Tuesday, 7 July 2020

PENANGAN CINTA

ASSALAMUALAIKUM


PENANGAN CINTA


PIC GOOGLE IMAGES (C)

"Kenapa abang tu kak?"
"Kenapa pulak? Apa yang peliknya?"
Dia yang bertanya. Tetapi pertanyaannya dipulangkan tanpa jawapannya.
"Suami Ita tidak pernah bercerita kenapa abangnya begitu?" Suara kakak iparnya agak mendatar seakan cuba memahami gelodak perasaan adik iparnya itu tanpa menunjukan kejengkelan hati kerana diterjah dengan pertanyaan yang tidak disenanginya
“Iman tu tiada masalahnya!”
'Habis kalau tidak ada masalah kenapa abang Iman begitu. Langsung tidak tahu mengurus diri, sehingga semua keperluannya ayah yang uruskan. Hendak mandi dimandikan, hendak makan disuapkan, hinggakan pakaiannya pun ayah yang tolong sarungkan. Pelik.Nampak abang Iman tu cukup sifatnya macam orang lain. Maksudnya berkaki bertangan dan tidak lumpuh tapi kenapa sikapnya begitu?' Wajah kakak iparnya direnunginya tajam.
"Apa nak buat Ita dah nasib dia nak jadi begitu." Lemah sekali luahan rasanya.
"Apa sebenarnya ceritanya kak?"
Salima menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Seolahnya ia sedang melepaskan bebanan yang termengkelan di salur pernafasan.
"Adik Iman tu mungkin sudah hilang semangat hidupnya. Jadi dia langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada dirinya."
"Bagaimana pula boleh hilang semangat hidupnya?"
"Kecewa yang amat sangat kerana gagal dalam percintaannya."
'Sebab kecewa dalam bercinta hingga jadi sampai begini. Ingatkan cerita-cerita begini berlaku dalam filem dan drama saja, rupanya realiti.' Zunita melayani monolog sepinya. Dia tersenyum sedikit.
Wajah kakak iparnya berubah rona. Suram.
"Ita nampak macam tak percaya dengan cerita kakak. Kalau macam tu tak payahlah kakak nak sambung lagi."
"Eh! Kakak ni itu pula yang disangkanya. Sebenarnya saya pelik kenapa orang yang putus cinta kecewanya begitu mendalam sekali sehingga merosakan diri sendiri?"

"Entahlah! Kakak sendiri pun tak faham. Dulu Iman seorang yang cergas, rajin berkerja. Tapi setelah kekasihnya dikahwinkan keluarganya dengan orang lain, dia berubah mendadak.
Iman seolah terlupa dengan apa yang perlu dilakukan demi hidupnya. Kerjanya setiap hari hanya mengulangi rumah kekasihnya itu sehinggakan keluarga kekasihnya itu naik jelak. Kata orang-orang keluarga kekasihnya itu telah membomohkan Iman sehingga dia menjadi tidak bermaya dan tidak berupaya lagi hendak mengayuh basikal ke rumah kekasihnya."
Kali ini dia yang terkedu. Betapa hebatnya penangan cinta itu sehingga menjadikan sesaorang  menangis berhari-hari kerana kehilangannya lalu menjadi buta dalam filem IBU MERTUAKU karya P. Ramlee. Dan kini dihadapannya seorang pemuda yang kacak  telah hilang kewarasan mental dan semangat hidup. Kasihan sungguh!

4 comments:

  1. parah orang kecewa bercinta...ada yg sanggup membujang sampai mati..

    ReplyDelete
  2. sebab tu orang tua-tua selalu pesan, kalau kita suka kita cinta seseorang tu jangan serahkan 100% jiwa raga kita pada kekasihtu, simpan sedikit untuk diri sendiri sebab kalau lah jadi kejadian gini kene tinggal ke, tak jadi kawin ke, tidak la merana sangat

    ReplyDelete
  3. Pernah berada di tempat Iman. Alhamdulillah dah Ok sekarang. Tapi ambil masa juga.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”