Tuesday, 27 October 2020

DARURAT

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


DARURAT

Saat darurat sedang sakarat
kepada Allah hanya berserah
sakit segala terasa berat

Minda memikir tak tentu arah
mendamba Allah tenangkan jiwa
detik terakhir harungi parah

Dosa pahala akan dibawa
ke alam baqa kekal abadi
mengharap belas kerana takwa

Amalan soleh yakin sempurna
ibadah dengan setulus hati
moga di sana tidak merana

Langkah yang pasti menuju mati
mailakat maut sering memandang
hadirnya kelak nafas terhenti

15 comments:

  1. waalaikummusalam
    semoga kita terhindar dari wabak covid
    tidak akan berlakunya darurat
    bila virus hilang.

    ReplyDelete
  2. tahun 2020 yang dinanti-nantikan... ingatkan tahun penuh kegemilangan tapi rupanya tahun penuh duka

    ReplyDelete
  3. kpd Allah swt kita berdoa & berharap..

    ReplyDelete
  4. pelbagai darurat kehidupan sedang berlaku waktu pendamik ini, darurat berperang dengan keimanan dalam beribadah, daruratny silaturrahim yang kian menjauh, darurat dalam menangani kegawatan ekonomi rumahtangga...namun kepadaNya juga kita terus bergantung harapan agar semua ini akan kembali baik sedia kala..aamiin

    ReplyDelete
  5. Darurat menyeluruh bagi pendapat peribadi PC kak PI. Bukan sekadar luaran yang melibatkan banyak aktiviti atau kegiatan sahaja tetapi darurat mental danjiwa dalm situasi sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. tahun yang sedikit sebanyak menyedihkan rupanya 2020 ni

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam
    Nasib baik tak jadi darurat

    ReplyDelete
  8. betul, kepada Allah saja yg kita mampu berserah kan .. moga Allah sentiasa lindungi kita

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua terlindung daripada wabak ini.

    ReplyDelete
  10. darurat mengajar kita lbh menghargai apa yg dinikmati skrg... bkn bla dah ditimpa kesusahan br nk hargai...dah terlewat mgkn

    ReplyDelete
  11. Dulu2 darurat diistiharkan sbb ancaman komunis..skrg dek wabak yg tak kelihatan

    ReplyDelete
  12. semoga Allah SWT lindung kita semua sentiasa..
    jauh dari ujian2 yang tak diminta ni..

    ReplyDelete
  13. Makin hebat ujian Tuhan buat kita. Hanya yang kuat akan terus bertahan.

    ReplyDelete
  14. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”