Friday, 14 September 2018

CERTOT

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


@DrMazliMalik
#Sayangi Malaysiaku
#Malaysia Membaca
#Certot Sayangi Malaysiaku
Sayangilah Malaysia setulus hati. “Hubbul watan minal iman.”; cintai negara sebahagian dari iman. Justeru inilah nusa tanah kelahiran kita yang dipusakai sejak berzaman warisan moyang kita. Negara indah yang termaktub dari Perlis hingga ke Sabah. Tidak mampu kita untuk kehilangan tanah bertuah ini.
Sudah enam dasawarsa ulang tahun merdeka. Tidak semuanya menyedari pentingnya kemerdekaan negara tercinta lantaran tidak turut merasai jerih perih datuk/nenek kita berjuang memperolehinya.
Sejarah perlu disemak dan ulang baca agar kita sentiasa berpijak di bumi nyata; mengenang budi dan menghargai pejuang-pejuang bangsa yang berjaya mewariskan kepada kita sebuah negara merdeka.
Bagaimana jikalau kita tidak bernegara? sedihkan. Terbayang di mata kita kesengsaraan Rohingya. Myanmar tidak mahu mengaku rakyatnya dan Bangladesh menolak kehadiran mereka walau kononnya asal usul mereka dari sana.
Sebelum kita kehilangan negara tercinta pastikan hak kita tidak dirampas sesiapa. Negara perlu ditadbir-urus sebijaknya. Pimpinan rakyat yang terpilih wajib memegang kukuh amanah yang diberi.
Panji-panji atau bendera Jalur Gemilang dikibar tinggi lambang sebuah negara. Pembakar semangat warga dalam apa saja bidang yang diceburi untuk memajukan diri demi kemajuan negara.
Lagu Kebangsaan Negara Ku dinyanyikan luahan hati tanda cinta kita kepada negara bersalut semangat patriotisma sebagai warga sebuah negara Malaysia yang berdaulat.

10 comments:

  1. kita kena berusaha kekalkan kemerdekaan ini.

    ReplyDelete
  2. TKSH FAIZAL SAYANGI MALAYSIA KITA

    ReplyDelete
  3. ada gak certot..ingatkan cerpen je..hihi..

    ReplyDelete
  4. rasa pertama kali dengar perkataan CERTOT..ada maknanya tu

    ReplyDelete
  5. Semoga Malaysia terus aman dan makmur

    ReplyDelete
  6. sayangi malaysia ku... memula tahu pasal certot tu duk fikir apakah itu? rupanya cerita kontot... teringat lak citer p.ramlee

    ReplyDelete
  7. pentingnya sejarah utk sesebuah negara bkn shj utk dihargai tetapi jg utk mengelak berulangnya kesilapan lampau

    ReplyDelete
  8. Selalu tahu tentang cerpen je, rupanya certot pun ade yer

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”