Monday, 13 March 2017

BERTEMU DAN BERPISAH...

ASSALAMUALAIKUM...


Allahyarham cikgu Hj. Mansor bersongkok hitam duduk di barisan depan.

Hajat untuk bertemu guru guru dan kawan-kawan lama semasa bersekolah di SMKM dahulu telah Allah makbulkan. Bukan main gembira di hati walau dalam keuzuran masih berjaya menghadirkan diri di majlis pertemuan semula yang sangat bermakna itu.

Rupanya bertemu memang untuk berpisah, salah seorang guru yang turut serta dalam majlis RU seminggu lalu di Bandar Maran telah mendahului langkah ke sisi-Nya semalam 12/03/17 di hospital Kelang. Guru tersebut adalah cikgu Hj. Mansor Zain. Sedih sekali menerima khabar duka tersebut.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham cikgu Hj, Mansor moga tabah dan reda menghadapi kesedihan yang tidak dijangka. Dengan tulus ikhlas mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan berada di sisi-Nya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.


Al-fatihah


12 comments:

  1. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham cikgu Hj, Mansor

    ReplyDelete
  2. salam takziah ...

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnailaihirojiun....

    Semoga roh Allahyarham cikgu Hj Mansor Zain dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman.

    Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga beliau.

    Saya baca pun sedih, K.Pi pasti lagi sedihkan sebab baru aje berjumpa.

    ReplyDelete
  4. TKSH MRS A.. ALLAHYARHAM CIKGU HJ.MANSOR I MMG RAPAT DGN KAK DULU..BELIAU NI GEMAR FOTOGRAFI

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirojiunn. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dalam kehidupan. Sebagaimana kata pujangga: "mengapa kita bertemu, kita bertemu untuk berpisah.." Sekurang-kurangnya akak sempat bertemu dengan almarhum.
    Salam takziah buat keluarga almarhum cikgu hj mansor zain. moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”