Sunday, 27 June 2021

KELUHAN RASA..

 ASSALAMUALAIKUM


 

 

SYAIR KELUHAN RASA

 ALHAMDULILLAH SEMALAM PI DAN PENULIS SUJATA WEE MENANG SAYEMBARA SYAIR NORMA BAHARU ANJURA GAKSA E-SASTERA...TERIMA KASIH BANYAK PROF IRWAN ABU BAKAR DAN PANEL JURI SUDI MEMILIH KARYA PI DAN SUJATA SEBAGAI PEMENANG...REZEKI MUSIM PKP KAN..

 


Keluhan  rasa syair mencitra,
kerana wabak melukis dura,

hendak dihapus dengan segera,

menghembus padam api membara.

 


Apa yang mampu diucap lagi,

masalah timpa segenap segi,

bagaikan kain tidak beragi,

kerap mengadu dijawab ranggi.

 

Bicara kata coretan hati,
sekadar zahir rasa simpati,

kata balasnya maklum teliti,

namun tindakan ternanti-nanti.

 


Kuatkan asa usah mengalah,
onak dan ranjau bukan masalah,

sudah diredah apa pun olah,

sujud berserah kepada Allah.

 

 

Syair keluhan tamatlah sudah,

tidak sempurna susunan madah,

puisi lama irama indah,

menafsir makna melerai gundah


8 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah puan. Tak putus-putus memenangi pertandingan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah KakPI! Syair KakPI memang sedap dibaca 👏🏻😎🌼

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak PI. Usaha membawa jaya. Jangan toleh belakang, teruskan menulis.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak PI, murah rezeki kak PI 😊

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, tahniah kak PI

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak PI. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak PI. Syair mewakili suara jutaan rakyat yang terjejas ekonomi kala ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”