Tuesday, 2 June 2020

ALAM HARMONI

ASSALAMUALAIKUM


ALAM HARMONI

Allah ampunkan dosa  kini dan silam,
Bismilah dilafaz menerang hati kelam.

Nazam dilagu  ceritera alam harmoni,
bersama siang dan malam sehingga ini.

Kehidupan  tenteram aman dan damai,
Lestari hayat dalam alam yang permai.

Alam semesta yang luasnya saujana,
Allah menjadikannya amatlah sempurna.

Kasih Rabbi kepada hamba melimpah,
tidak terlafazkan bicara yang tumpah.

Selawat dan salam junjungan mulia
bersama Rahim-Nya menghuni dunia.


Gunung dan ganang yang tegak mempasak,
janganlah ditarah janganlah dirosak.


Hutan nan merimba dipugar usahlah,
takut akan mengundang bahana Allah

Allah ujudkannya adalah bersebab,
menyerap hujan lebat tanah melembab.


Mergastua serangga flora dan fauna,
di rimba belantara umpama istana.

Sungai dan tasik bagaikan ‘al-Khautsar’
usahlah dicemar etika tersasar.

Hidupan  di dasar kan riang berwenang,
pelbagai jenisnya bertasbih berenang.

Khalifah alam hamba pilihan Allah,
pikullah amanah ujian ditelah.

Nazam alam harmoni tamat di sini,
maafkanlah kekurangan karya ini.
.
Allah ampunkan dosa  kini dan silam,
Bismilah dilafaz menerang hati kelam.



PARIDAH ISHAK
DMS
2/6/2020

9 comments:

  1. terima kasih untuk karya ini kak....

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ACUYUHAN SALAM AIDILFITRI NANTI KAK FOLLOW

      Delete
  3. ramai sekarang buta hati nampak wang
    habis alam rimba nak dibersihkan
    karya yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH HANS MRK SUKA MENZALIMI ALAM SEKITAR

      Delete
  4. Allah ampunkan dosa kini dan silam
    Moga manusia tidak lagi tenggelam

    ReplyDelete
  5. Flora dan fauna yang Allah ujudkan memungkinkan manfaat yang tak terhitungkan untuk manusia.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”