Monday, 1 June 2020

SEJALAN TAK SEIRING

ASSALAMUALAIKUM


SEJALAN TAK SEIRING


Genre : Poligenre
Penyelenggara :
Hasimah Harun
Penulis : 35
Penerbit : esastera
Nombor ISBN : 978-967-5043-03-01( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 160
Pengulas : Paridah Ishak

SEIRING TAK SEJALAN judul antologi poligenre terbitan esastera.com dipilih daripada karya sajak jenaka/sajen nukilan penyair dengan nama penanya Kerisakti. Sajak jenaka/sajen yang mencuit rasa kala membacanya. Luahan hati penukilnya menyirat maksud meski ketara frasa olahannya. Selari pula dengan tema  karya utama.
            Peranan esastera dalam pengembangan sastera tanah air memang tidak ternafikan semenjak keujudannya di ruang maya sebagai portal sastera oleh pendirinya Prof.Dr.Irwan Abu Bakar. Menjadi wadah kepada mereka yang berminat menyalurkan ide penulisan tanpa batasan. Tetapi perlu memenuhi etika penulisan yang ditetapkan.
Antara kegiatannya ialah menerbitkan karya-karya pilihan yang dilayarkan penukilnya aneka genre. Dan karya-karya yag terpilih juga diberi hadiah penghargaan sewajarnya.
Antologi ini memuatkan karya finalis Hadiah E-Sastera. Com 2007. Poligenre mengandungi  karya Sajak, Sajen, Haiku, Cerpen, Ulasan Sajak, Biografi Melayu Terbilang:
Sajak nukilan 14 penyajak:

1.    Aiza Zizan – Hidangan rindu
2.    Aziz Zabidi – Requiem Zaman Edan
3.    Azmi Rahman – Anugerah Melimpah, Hipokerasi, Komersial, Dan Cermin Puisi,Mentafsir Keriuhan Realiti Dan Kepastian Tak Bernama
4.    Brirasa – Se bidang Bendang Pak Lang
5.    Hani Hamsyari – Kuntum Rindu Yang Kusemai
6.    Jebatsari – Ejoke
7.    Kalamutiara – Membodohkan Kebenaran
8.    Kale Mas – Pesan Buat Petualang
9.    King Binjai – Membeli Masa
10. Merdu Andika – Antartika Menangis
11. Nimoiz TY – Tapak Tapak Kaki
12. Nissa. Yusoff
13. Ode – Tentang Sebuah Malam Yang Tak Akan Kunantikan Lagi
14. As Syaramy – Marak Api
Keseluruhan tema sajak pilihan 14 penukil adalah bebas. Namun maksud yang mahu disampaikan kepada pembaca tidak sukar memahaminya. Gaya bahasa yang indah lagi puitis.
Sajen:   Nukilan 7 penyajak:
1.    As Syaramy – Bucu Gebar
2.    Ahkarim – Takut Bini
3.    Ode – Emel Buat Siti
4.    Kalamutiara – Bocor
5.    Kerisakti – Sejalan Tak Seiring
6.    Tabir Alam – Derma
7.    Kale Mas – Andalusia Dan Gelas
Membaca sajak-sajak jenaka/sajen dalam antologi ini pasti menyeringaikan sengih menafsirkan maksudnya. Bersajen disamping mengekalkan ciri keindahan sajak dan menampilkan unsur-unsur humur tidaklah mudah.   Sajen ‘Derma’ nukilan Tabir Alam pendek sahaja. Citranya tentang peminta derma yang menerima derma amat lucu.
Cerpen coretan 7 cerpenis:
1.    Naimisa - Bersinarkah Hari Esok
2.    Kerisakti – Semangat Yang Hilang
3.    Aziz Zabidi – Republik Pisang
4.    Hafeziftikar – Izrael Sibuk Di Gaza 
5.    Ahkarim – Mou Sumi
6.    M Aan Mansur – September Johor Bahru Dan Hutan Kenangan 23
7.    Hani Hamsyari – Gempa Menggegar Sukma
7 cerpen pilihan mengemukakan ide berbeza menurut olahan pengkarya dengan bijak. Republik Pisang cerpen oleh Aziz Zabidi adalah sebuah cerpen satira menarik. Mengambil kisah seorang penggoreng pisang yang dijemput ke Republik Pisang untuk mendeklamasi sajak tentang pisang. Sebuah cerpen satira yang menarik mengambil latar kehidupan rakyat marhaen. Kritikan bersahaja penulis terhadap situasi masyarakat bersamanya terkini.
Haiku oleh:
1.    Alwaris
2.    Tabir Alam
Puisi haiku pendek sahaja. Tiga baris dengan format 5 7 5. suku kata Namun puisi tradisi Jepun menetapkan binaannya perlu ada imej, kigo dan yoin. Antaranya mesti ada kesinambungan yang tepat.. Kedua-dua penulis memang arif mengenainya.   
Ulasan Sajak oleh:
1.    As Syarami – Cinta oleh Irwan Abu Bakar
2.    Azmi Rahman – Susu Ibu Oleh Irwan Abu Bakar
Kedua-dua pengulas sajak mengulas sajak nukilan Irwan Abu Bakar dengan tajuk yang berbeza,
Biografi Melayu Terbilang oleh:
1.    Wan Zakaria Wan Busu – Tok Janggut
2.    Wan Zakaria Wan Busu  - Mokhtar Dahari
3.    Al Abrar Mohd Yusus – Tun Salleh Abbas
4.    Muhammad Abdullah Bin Suradi – Sheikh Abdullah Fahim
5.    Al Abrar Mohd Yusuf – Syed Sheikh Al Hadi
6.    Muhammad Ghazali Hilmi Hj Ahmad Suti@Abd Halim – Usman Awang 32
7.    Mohd Hafez Iftiqar Ahmad Termizi – Mahathir Mohamad
8.    Muhammad Syamsul Amin Mohd Yusof – Siti Nurhaliza
9.    Wan Mohd Asyraf Wan Mohamed – Irwan Abu Bakar
Tokoh tokoh yang dikemukakan 9 penulis memang ternyata ketokohan, karisma dan kewibawaannya. Tidak ternafikannya. Masing-masing dengan peranannya yang tersendiri. Menjadi ikon dan idola zamannya. Tokoh yang dinamakan seperti artis penyanyi Siti Nurhaliza dan Prof Dr.Irwan Abu Bakar pendiri esastera.com, walau masih muda tapi telah melakar karya dengan catatan sejarah dalam bidang yang diceburi.

3 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”