Saturday, 11 March 2017

SECEBIS KENANGAN...

ASSALAMUALAIKUM...

ANTOLOGI KENANGAN

SAADAH! SAADAH! SAADAH! SAADAH! SAADAH!

Empat nama Saadah itu ada hubungkaitnya denganku. Saadah pertama tentulah kakak angkatku tika di SMART ( Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib) di Kuantan dahulu. Kak Saadah ini kampungnya di Temai hilir, Pekan, Pahang.

Sering juga aku dibawa kerumahnya bersama seorang lagi adik angkat lelakinya Ruyub yang juga sekelas denganku. Kami semua bersekolah di sekolah menengah Abd Rahman Talib, Kuantan, Pahang suatu ketika dahulu.

Rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Pahang yang luas terbentang. Cantik sekali pemandangannya di situ. Sungai Pahang yang mengalir tenang dan meriah dengan aktiviti nelayan sungai yang mencari rezeki dengan menangkap ikan segala cara.

Ada yang suka memancing, menjala atau merawa. Hasilnya tentulah untuk kegunaan keluarga dan selebihnya bolehlah dijual sebagai tambahan pendapatan. Ayah kak Saadah juga adalah seorang nelayan sungai yang berasal dari Sarawak.  

Keluarga kak Saadah juga menganggap aku dan Ruyub adalah anak-anak angkat mereka.
Selesa sekali berada di tengah keluarga yang menerima dan melayan kami dengan ramah lagi prihatin. Tak dapatku lupa akan keenakan asam pedas ikan baung masakan kak Hairani iaitu kakak kepada kak Saadah untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga. 

Sedap sungguh. Ikan baung yang diperolehi bargh/bapa angkatku itu dengan menjalanya di sungai Pahang. memang banyak rezeki yang boleh diperolehi daripada sungai itu sekiranya rajin berusaha mendapatkannya.

Dan khabarnya kak Hairani yang pandai masak asam pedas baung kini seorang pegawai polis.  Kak Saadah kakak angkatku itu telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perakaunan di UITM Syah Alam dan menjawat jawatan sebagai akauntan DARA (Wilayah Pahang Tenggara)

Kak Saadah  kedua yang kukenal dengan sangat baik adalah seorang sda(w) felda (Pegawai pembantu wanita FELDA). Beliau ini rapat denganku kerana aku yang pertama dilihatnya tika mula ditukarkan ke kampungku, sebuah perkampungan FELDA.

Perkenalan yang menjalinkan hubungan baik sehinggalah kak Saadah Sarbini ini ditukarkan pula ke felda Bukit Kuantan. Hubungan kami tidaklah terputus begitu saja kerana aku pernah berpeluang ke rumahnya ketika menghadiri Pesta Kebudayaa FELDA yang turut kusertai dalam acara pertandingan berbalas pantun.

Juri yang mengadili pertandingan itu adalah pelakun terkenal Baharudin Hj. Omar dan pengacara TV; Syerkawi  Jirim.  Terlalu seronok berpantun sampai terlupa pantun enam kerat kugunakan tidak mengikuti syarat pertandingan. Jawabnya terkandaslah aku dan rakanku pada peringkat awal saringan lagi.

Sebenarnya aku dan Abang Yazid mewakili wilayah FELDA Pahang Tengah setelah menjuarai pertandingan berbalas pantun peringkat wilayah. Jurinya ketika itu adalah penulis terkenal, saudara Aripin Said.

Dalam keaktifan aku bersosial dengan aktiviti tanah rancangan FELDA dan persatuan belia juga  kerjayaku sebagai kerani JKKR (Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan), seorang lagi “Saadah” muncul menyalami tanganku.

Saadah Salleh ini berasal dari Melaka dan suaminya adalah pengurus felda Ulu Jempol ini. Iaitu kampung tempat tinggalku. Kak Saadah ini mempunyai dua orang anak, Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. 

Kadangkala beliau meminta aku menemaninya menghantar anak-anaknya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kerana Kak Saadah ini agak fobia kalau berada di klinik. Mungkin sebabnya ketika itu beliau sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan alah dengan suasananya.

Sekiranya ada sebarang acara majlis keraian yang diadakan di rumahnya kerana program pejabat suaminya, aku dan beberapa orang rakanku akan bersedia membantu. Mentelah dengan sifat peribadinya  tidak menyombong diri walaupun suaminya adalah orang terpenting dalam masyarakat tanah rancangan felda tempat kami dengan jawatannya yang tinggi.

Kebetulan yang tidak kuduga pula tatkala mengetahui bahawa kak Saadah ini adalah sepupu kepada cikgu ? guruku di SMKM (Sekolah Menengah Kebagsaan Maran) dahulu. Seorang guru yang sangat baik dan agak rapat dengan sahabatku ?.

Cikgu ? sepupu Kak Saadah ini akhirnya telah bertemu jodoh dengan sahabat baikku ?. Guru berkahwin dengan anak muridnya, apalah yang nak dihairankan. Tiada salahnya pun. Percintaan mereka dalam diam diam dipenuhi rintangan kerana sahabatku itu seorang gadis cantik yang sering mencuri perhatian lelaki sebaya yang meminatinya. Sehingga sahabatku itu merasakan dia tersilap memilih cikgu ? sebagai pasangan bercinta lantaran usia mereka yang agak jauh berbeza.

Aku dan beberapa orang guru, kawan kepada cikgu ? yang rapat dengan ? menasihatinya agar melupakan semua gangguan yang merosakkan hubungan baik mereka selama ini dengan “buang yang keruh ambil yang jernih.” Akhirnya percintaan mereka lestari dengan ijab-kabul pernikahan..

Aku pun turut bersibuk di majlis kenduri perkahwinan sahabatku itu. Dan rumah Kak Saadah dan suaminya dijadikan tempat persinggahan cikgu ? melakukan persiapannya sebelum bertandang ke rumah pengantin perempuan.
Dan sahabat baikku itu melayari perkahwinannya penuh bahagia di samping suaminya hingga akhir hayat suaminya.

Begitu juga dengan kak Saadah Salleh kakak angkatku yang ketiga itu telah kehilangan suaminya Encik Yaakob Othman  yang telah kembali ke sisi-Nya beberapa tahun lalu. Hanya doa dan al-fatihah kukirimkan kepada kedua-dua Allahyarham yang pernah hadir dengan peranan mereka dalam kehidupanku.   

Di samping jalinan hubungan baikku dengan Kak Saadah ini rupanya ada lagi seorang “Saadah” yang akan menduduki senarai kawan-kawanku. 

Kali ini orang “kesihatan” pula. Maksudku Saadah kawan baruku ini seorang Jururawat Desa yang baru ditugaskan di klinik kesihatan tanah rancangan ini. Perkenalan aku dengannya bermula tika aku sering melintasi rumahnya menuju ke tempat kerjaku.

Hasil tegur menegur yang ramah menjalinkan ukhwah persahabatan abadi. Justeru meningkatkan kefahamanku tentang aspek kesihatan dan beliau mengajarku istilah-istilah yang sering digunakan orang-orang kesihatan. 

Beliau ini tinggal berseorangan di sebuah rumah yang disediakan pihak Kementerian Kesihatan berhampiran dengan klinik kesihatan tempatnya bertugas. Jika ada kesempatan aku akan menemaninya bermalam di rumahnya atau menonton wayang pacak di padang tanah racangan.

Tapi kalau bersama dengannya harus bersedia ditinggalkan sendiri. Justeru beliau sentiasa dicari di mana sahaja beliau berada untuk dapatkan khidmat beliau membidani  ibu yang hendak melahirkan anaknya. Kadang jika ibu yang hendak melahirkan anak itu mengalami komplikasi yang sukar ditanganinya terpaksalah kak Saadah menghantar pesakitnya ke hospital di Metakab atau Kuantan..  

Kak Saadah Lebai Samad berasal dari Temerloh ini berkahwin dengan seorang guru yang mengajar di sini, juga adalah kenalan kami berdua.

Dalam grup Graha kenalanku dinda Saudah Mad Lazim sering mendoakanku dalam kiriman komennya. Terima kasih dinda. 

Alhamdulillah! Bertuah dan berbahagia sekali Allah mendekatkan diriku dengan “saadah-saadah” yang kuceritakan ini. Padaku mereka adalah insan-insan berbahagia kerana kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan mereka kerana nama yang mereka bawa. Saadah adalah bahasa Arab dengan maksud bahagia.

Aku selalu mendaakan  semoga kalian semua berbahagia seterusnya di mana juga kalian berada walau telah berpisah sekian lama dan tidak pernah lagi bertemu dengan mereka semua. .



14 comments:

  1. Mana satu akak dalam gambar tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SYED..NK KENAL AKAK YE..DUDUK SEBELAH PENGETUA TU

      Delete
  2. wahhh gmbar nostgia ni ni.. tapi persoalan akak y mn satu?? hihihi

    ReplyDelete
  3. TKSH UNI..OSTALGIA SGT...KAK YG RMBUT IKAT DUA BARISAN DEPANTU

    ReplyDelete
  4. mmg nostagia tu kak PI... ramainya saadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SHIELA...YA NASIB KAK NK BERTEMU DGN 4 ORG SAADAH YG SEMUANYA BAIK-BAIK.

      Delete
  5. Sesuai sangat dengan maksud nama Saadah tu ye kak PI..
    Bahagia..
    Suka membahagiakan orang lain juga :)

    ReplyDelete
  6. TKSH ANIES NOSTALGIA ABADI TU

    ReplyDelete
  7. TKSH YATI..YA SESUAI SEKALI DGN MAKSUD NAMANYA.

    ReplyDelete
  8. Memang nostalgia ni.. ingatan masih segar buat teman dan sahabat berkongsi suka duka kehidupan lalu...

    ReplyDelete
  9. TKSH DIK KK NOSTALGIA LAMA MEGIMBAU INGATAN SELALU

    ReplyDelete
  10. yg mana satu tu Kak PI..hidup ini begitulah..kenangan lalu ada masa menggamit memori..

    ReplyDelete
  11. TKSH CIKGUETUZA..NOSTALGIA LAMA DLM KENANGAN...KAK DUDUK SEBELAH PENGETUA TU

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”