Monday, 26 October 2020

TUMBUK SAMBAL

 ASSALAMUALAIKUM


 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

PANTUN ANEKA

 

Terserlah warna berseri batik,

galau di sidai berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal.

 

 


Membaling batu terkena gelas,

kisah dikenang lama bersisa;

Saling membantu tulus dan ikhlas,

Susah dan senang sama dirasa.



 

Rimbunan redup subur kelisa,

tatkala senja dihinggap merbah;

dugaan hidup sukar terasa,

sabar sahaja moga berubah.

 

Adik melenjan tak tentu arah,

sambil menampi kaki direndam;

semoga hujan turun mencurah,

gejolak api segera padam.

 

Mawar berduri berkuntum sisi,

gugusan pauh leka dilihat;

jaga kendiri kawal emosi

berfikir jauh demi maslahat.

 

Tertumpah tumpi adik terkenang,

selerah baju cari busana;

serapah jampi bidik petunang,

arah dituju biar mengena.


15 comments:

  1. Nak tumbuk sambal kena hati-hati jugak hehheee... takut cili masuk mata

    ReplyDelete
  2. Kontriversi pantun tumbuk sambal tu. Haha

    ReplyDelete
  3. Unik nian pantunnya ┌(・。・)┘♪

    Hati-hati saat numbuk sambal, jika tidak akan pedih di mata hehehe

    ReplyDelete
  4. Bumbu masakan yang ditumbuk sebenarnya lebih sedap..tapi itulah PC ni kurang rajinnya tinggi.

    ReplyDelete
  5. Alu lesung batu saya dah patahla kak PI, tapi tetap juga saya gunakan sbb suka juga tumbuk2 rencah sayur ke, nasi goreng ke..hihi

    ReplyDelete
  6. Viral pantun isteri cantik tak pandai tumbuk sambal di medsos! Geli hati baca banyak komen nitizen yang mengatakan pembaca hanya tahu yang tersurat dan tak faham isi yang tersirat!

    ReplyDelete
  7. teringat pantun menumbuk sambal oleh DBP yang hangat seminggu dua ni hahaha

    ReplyDelete
  8. tak pentimg sangat kalau isteri tak pandai masak...

    yang penting jaga solat solat dan aurat

    ReplyDelete
  9. Oooh ni la pantun yang bikin panas tu ya hihi..🔥😂

    ReplyDelete
  10. tak pandai nak balas lah kak
    hihihi

    terbaik sgt pantunnya

    ReplyDelete
  11. tak sahlah kalau kat dapur takde lesung dan alunya

    ReplyDelete
  12. ehehehe tumbuk2 sambal ni baru2 ni kecoh kat FB kan..
    dewan bahasa skarng sngt cheeky hehe..

    ReplyDelete
  13. Dah lama Zumal tak pegang lesung batu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”