri,

halia rawa mesti dipindah;

permata intan merias diri;,

mulia jiwa pekerti indah


Saturday, 25 December 2021

BELALANG YANG LALAI

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...KEPADA YANG MERAYAKAN KRISMAS BERGEMBIRA MERAIKANNYA.

ALHAMDULILLAH EDITOR MAJALAH DEWAN PELAJAR MEMILIH KARYA PI UNTUK DISIARKAN  DALAM RUANG CERITA RAKYAT DP TERBITAN JANUARY 022 DI AWAL TAHUN BARU ESOK LUSA...BERSYUKUR SANGAT TERIMA KASIH BANYAK PUAN SHAKIRA.

JOM BACA KARYA PI SEBAGAI TANDA SOKONGAN YA..


Wednesday, 22 December 2021

LAGU HUJAN

 ASSALAMUALAIKUM




 





LAGU HUJAN
.
Tap! Tap! Tap! Tap!
tiris cucur atap
anak mata menatap
jeda leka bersantap
.
Nyai ! Nyai! Nyai! Nyai!
mulai rinai merenyai
sepinggan nasi benyai
seleranya lunyai
.
Rau! Rau! Rau! Rau!
lebatnya gema brderau-derau
segera mengambil hirau
habis semua karau
banjir bukan bergurau


PARIDAH ISHAK
DESA MELOR
20/12/021

Tuesday, 21 December 2021

LAGU BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM


LAGU BANJIR



Bergema lagu itu di corong radio suatu ketika. Kalau tidak silap ‘Lagu Banjir ’ dinyanyikan, Harun Salim Bacik. Lagu yang asyik juga didengari.
‘Eh banjir bukan untuk dinyanyilah!’ bisik hatiku pula mulai sedar diri.  Banjir adalah  musibah yang tidak diingini kerana datangnya menyebabkan kerosakan, kemusnahan harta benda dan kadangkala kehilangan nyawa.
'
Dan  tengkujuh bermusim lagi tanpa pernah berselang tahun. Negeri-negeri yang sering dilanda banjir seperti Pahang, Terengganu,  Kelantan, Johor, kini mulai dinaiki air setelah hujan seharian sejak semalam. Tahun ini banjir merata seluruh negara. Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah turut dilanda banjir. Pusat Pemindahan Sementara banyak dibuka untuk menampung mangsa banjir terlibat. Angka korban akibat banjir tinggi jumlah dilaporkan media. Tidak seperti banjir yang berlaku selalu hanya melibatkan negeri-negeri yang terletak di pantai timur sahaja.


Memandang hujan yang turun tidak berhenti, sekejap lebat sekejap renyai amat merisaukan. Bimbang sangat air mendadak naik dan tidak sempat bersedia apa-apa untuk menyelamat diri, harta benda atau dokumen penting.


Sebelum pernah mengalami banjir, aku pernah berkata kepada seorang rakan yang sama-sama mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh, ingin sekali merasai banjir. Beliau  memarahiku,  memasang niat begitu,

 "awak tak tahu betapa susahnya kami menghadapi banjir besar pada tahun 70 dulu. Air  naik sampai ke bumbung dan kami ayam, itik, kambing pun naik ke bumbung menunggu bantuan penyelamat. segala apa yang ada dalam sedih koi nengok rumah kawan-kawan habis hanyut...nasiblah umur koi panjang nak selamat, boleh berjumpa dengan awak hari ini sebab tak hanyut dalam banjir tu.”
Dahsyat sungguh pengalaman rakanku itu menghadapi banjir yang melanda kampungnya yang terletak di tebing sungai Pahang itu. Membuat  aku terdiam dan tidak berani bercakap tentang itu lagi.  Menyesal pula aku celupar bertanya.

2007, tika aku sedang berkursus penulisan anjuran DBP di hotel Dynasty Kuala Lumpur, seorang jiran menelefon memberitahu rumahku dan yang lain dinaiki air akibat hujan lebat yang membawa lumpur dan segala sampah sarap menerjah kawasan kampung hingga menyebabkan tembok pagar bersimen tinggi rumah jiranku  pun runtuh.

Aku  tidak dapat segera pulang membersihkan rumah daripada lumpur dan kotoran menyebabkan banyak perabot terendam dalam air, mesin basuh, peti ais habis rosak dan terpaksa dibuang termasuk buku-buku yang terisi di dalamnya.

Semenjak peristiwa itu setiap kali hujan turun dengan lebat hatiku menjadi bimbang dan tidak senang duduk kerana memang pasti terpaksa menghadapi banjir lagi. Hampir  puluhan tahun aku tinggal di sini, tidak pernah merasa banjir sekali pun.

Kini kejadian banjir sudah jadi fenomena setiap kali hujan turun dengan lebat di kampungku. Dan pihak FELDA yang  mentadbir pengurusan kampungku siaga memberi bantuan yang diperlukan. Aku pernah menaiki land rover FELDA pengurus rancangan pada suatu malam kerana rumuahku dinaiki air sedalam dua kaki dan dikhuatiri air akan naik lagi.

Mungkinkah  disebabkan tsunami yang berlaku pada 2004 menyebabkan perubahan iklim di rantau sini menjadikan hujan mencurah terlalu lebat sehinggakan tempat yang selama ini tidak dijangka akan banjir berlaku sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Tahu setiap sesuatu yang berlaku akan rahsia hikmahnya.

Subhanallah . Hanya  Allah yang Maha Tahu apa jua rahsianya dan kita doakan negara kita terhindar daripada bencana yang tidak diingini. Aamin!


 


Sunday, 19 December 2021

PERIBAHASA KALAU PITIS SEKUPANG GENAP

ASSALAMUALAIKUM 

💁

PERIBAHASA

Langkah ke sana tanda arahnya,
sanga dibimbit pisang ditebang,
teluki rontok tanamkan telang,
geri terlindung elakkan licin;
apakah kena pada tempatnya,
telinga rabit dipasang subang,
kaki untuk dipakaikan gelang,
jari kudung dimasukkan cincin?
.
Sudahlah rata padi diketam,
senak menaruh alan menirus,
berlari-lari di balan lereng;
janganlah kita menjadi ketam,
anak disuruh berjalan lurus,
diri sendiri jalan mengereng.
.
Belah keladi layam di lombong,
pokok seroja dilerai-lerai,
rapi menekur gamang di dahi;
janganlah jadi si ayam tombong,
kokok sahaja berderai-derai,
tetapi ekor gelumang tahi.
Galau merintis ketapang ranap,
resah sekali lincah menggawang,
tersantau diri jundai melekap;
kalau pitis sekupang genap,
usah nak beli kancah berkerawang,
atau nuri yang pandai bercakap.

Saturday, 18 December 2021

PC MERAGAM

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MENITI DISEMBER KE PENGHUJUNG 021...

SEMOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA BERBAHAGIA...

LAMA BETUL TAK BLOGGING YA...PC MERAGAM PULAK...ALAHAMDULILLAH DAPAT GUNA PC ANAK..TAPI ASBAB DEK PASSWORD SEGALA BAGAI TAK DAPAT NAK POS ENTRY N KOMEN BLOG KAWAN2 WALAU DAPAT JUGA MASUK INTAI...HARI NI DAPAT ILHAM-NYA BARU TAU CARANYA...DIDOAKAN ADIK2, ANAK2 KAWAN2 BLOGGER, VIEWERS YANG DIKASIHI AFIAH SEJAHTERA SEMUANYA....




Saturday, 11 December 2021

BUKU-BUKU 021

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU CERIA SELALU MENITI DISEMBER SEHINGGA BERAKHIR 021...

PI SIMPAN DI SINI MEMORI BEBERAPA BUKU YANG DITERBITKAN TAHUN 021 VIA PENERBIT TERSENARAI. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH  ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA PI YANG SEADANYA SAJA ;

1. SPTA

2. DBP

3. NUHA BOOKS

4.WRITER WRITE

5.NUMERA

6. PEMUISI

7. TINTA KARYA

8. KARYAWAN PK

9. JOM SASTERA

10. SYIHABUDIN PRESS

11. ESASTERA  GAKSA




































Thursday, 9 December 2021

KAIN

 ASSALAMUALAIKUM



KAIN


#1


 

kain selendang

warna pelangi petang

mahkota rambut

peragawati pentas

gadis remaja kota

 



#2

kain telekung

ruang solat musolah

sujud sejadah

maghrib sehingga isyak

tahajud dini hari

 


#3


 

kain sutera

benang hasilan ulat

tenunan halus

fabrik lukisan tangan

busana nilai tinggi


Tuesday, 7 December 2021

MUHASABAH

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

Bermuhasabah menyedarkan diri kesilapan yang menjadi noda hitam atas kanvas kehidupan lalu berusaha memadamnya hingga sirna.

 

Kalau berani mencuba tentu boleh berharap sebarang kemungkinan hasilnya. Sekadar semata berharap tiada harapan.

Cinta sejati akan mengikhlaskan perasaan dikuasai yang dicintai.

 .

Perbuatlah kebaikan selalu justeru ia akan memayungi  susah payahmu saat perlukannya.

.

hendak mengambil sesuatu keputusan itu sewajarnya perlu diteliti sebaik mungkin agar tidak nanti dikesali kemudian hari

.

Cipta bahagia mengikut situasi dan nikmatinya  tanpa sebarang rungutan

 .

Memaklumkan sesuatu biar makluman itu dimaklumi  dan tidak mengelirukan untuk memahaminya releven situasi semasa


Saturday, 4 December 2021

SURAH 18: AL-KAHFI (GUA) Muka Surat: 300 - 301 . Ayat: 60 – 65

 ASSALAMUALAIKUM





PERKONGSIAN ILMU: SURAH 18: AL-KAHFI (GUA)
Muka Surat: 300 - 301 . Ayat: 60 – 65.
KISAH KETIGA: FITNAH ILMU IAITU UJIAN KEPADA ORANG YANG MENUNTUT ILMU DAN ORANG YANG BERILMU – KISAH NABI MUSA A.S MENCARI ILMU.
Pengenalan:
Nabi Musa as pernah ditanya oleh umatnya: Adakah orang lain yang lebih pandai daripada baginda? Baginda menjawab, dialah yang paling pandai. Sebagai seorang nabi, pasti dia paling bijak dalam kalangan umatnya. Jawapan baginda tidak disertai “Wallahu ‘alam (Allah yang lebih mengetahui). Kerana tidak sebut kalimah tersebut, Allah uji baginda. Allah beritahu Nabi Khidir lebih pandai daripada Nabi baginda.
Mengetahui perkara itu, Nabi Musa a.s ingin belajar dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir telah diberi mukjizat mengetahui ilmu ghaib. Sehingga sekarang ada amalan menyeru Nabi Khidir, sedangkan baginda adalah hamba Allah. Tidak boleh diseru sebagai perantara atau wakil Allah, kerana baginda telah wafat.
Ayat 60: Nabi Musa a.s mengembara mencari Nabi Khidir untuk menuntut ilmu. Baginda ditemani anak muridnya yang menjadi pembantunya iaitu Yusyak bin Nun. Nabi Musa a.s telah berkata kepada pembantunya, bahawa baginda tidak akan berhenti berjalan, sehingga berjumpa dengan pertemuan dua laut. Iaitu pertemuan air laut masin dan air laut tawar. Mengikut Tafsir Jalalain, antara Laut Romawi dan Laut Parsi. Nabi Musa a.s nekad mencari Nabi Khidir untuk menuntut ilmu. Walaupun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun, perjalanan tetap diteruskan.
Ayat 61: Apabila mereka sampai di suatu tempat, Nabi Musa a.s tertidur kerana sangat letih dan penat. Yusyak melihat ikan kering yang telah dimakan separuh, melompat keluar daripada raga bekalan makanan. Ikan itu kembali hidup melompat masuk ke dalam air laut. Dia tidak terkejut, kerana kejadian luar biasa adalah biasa baginya. Sebelum itu Nabi Musa a.s telah beritahu; Jika berlaku sesuatu yang luar biasa kepada ikan kering bekalan mereka, itulah tempat yang mereka cari. Tetapi Yusyak terlupa perkara itu. Nabi Musa a.s tidak nampak peristiwa itu kerana sedang tidur.
Ayat 62: Setelah Nabi Musa a.s terjaga daripada tidur, mereka meneruskan perjalanan. Yusyak terlupa untuk memberi tahu kepada Nabi Musa a.s peristiwa ganjil, ikan kering hidup balik dan melompat ke dalam laut. Apabila berasa lapar, baginda berhenti rehat dan meminta Yusyak mengeluarkan bekalan makanan mereka.
Ayat 63: Yusyak menjelaskan bahawa ikan bekalan mereka telah melompat dan masuk ke dalam air laut. Dia lupa memberi tahu kepada Nabi Musa a.s., ketika baginda tidur di tepi batu-batu besar tadi. Yusyak menjelaskan pastinya syaitan yang melupakan dirinya. Kerana mencari ilmu, syaitan tidak suka. Dia juga memberi tahu, ikan itu melompat ke dalam air dengan cara yang sangat aneh membuat terowong di atas laut. Kalau kita lupa, bacalah ISTI’AZAH, syaitan akan lari dan kita akan ingat semula.
Ayat 64: Mendengar kata-kata Yusyak, Nabi Musa a.s mengajak pembantunya berpatah balik ke tempat tersebut. Baginda menjelaskan, itulah tempat yang mereka cari. Mereka menjejaki semula bekas-bekas tapak kaki mereka. Akhirnya mereka menemui terowong ganjil di atas laut yang tidak tertutup. Kemudian kedua-duanya masuk ke dalam terowong tersebut dan berjalan hingga sampai ke sebuah pulau.
Ayat 65: Nabi Musa a.s dan pembantunya menemui Nabi Khidir di pulau tersebut. Allah memberikan mukjizat ilmu laduni (takwini) kepada Nabi Khidir. Baginda dapat mengetahui kejadian yang akan berlaku sekadar yang diberitahu oleh Allah. Ilmu ini tiada hubungan dengan pahala dan dosa. Ilmu ini tidak penting. Yang penting ilmu syariat.

Wednesday, 1 December 2021

MALAS...

 ASSALAMUALAIKUM





MALAS

.

Sifat

diri ini

persis kembar atma

positif juga negatif

iring

.

Andai

rasa malas

melabun berjundai

mengarut memang terbaik

amat

.

Tapi

tiba-tiba

kemalasan jelma

lalu kelemasan jiwa

rosot

.

Ralit

bermalasan

merenung kenangan

momen penting lalu puas

sudah