Saturday, 8 September 2018

RESEPI UNIK ENAK DARI SEMPORNA...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM KITA CUBA RESEPI UNIK CIKGU NAZEKA KANASIDENA DARI SEMPORNA INI..
CARA MUDAHNYA PILIH IKAN YANG SESUAI ..SIANG BELAH BELAKANGNYA....PERAP SEMALAMAN DENGAN CUKA DAN GARAM.
ISI BUMBUNYA DAN JEMUR.
SETELAH ITU GORENGLAH...MAVLES RASANYA DI MAKAN DENGAN NASI.

HARI INI HARI SABTU. Hari liburan. Cuti-cuti Malaysia. Tiada sesuatu keperluan yang mendesak. Matahari pula sedang panasnya. Membahang dengan segala keterikan termampu. Semalam hujan dari pagi sampai petang. Memang saya jangka hari ini panas terik. Hari bagus untuk menjemur ikan.

Saya tidak tahu apa nama ikan yang begini dibubuh segala lalu dijemur segala. Selalunya tradisinya Ikan belawis. Dibelah kemudian diperap dengan garam dan cuka semalaman. Esoknya dibubuh 'rambu ramba rambi' dimasukkan ke dalam perutnya kemudian dilekapkan. Sesudah itu dijemur di bawah panas matahari.

Ehhhhh, enak memangkali. Ini tradisi Sama Bahari. Bangsa pelaut yang pandai membuat apa sahaja berasaskan produk maritim. Ikan ini yang jenis diperap dan dibubuh segalanya ini jika ingin membuatnya paling sesuai ialah ikan BELAWIS dan BOLLONG dan sebangsanya. Bahan-bahannya mudah iaitu:

Bawang besar
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Serai
Lada padi
Garam / MSG
Asam Jawa
(ada juga menggunakan cili kering)
Semua bahan dikisar kemudian digaulkan dengan asam kemudian barulah dimasukkan ke dalam perut ikan sejemput demi sejemput sampai semuanya merasa penangan ramuan special ini. Ikan ini kalau sudah kering bolehlah digoreng. Bukan dimasak. Goreng saja. Sebab kalau masak berterabur bahan di dalam perutnya. Makan dengan nasi. Tak payah bubuh rempah dan lada lagi sebab apa yang ada dalam tubuh badannya itu sudah sangat GHRRRRRRRRR.... bilang kucheng garong.

Hahahahah. Jangan marah. Ini pekerjaan lelaki tidak dibebankan dengan kerja berat. Daripada buat benda tidak betul, sibuk sana sibuk sini saya di dalam nyamuk diluar, bagus saya bikin ini makanan enak.
MAAF. BUKAN UNTUK DIJUAL. NOT FOR SALE. FOR SPECIAL PURPOSE ONLY. That is make your taste geram dan berliur. Hahahahhaha.

Sebenarnya ikan-ikan ini sebagai hadiah dan bekalan saya kepada anak sulung yang memang menggemari ikan ini sejak dia kecil lagi. Kerana dia akan berangkat ke OVERSEAS, dan lama tidak merasa makanan begini, maka dibekalkanlah dia ole-oleh. Bikinan tangan bapaknya sendiri. MAN MADE. HOME MADE. LOVE MADE. SOUL MADE. SEMPORNARIAN MADE.
APA PUN, Kalau ada tempahan: SAYA BERSEDIA. Tentu dengan keuntungan sewajarnya. Selamat berhujung minggu. Isnin dan selasa pun cuti ya. Kikiki.

 Shared wall fb cikgu Nazeka Kanasidena

12 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”