Tuesday, 11 July 2017

ENGGANG BERSAMA ENGGANG..

ASSALAMUALAIKUM...


Lemang di para terasa gedi,
bunga senduduk bersendi juntai,
leka bersantai perhati dubuk;
memang perkara biasa terjadi,
ada lubuk menjadi pantai,
ada pantai menjadi lubuk.

Kala ribut bermalam di kampung,
kusut melarik diolah getus,
bumbung lama ringan digerak;
menghela rambut di dalam tepung,
rambut ditarik janganlah putus,
tepung pula jangan terserak



Kaki menapak meniti petang,
walau remang diredah sekatan;
rezeki secupak tak jadi segantang,
jikalau memang sudah suratan
.
Tersalah tempat menuding buah,
keluang duduk risau perhati;
sudah dapat gading bertuah,
terbuang tanduk kerbau mati.


Kilau telang bungalah desa,
walau teruji arif gayanya;
kalau berbilang darilah esa,
kalau mengaji alif mulanya.


Lilau berlenggang bawa gelenggang,
kepit daunnya letak di tangga;
kalau dah enggang sama enggang,
pipit pun sama pipit juga.


Rayau ke bagan merambu gaya,
tersadai perahu  patah leta;
kalau enggan seribu daya,
kalau mahu sepatah kata.

Gagang di dupa jeda berlenggang,
girang disapa tiada larang;
 apa kepada enggang,
orang apa kepada orang.

12 comments:

  1. bagus saya suka sekali dengan kata-katanya mbak

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak PI..Lama tak menyinggah

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. Berusahalah menjadi insan yang yang baik...

    ReplyDelete
  4. ketika cinta datang menyapa-enggang dan pipit pun boleh terbang bersama..

    ReplyDelete
  5. sesekali dapatlah bertandang diruang komen PI...semoga pI sentiasa sehat.
    Pipit biasanya sedar diri tak layak terbang bersama enggang....

    ReplyDelete
  6. TKSH HUSNA SLMT RAYA MAAF ZHR BTN

    ReplyDelete
  7. TKSHPC YA SENTIASA PRBAIKI DIRI

    ReplyDelete
  8. TKSH KHAMSIAHCINTA MAMPU MEYAMAKA PERBEZAAN

    ReplyDelete
  9. TKSH SANIAH ADA KESEMPATAN DPT JEGUK KAK OKLH TU..PIPIT MEST BSR JIWANYA JIKA HNDAK TERBAG BERSAMA ENGGANG

    ReplyDelete
  10. TKSH LYN YEKE....IN SYAA ALLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”