Monday, 6 July 2020

SESAT...


ASSALAMUALAIKUM

Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 6/7/ 2020
PANTUN PENYERTAAN
Angin berlalu daun gemulai,
terbanglah merbah ke hujung galah;
sesat selalu kerana lalai,
sikap diubah lerai masalah.
Terang bersinar kulitnya lokan,
sepah merata terpijak luka;
jalan sebenar syaitan sesatkan,
andainya kita sering terleka.
Terasa sejuk ambil tuala,
mandi di kolah tingkah meningkah;
mohon petunjuk Allah Taala
mula basmalah mengatur langkah.
Terpisat-pisat merenung tilan,
atas pengkalan mengail keli;
andainya sesat di hujung jalan,
ke pangkal jalan surut kembali..
Belikan langsat buah pilihan,
bukannya sitrus dan limau purut;
kadang tersesat arah tujuan,
jalan yang lurus tidak diturut.

5 comments:

  1. sedap karya akkak.... indah betul

    ReplyDelete
  2. Raja buah gelaran diberi,
    Sungguh enak dan lazat rasanya,
    Setiap orang ada rezeki,
    Marilah kita bersyukur kepadaNya.

    ReplyDelete
  3. Indah pantunnya
    Kaum dengan bakat PI mengarang pantun

    ReplyDelete
  4. Moga petunjuk daripada Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.

    ReplyDelete
  5. Berdoa pada Allah agar kita tak sesat. Amin

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”