Saturday, 26 June 2021

KENALI BENTO...

 

ASSALAMUALAIKUM

 

BENTO

 




Bento Blogger dik Tok Perak (c)



Tahukah apa itu bento? Ramai yang mengagak bekas mengisi bekal nasi dan lauk-lauknya kan. Rupanya ada satu lagi makna bento iaitu perangkap ketam. Kalau nak tangkap ketam di muara tepi laut letak saja beta di celah-celah pohon bakau atau nipah. Tentu bento akan memerangkap ketam yang termasuk ke dalamnya. 

PI pun baru tau setelah baca antologi anekdot BENTO terbitan SPTA selenggaraan sifu TA. Bento karya nukilan penulis Bayu Pagi kelahiran Semporna Sabah. Antara sebuah karya pengalamannya yang sangat melucukan tika menangkap ketam menggunakan bento. 

Memang menekan perut menahan tawa yang tidak putus-putus. Kalau nak tahu kenalah baca. Himpunan pelbagai kisah lucu pelbagai pengalaman penulis SPTA yang bergabung di dalam antologi BENTO   memang tidak kering gusi dibaca. Setiap Penulis menghasilkan 3 tajuk anekdot. 

Tahniah semua penukil. Anlian pengkarya yang hebat. Tahniah sifu TA selaku penyelenggara.  Terima kasih sifu sudi sertakan juga karya PI. Alhamdulillah. Sekiranya ingin turut berketawa bersama melegakan stress musim PKP jangan lupa oder BENTO daripada sifu TA @FACEBOOK ya…   

5 comments:

  1. Laaa ada makna lain rupanya...mati2an saya ingatkan bekas mengisi bekalan makanan

    ReplyDelete
  2. Tahniah ada karya PI dalam BENTO

    ReplyDelete
  3. Anekdot kalau menjadi memang kelakar cerita-ceritanya. Tahniah puan.

    ReplyDelete
  4. ingatkan bahasa jepun je ada bento..hihi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Bento, tapi kat tempat saya disebut perangkap ketam tu bito, bentuk pun sedikit berbeza. besa gunapi tangkap ketam zaman anak kampungan dulu-dulu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”