Wednesday, 12 July 2017

GHOST WRITTER...

ASSALAMUALAIKUM...



Dalam 20 sebab, tiga sebab ini orang menjadi ghostwriter
Kenapa ada orang mahu menjadi ghostwriter?

1. Mengurus risiko nama sendiri
Ada penulis masih ada ketakutan namanya berada pada kulit buku. Dia takut kesan sosial selepas buku atas nama sendiri diterbitkan.
Maka, menjadi ghostwriter memenuhi hajat menjadi penulis meskipun tidak dikenali. Apabila dia bersedia, maka dia menulis buku sendiri.

2. Meningkatkan kemahiran mata helang
Projek-projek yang diterima menjadikan penulis semakin mahir mengesan kekuatan dan kelemahan ayat dan isi yang digunakan sepanjang projek dijalankan.
Semakin kerap dia menawarkan diri untuk projek ghostwriting, semakin cekap dan cepat mengesan situasi dalam penulisan.
3. Mencari duit tambahan selain daripada buku sendiri
Dalam situasi gawat dan penerbit melambatkan pembayaran royalti, projek ghostwriting merupakan aliran tunai kepada penulis.
Misalnya dia menulis untuk media sosial pengusaha bisnes tertentu dan dibayar secara bulanan.
Tiga daripada 20 sebab ini antara pendorong menulis sebagai seorang ghostwriter.
Hari ini Jumaat terakhir membuat keputusan kepada diri.
Pada hari Sabtu hadapan, bengkel Menjadi Ghostwriter: Dari Dua Angka Menjadi Lima Angka akan diadakan.
Bengkel akan dikendalikan oleh ghostwriter kelas A, Puan Iera Yusoff


TERIMA KASIH EMELNYA. SDR ZAMRI MOHAMAD

6 comments:

  1. TKSH NADHIE BAGUSLH KALAU MUDAH FGM

    ReplyDelete
  2. faham kak,kadang-kadang rasa diri ni nak jadi ghostwriter juga

    ReplyDelete
  3. TKSH IRDA..BAGUS TU IRDA KAK YAKIN IRDA MMG BOLEH..MESTI BERANI MENCUBA TAPI KENA CARI SEDIKIT ILMUNYA DULU.

    ReplyDelete
  4. Oh! baru Mrs. A tahu apa yang dimaksudkan ghostwriter tu

    ReplyDelete
  5. TKSH MRS A..PENULIS YG KERJANYA MENULIS TANPA ISYTIHARKAN NAMANYA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”