karya ku : paridah ishak

Sunday, 30 September 2018

ANEKDOT..

ASSALAMUALAIKUM...



Kata ibunya, "Tak payahlah kau berkahwin dengan dia sebab mak rasa dia ni tak berapa ok hendak diadikan isteri. Tak ingat ke dulu sewaktu kita sibuk-sibuk buat persiapan nak pergi meminang dia, dia boleh kata tak payah...sedangkan dia yang beria-ia meminta kita masuk meminangnya. Ini setelah dia putus dengan kekasih barunya dia datang pula mencari awak menagih cinta kononnya tak mahu kehilangan awak. Kecurangannya pada awak dulu apa maknanya. Mak dengar awak pun sudah ada pengganti dia...takkan nak tinggalkan sidia untuk berbalik dengan kekasih lama...tak masuk akal langsung..." Tapi anak itu tetap berkhwin dengan pilihannya dan ibunya merelakannya demi kebahagian anaknya itu.

2.  Seorang putera raja yang dikenali seluruh dunia memilih menikahi kekasih lamanya yang sudah ganyut dan pudar kecantikannya walhal sang putera boleh memilih puteri-puteri cantik daripada golongan bangsawan ternama sehingga sanggup mengenepikan hak merajai kerajaannya kerana pilihannya itu melanggari adab dan undang-undang beraja kerajaannya. Tentu saja tindakan sang putera menerima protes dan bantahan daripada seluruh keluarganya. Demi cintanya dia rela apa saja.

Namun yang berlaku tetap berlaku. Sesungguhnya jodoh pertemuan dan segala-galanya adalah hak Allah yang mengaturnya. Siapa kita hendak mempertikaikannya.

paridah at September 30, 2018 10 comments:
Share

Saturday, 29 September 2018

PUISI KUATRIN...

ASSALAMUALAIKUM


JOM BELAJAR MENULIS PUISI KUATRIN BERSAMA  SIFU TABIR ALAM...PI PUN MASIH TERKIAL-KIAL MEMAHAMINYA...SERANGKAP PUN BELUM LULUS LAGI...TAPI TETAP BELUM PATAH SEMANGAT UNTUK MEMPELAJARINYA.

Tabir Alam
September 15 at 12:16 AM
SUARA HATI
Kuatrin - adalah rangkap empat baris dengan rima akhir a-b-a-b, tapi isi ceritanya berterusan, tanpa sampiran. Ianya bahagian dari puisi soneta yang dinukilkan tersendiri.
Kepada penulis yang pernah mengikuti "Alegori - Projek Soneta" akan biasa dengan binaan rangkap kuatrin. Rangkap kuatrin adalah sama seperti rangkap kuatrin soneta.
Penulis bebas memilih tajuk kuatrin tentang sesuatu isu yang melibatkan perasaan. Sila hantar TIGA buah puisi kuatrin ke laman grup ini. Hantar lima rangkap kuatrin bagi sesuatu tajuk. Letakkan nombor urutan bagi setiap rangkap.
Peraturan menukil kuatrin terikat pada yang termaktub dengan penulisan SPTA. Pastikan kuatrin dibina dengan rima sempurna.
Contoh rangkap kuatrin:
Pahlawan hati, aduhai abah
selalu ada di relung kalbu
semangat abah tak mudah rebah
menjaga kami bersama ibu
paridah at September 29, 2018 10 comments:
Share

Friday, 28 September 2018

ASYURA KELANTAN...

Asslamualaikum

SALAM JUMAAT MULIA

MUHARAM BELUM BERAKHIR...MASIH RAMAI YANG MERAIKAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH DENGAN MENGACAU BUBUR ASYURA....ASYURA DI SINI ADA YANG RASA MANIS DAN PEDAS...TERPULANG KEPADA CITARASA MASING-MASINGLAH KAN.
PI SUKA JE KEDUA-DUANYA.

MEMANG BERBEDA RASA TAPI SEDAPNYA TAK TERKATA.

HENDAK MENGACAUNYA PUN MENGAMBIL MASA BERJAM-JAM LAMANYA. APALAGI KALAU BUBUR YANG DIPERBUAT DARIPADA BERAS DAN BUKAN TEPONG BERAS

Sejam setengah mengacau...steady lagi ni..
Sekarang dah 3 jam 20 minit..pukul 12.15 siaplah, insya-Allah.
Catatan sahabat penulis Jamilah Harun yang mengacau setengah kilogram beras untuk dijadikan asyura.
Kalau ikut resepi kat bawah ni kena siapkan kawah dan beramai mengacaunya.
Pic Jamilah Harun (c)

Hasil mengacauAsyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.

Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 
Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 

paridah at September 28, 2018 10 comments:
Share

Wednesday, 26 September 2018

GABRIEL KIMJUAN...

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT FB PI GABRIEL KIMJUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN YANG MASIH MUDA TAPI AMAT PROLIFIK BERKARYA...SETIAP MINGGU ADA SAJA KARYANYA YANG DISIAR AKHBAR TEMPATAN DI SEMENANJUNG ATAU DI SABAH, SERAWAK....RAJIN SUNGGUH BERKARYA WALAU SIBUK BERTUGAS DI LABUAN SHIPPING YARD.

SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA DIDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAANNYA DI DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA BERTERUSAN


paridah at September 26, 2018 11 comments:
Share

Tuesday, 25 September 2018

SAYEMBARA MENULIS PUISI..

ASSALAMUALAIKUM

 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SAYEMBARA MENULIS PUISI ANJURAN DBP WILAYAH UTARA....IKUT SYARATNYA MESTI MEREKA YANG BERADA DI PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS...ATAU MEREKA YANG LAHIR DI NEGERI TERSEBUT.
HADIAHNYA LUMAYAN JUGA....JADI TAK RUGI MENCUBA.
MENGHARAPKAN KEMENANGAN TANPA MENYERTANYA MANA BISA DONG!


paridah at September 25, 2018 12 comments:
Share

Monday, 24 September 2018

SYAIR BUNGA RAYA.

ASSALAMUALAIKUM.


PIC GOOGLE(c)



SYAIR BUNGA RAYA BUNGA NEGARA

Bunga raya disyair mencerah,
mekarnya indah merona merah,
tumbuh merata liar selerah,
di ceruk kampung rata daerah.

Menghijau subur tegak merendang,
seri suasana sejauh pandang,
rona meriah sukar terhadang,
meski terlantar di pinggir  padang.

Bunga raya tingginya separa,
tumbuhan herba mengubat dura,
mengurai sakit duka dan lara,
demam dihidap sembuh segera.

Akarnya kukuh mencengkam tanah,
mengelak hakis pemusnah ranah,
dihembus ribut masih tak punah,
banjir melanda renda sakinah.

Bunga raya bunga kebangsaan,
pilihan tepat Tunku Abd.Rahman,
bukan semata puspa pilihan,
hikmah firasat dalam renungan

Bunga raya melambang semangat,
bersatu erat teramat sangat,
berganding tangan jatuh keringat,
warga negara mutu menyengat.

Berakhir syair mencitra bunga,
Indahnya agum hingga terpinga,
lupa penganan dalam belanga,
anugerah Allah hamba ternganga.

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol.
PAHANG 
paridah at September 24, 2018 18 comments:
Share

Saturday, 22 September 2018

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU,,,SUDAH MASUK KE DAPUR UNTUK HIDANGAN TENGAH HARI  KELUARGA
PI KALAU MEMASAK SIMPLE SAJA...ADA NASI... IKAN GORENG, ULAM ATAU SAYURAN, SAMBAL DAN SEJENIS LAUK BERKUAH SEPERTI GULAI/SAMBAL TUMIS,,SEJENIS SAJA
SUDAH MEMADAI...SEDAP SANGAT TU...TAMBAH ADA MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Resepi udang galah masak lomak cili api nangka muda.. (resepi salwa abu bakar)
1 ulas bawang merah (blend) 
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia(blend)
10-15 biji cili padi merah+ijau(ikut pedas masing2)(blend)
Serbuk kunyit secukupnya
3 batang serai
1 bungkus kecik santan asli
3 keping asam keping
3 keping nangka muda(potong dan rebuskan dahulu)
Udang galah/biasa secukupnya
Daun kunyit sehelai(xde xpe)
Garam dan perasa
Tumis tanpa minyak.. Bahan2 yang blend tadi..masukkan serbuk kunyit ikut suka.. Masukkan serai ..masukkan nangka muda yang da direbus bersama asam keping. Masukkan santan.. Last sekali masukkan udang dan daun kunyit.. perasakan garam sume.. Siap!!!


paridah at September 22, 2018 9 comments:
Share

Wednesday, 19 September 2018

KOTA BUKU...

ASSALAMUALAIKUM...



Insya Allah, tak sampai seminggu lagi. 

Kumpulan penulis baharu akan dilatih di tingkat 24, Maju Tower di Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur.

Inilah Kota Buku

Anda orangnya yang mahu menulis buku pertama?
Kali ini kecil sahaja.
Tak melebihi 20 orang.
Saya akan kendaikan sesi menguasai cara menulis buku umum yang mendekati pembaca.
Saudara pulang dengan satu bab yang diperbaiki dan senarai lengkap bab-bab buku.
Duduk di rumah sudah boleh siapkan. Insya-Allah

Tiba-tiba
Kemudian dua orang penggerak dunia buku rasa sakit perut.

Mereka mahu beri panduan terbaharu.

Mereka dapat sepanjang festival penulis dan acara pelesenan karya di luar Malaysia.

Saya buat keputusan pagi ini.

Saya beri 'nasi tambah' yang membuka selera melalui dua tajuk tambahan untuk anda.

Saya minta maaf, kerana beri lebih. Sebab mimpi anda bukan cap ayam.

Topik nasi tambah pertama;
Bagaimana para pengarang terlaris bekerja dan kita jadikantemplate kerja kita.
Disampaikan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman

Dia mewakili Gerakan Penulis Malaysia Mymove.

Minggu lalu, dia bertemu tiga pengarang besar di Indonesia.
Selepa situ kita belajar agar buku pertama anda berbaloi.

Pegawai harta intelek dan hak cipta Kota Buku, Tuan Aliff Basri akan beri panduan.


Ya, lelaki di sebelah kiri dalam foto.
Itu gambar dia bertemu Yosef Smyth dari United Kingdom untuk kerja-kerja melesenkan buku ke negara lain.

Kenapa saya bawa dia?

Dia akan beri maklumat cara penulis baharu dapat menyediakan diri dan karya menjadi pilihan penerbit luar negara.

Apa yang menarik!
Tuan Aliff membantu mewakili sejumlah besar hasil buku peserta bengkel ini.

Dia bawa judul-judul ke luar negara untuk usaha melesenkan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka mahu berkongsi dengan anda pada hari Sabtu ini.

Tapi malangnya.
Hidangan nasi tambah seperti ini tak berlaku selalu. 
Jika terlepas?

Maka terlepaslah.
Sekiranya saudara mahu hadir, klik link di bawah sekarang.
Orang lain dah bertindak. 

Tinggal lapan tempat sahaja tinggal.
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite
ReplyForward
paridah at September 19, 2018 13 comments:
Share

Tuesday, 18 September 2018

MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM...

ASSALAMUALAIKUM...



KALAU ADA YANG BERMINAT MENULIS MENGGUNAKAN FRASA BAHASA MELAYU KLASIK INDAH BERIMA CUBA-CUBALAH MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM ...DAH PENAT TULIS HANTARLAH KE KLASIK FM...LUMAYAN JUGA BAYARANNYA...TAK RUGI  MENCUBA IDE

FORMATNYA MESTI ADA SINOPSIS RINGKAS
SENARAI WATAK
MUSIK PEMBUKA
EFEK: JIKA DIPERLUKAN
6 BUAH SYAIR
2 BUAH SYAIR PERMULAAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR PERTENGAHAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR DI AKHIR PURBAWARA

13 MUKA SURAT KESEMUANYA TERMASUK DIALOG DAN HEBAHAN JURU HEBAHNYA...PI KONGSIKAN SEDIKIT SKRIP AWAL DAN AKHIRNYA.


RANCANGAN: PURBAWARA.
PENERBIT:        ZURAIDAH MOHD NOR.
TAJUK:               ANGGERIK RIMBA.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          
K/P:                
HP/ E-MEL:        
AKAUN BANK:       


                           
PELAKON:        1.  ………………………….......... sebagai PUTERI ANGGERIK.
                            2. ………………………….......... sebagai KELANA.
                            3. ………………………….......... sebagai IBU.
                            4. ………………………….......... sebagai SULTAN RIMBA PURA .
5. ………………………….......... sebagai BUNGSU.

                           
EFEK:                 1.  SUARA BURUNG BURUNG BERKICAU
2.  BUNYI TANGISAN HALUS
                            4.  SUARA BEBURUNG BERKICAU DAN BUNYI LOTONG.
5. SUASANA MALAM. BUNYI CENGKERIK DAN BURUNG HANTU.
6. SUARA BACAAN YASIN BERAMAI
                           
SINOPSIS:         
Kelana mengerjakan kebunnya dan menemui pohon anggerik yang berbunga cantik. Dibawanya pulang

 GRAM:              MUZIK PENGENALAN
JURUHEBAH:   Wahana citra warisan bangsa, dipersembahkan dalam Purbawara. (PAUSE) Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ANGGERIK RIMBA”.
SYAIR:          

 GRAM:              MUZIK PENUTUP.
JURUHEBAH:   Demikian Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.
PELAKON:
                            1. ……………………………...………………………………………..
                            2. ……………………………...………………………………………..
                            3. ……………………………...………………………………………..
                            4. ……………………………...………………………………………..
.                           5. ……………………………...………………………………………..
                            PENYAIR: …………………………………………………………….
Purbawara khazanah seni warisan bangsa, diterbitkan oleh ZURAIDAH MOHD NOR
paridah at September 18, 2018 17 comments:
Share

Sunday, 16 September 2018

A BLONDE JOKE...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI MALAYSIA



A blonde gets a job as a physical education teacher for 16 - 18 year olds.

She notices a boy at the end of the field standing alone, while all the other kids are running around having fun, kicking a football.

She takes pity on him and decides to speak to him.

"Are you okay?" she asks.

"Yes," he replies.

"You can go and play with the other kids, you know," she says.

"It's best I stay here," he says.

"Why's that, sweetie?" asks the blonde..

The boy looks at her incredulously and says:

“Because I'm the goal keeper !!!"


Share WHATSAPP PUNGUT
paridah at September 16, 2018 20 comments:
Share

Saturday, 15 September 2018

JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..

ASSALAMUALAIKUM

PI BARU MENERIMA KHABAR DARIPADA PENULIS SABAH GABRIEL KIM JUAN BAHAWA SAHABAT FB KAMI IAITU JOHNY KINTAH TELAH MENINGGALDUNIA KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA...MENURUT SAUDARANYA JOHNNY DILANGGAR LORI....SADIS KEJADIANNYA....PI AMAT BERDUKACITA.
BELIAU BEKERJA DI KL DAN BERASAL DARI TAMPARULI SABAH.

MENDIANG INI SANGAT BAIK DAN BERBUDI BAHASA....SEORANG YANG SANGAT BERBAKAT MENUKIL PANTUN-PANTUN YANG INDAH..

JOHNNY SERING MENGUSIK PI DENGAN KOMENNYA PI INI RATU SENI  DAN PI MENGATAKANNYA RAJA PANTUN PULA.

KINI HANYA TINGGAL KENANGAN ABADI SELAGI ADA HAYAT....MOGA DAMAILAH JOHNNY DI SANA.
TAKZIAH KEPADA KELUARGANYA.


HAIGA SIFU TABIR ALAM

paridah at September 15, 2018 9 comments:
Share

Friday, 14 September 2018

CERTOT

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


@DrMazliMalik
#Sayangi Malaysiaku
#Malaysia Membaca
#Certot Sayangi Malaysiaku
Sayangilah Malaysia setulus hati. “Hubbul watan minal iman.”; cintai negara sebahagian dari iman. Justeru inilah nusa tanah kelahiran kita yang dipusakai sejak berzaman warisan moyang kita. Negara indah yang termaktub dari Perlis hingga ke Sabah. Tidak mampu kita untuk kehilangan tanah bertuah ini.
Sudah enam dasawarsa ulang tahun merdeka. Tidak semuanya menyedari pentingnya kemerdekaan negara tercinta lantaran tidak turut merasai jerih perih datuk/nenek kita berjuang memperolehinya.
Sejarah perlu disemak dan ulang baca agar kita sentiasa berpijak di bumi nyata; mengenang budi dan menghargai pejuang-pejuang bangsa yang berjaya mewariskan kepada kita sebuah negara merdeka.
Bagaimana jikalau kita tidak bernegara? sedihkan. Terbayang di mata kita kesengsaraan Rohingya. Myanmar tidak mahu mengaku rakyatnya dan Bangladesh menolak kehadiran mereka walau kononnya asal usul mereka dari sana.
Sebelum kita kehilangan negara tercinta pastikan hak kita tidak dirampas sesiapa. Negara perlu ditadbir-urus sebijaknya. Pimpinan rakyat yang terpilih wajib memegang kukuh amanah yang diberi.
Panji-panji atau bendera Jalur Gemilang dikibar tinggi lambang sebuah negara. Pembakar semangat warga dalam apa saja bidang yang diceburi untuk memajukan diri demi kemajuan negara.
Lagu Kebangsaan Negara Ku dinyanyikan luahan hati tanda cinta kita kepada negara bersalut semangat patriotisma sebagai warga sebuah negara Malaysia yang berdaulat.
paridah at September 14, 2018 10 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
paridah
View my complete profile
Powered by Blogger.