Thursday, 6 September 2018

MUFLIS DALAM TAMADUN ISLAM...

ASSALAMUALAIKUM.

BUKAN TAMADUN ISLAM YANG MUFLIS....JANGAN KELIRU DENGAN TAJUK N3 YANG PI TULIS SEDIKITSENSASI HEH..HEH.
ISLAM SEJAHTERA KEKAL  SYUMUL ANUGERAH SEMPURNA KEPADA HAMBA-HAMBANYA MELALUI RASULULLAH NABI AKHIR ZAMAN MUHAMMAD SAW

SEBENARNYA MUFLIS IALAH TAJUK SEBUAH SAJAK PI YANG DISIARKAN DALAM MAJALAH TAMADUN ISLAM DBP EDISI OGOS.

ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH EDITOR TAMADUN ISLAM DBP ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI.

PI TAHU KARYA INI DISIAR SETELAH SAHABAT PENULIS SABARIAH NOR SALEH MENGIRIM GAMBAR SAJAK YANG DISNAPNYA DI SEBUAH KEDAI BUKU DI DUNGUN TERENGGANU KE INBOX PI.

JIKA TIDAK KERANA JASA BAIK SAHABAT PI ITU PASTI HINGGA SUDAH PI TIDAK TAHU MENAHU TENTANG SAJAK PI YANG ITU....TERIMA KASIH SABARIAH NOR SALEH.


MUFLIS
Ampuni  hamba-Mu ya Rabbi
hadir di Mahsyar ini
tidak berbusana pahala.
Telah terlucut londeh
di kaki seorang dia
yang kucerca hina nista meleta
hingga serak suara dibawa siaraya maya
serata buana.
Tidak jemu kucoret di ruang alam
tulisan tanpa metafora
kejian, cacian, celaan
tiada hujung kesudahan
ranah perbidalan.
Mekar bunga fitnah pesona
demi duniawi tercinta.
Hukum neraca-Mu terentang di layar
 meski  se halus zarah dosa
terhadap dia adalah hutang.
Hutang-piutang harus jelas
sedang kealpaan menguasai emosi
sebelum berangkat ke sini
jemari tidak menyusun frasa murni
tuntut kemaafan kepada dia.
Maka muflislah hamba-Mu ini.
Hutang dunia fana dibayar
kepadanya seluruhnya tanpa bersisa.
Busana pahala indah
tersarung ditubuhnya megah bergaya.
hamba-Mu menggigit bibir yang berdarah.

Paridah Ishak
Selayang Utama

3/08/017

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Tahniah akak atas kejayaan ini. Semestinya saya turut menumpang bangga dan gembira. Nampaknya kena belajar dengan akak ni tips nak menulis puisi..hehe

    ReplyDelete
  2. WASALAM DIK USTAZ..TKSH MOGA USTAZ N FILMI JUGA SHT SJHTRA...CUBA2LH TLS PUISI KONSEP BGINI USTAZ..SENTUHAN ILMUAN MCM USTAZ LBH BRMKNA KERNA ARIF DGN APA YG DI TULIS.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah kak. bagaimana Kak PI dapat ilham menulis sajak?

    ReplyDelete
  4. TKSH FAIZAL..ILHAM DTGNYA DARI ALLAH...KAK MNULIS BRDSRKN PEMERHATIAN.PEMBACAAN N APA YG BERMAIN DLM PERASAAN DILUAHKAN...MUDAH SAJA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  5. takutnya jika muflis di Padang Mahsyar kelak.

    ReplyDelete
  6. TKSH CIKGU AK..YA MNGERIKAN SEKALI

    ReplyDelete
  7. Tak mau muflis di dunia mahupun di akhirat minta dijauhkan

    ReplyDelete
  8. TKSH MRSA..MOGA KITA DIJAUHI MUFLIS DUNIA N AKHIRAT

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. tahniah kak PI. Moga kita semua dihindarkan dari tergolong dikalangan org2 yg muflis di dunia dan akhirat.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”