ASSALAMUALAIKUM...
PI MENERIMA KIRIMAN BLOGGER KHAIRIN ANIES .....TERIMA KASIH BANYAK ANIES.....http://aniesandyou.blogspot.my/...BELIAU ADALAH SEORANG PENULIS BUKU TEKS YANG RAJIN TRAVEL KE MANA SAJA.
SEBAGAI ANTARA YANG RAJIN KOMEN DI BLOG ANIES DAPATLAH PI HADIAH SEBUAH FM YAG CANTIK DAN DILETAKAN DI FRIDGE...PIC FM PUN TAK SEMPAT NAK SNAP ANIES HEH..HEH..
Tuesday, 28 February 2017
Monday, 27 February 2017
MANUSKRIP LAMA SIRI 17
ASSALAMUALAIKUM..
Bersambung… ke BAB 18 – KEPERITAN HIDUP DI ZAMAN JEPUN.
CORETAN PAK ENGKU
SEPANJANG JALAN KENANGAN
BAB 17 - PENDERITAAN SI MISKIN
Selepas beberapa hari anakku Idrus meninggal dunia aku pun baliklah ke rumah mertuaku di Kuala Sawah. Pada suatu hari bapa mertuaku telah membuka rumah yang kami tinggal di Batu 9, Kuala Sawah itu. Semua tiang, papan lantai dan dinding rumah serta atapnya telah dibawa ke Kampung Ulu Sawah. Kampung Ulu Sawah itu tidak berapa jauh dari tempat rumah yang asal. Maka tinggallah hanya rumah dapur empat tiang. Di rumah dapur itulah aku, isteri dan anak-anakku tinggal.
Keadaan hidupku masa itu teramatlah susah. Ini adalah disebabkan oleh kakiku yang cacat dan tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat lagi. Namun begitu aku pergi juga menoreh getah di Bukit Jelutung. Jauhnya kebun getah itu dari rumahku lebih kurang tiga batu. Aku pergi menoreh dengan berjalan kaki. Anakku yang sulung, Shaari, menemani aku.
Bila aku kenangkan peristiwa ini maka akan terbukalah lipatan sejarah pahit hidupku. Lipatan sejarah hatiku yang luka dan masih berparut hingga ke hari ini. Oleh sebab aku tidak mempunyai wang maka aku mintalah pada ayahku akan rumah kedai di Batu 7, Kampung Belangkan yang pernah aku duduki dahulu. Apabila telah mendapat kebenaran dari ayahku, aku bukalah rumah itu. Segala tiang, papan lantai dan dinding serta atapnya aku bawa balik ke Kuala Sawah. Dengan kakiku yang sudah tidak kuat lagi aku dirikanlah rumah enam batang tiang. Siap dengan ruang serambinya sekali. Aku dirikan rumah ini bersama anakku Shaari sahaja. Bila siap didirikan barulah ada rupa rumah tempat tinggal orang berkeluarga.
Saudara-saudaraku dan ibuku juga tidak mahu datang ke rumahku disebabkan kemiskinanku. Mereka lebih suka pergi ke rumah anak saudaraku Abdullah iaitu anak Kak Long Maznahku. Ini kerana anak buahku itu berkerja sebagai guru. Mereka semua hanya lalu di hadapan rumahku tanpa mahu singgah walau sebentar pun. Maka aku layarkanlah biduk kehidupanku di lautan kemiskinan. Ianya kini menjadi sejarah yang tidak dapat aku lupakan di sepanjang hayatku.
Setiap hari aku akan pergi menoreh getah bersama isteriku di kebun getah Batu 7 Bukit Jelutung itu. Pada suatu hari, sedang aku mengangkat susu getah bersama isteriku, aku terdengar bunyi kapal terbang yang sangat berat. Ia disertai dengan bau minyak benzin. Sejurus selepas itu kedengaranlah bunyi bagaikan petir berdentum membelah bumi. Rupa-rupanya Seremban telah dibom oleh kapal terbang tentera Jepun. Tanah Melayu atau Malaya telah diserang oleh tentera Jepun.
Selepas hari itu aku tidak pergi menoreh lagi. Kami asyik dalam ketakutan. Di sana sini bom telah digugurkan. Kereta dan trak pihak tentera berikat ke hulu dan ke hilir. Tidak mengira waktu siang atau malam. Oleh sebab sentiasa dalam ketakutan maka kami pun berpindahlah ke Kampung Ulu Sawah. Tinggal bersama mertuaku. Kebetulan pada masa itu bapa mertuaku sedang sakit dan berada di Paya Rumput, Melaka. Dia tinggal bersama adiknya yang bernama Jamil. Isteriku pula pada masa itu sedang mengandungkan anak kami yang kelima.
Disebabkan sentiasa dalam ketakutan, semua penduduk di Kampung Ulu Sawah telah melarikan diri ke sebuah ladang getah. Ladang getah yang terletak hampir di kaki Bukit Ribu. Ladang ini dimiliki oleh seorang doktor. Akhirnya pada hujung tahun 1941 Malaya telah jatuh ke tangan pihak Jepun. Bila tentera Jepun telah sampai ke Seremban, aku bersama seorang kawan baikku yang bernama Hassan Rhumba telah pergi ke Seremban. Kami pergi untuk mencari barang-barang yang ditinggalkan oleh tentera British.
Pada masa itu orang ramai berebut-rebut pergi ke pekan Seremban. Ada yang memecahkan rumah kedai dan ada yang memecahkan gerabak kereta api barang. Berbagai ragam manusia dapat dilihat pada ketika itu. Tanpa segan silu memecahkan itu dan memecahkan ini untuk mencari barang-barang yang bernilai dan berguna untuk dibawa pulang. Aku dan Hasan Rhumba terus ke bangunan gudang di hadapan Setesen Kereta Api Seremban. Kami berdua memecah-naik sebuah gerabak keretapi. Di dalam gerabak itu penuh dengan kasut-kasut getah. Pada mulanya aku telah mengambil seberapa banyak kasut. Namun selepas itu aku terfikir pula bagaimana pula hendak kubawa pulang kasut-kasut itu. Pada ketika itu jambatan di jalan Rasah sudah runtuh dibom oleh tentera Jepun. Sesiapa yang hendak melintasi sungai di situ perlu memikul basikal masing-masing.
Setelah mengambil serba sedikit barang yang berguna, kami berdua pun pergilah ke dalam bangunan Setesen Kereta Api. Sesampai di situ kelihatanlah orang ramai sedang memecahkan tempat atau stor tempat menyimpan barang-barang yang orang ramai kirimkan melalui kereta api. Aku pun turutlah sama mengambil barang-barang di dalam stor tersebut. Aku ambil beg-beg askar serta baju-baju yang masih baik. Aku masukkan ke dalam karung yang telah aku sediakan. Aku juga terjumpa berbagai barang kepunyaan tentera yang telah meninggal dunia dalam perperangan itu.
Dari situ Hasan Rhumba telah mengajak aku pergi ke pekan Seremban. Apabila sampai di hadapan sebuah kedai namanya Li Kee di Jalan Birch kelihatanlah seorang Ketua askar Jepun sedang tidur di atas pangkin. Di atas pangkuannya terbuka sehelai peta. Kami meneruskan perjalanan ke arah pasar. Sebaik sampai di hadapan Kedai Emas Tong Yik, seorang askar Jepun telah meminta parang bersarung yang aku bawa. Hasan Rhumba menyuruh aku memberikannya. Lepas itu kami berjalan lagi hinggalah sampai di hadapan kedai Hai Chua Berhad. Kami bertembung dengan seorang pegawai tentera Jepun lengkap dengan pedang panjangnya. Dari isyaratnya dia menyuruh aku memandu lori trak Town Board yang ada di situ. Di dalam lori itu penuh dengan tentera Jepun. Pegawai tentera Jepun ini tidak pandai berbahasa Melayu. Dia hanya menggunakan bahasa isyarat supaya aku memandu lori trak tersebut. Hanya sepatah sahaja perkataan Melayu yang disebutnya Singapura… Singapura.. berulang-ulang kali. Hasan berkata kepadaku, ”Katakanlah kau tak tahu memandu sudahlah.”
Aku pun berasa takut untuk bersuara dengan pegawai askar Jepun itu. Dalam keadaan tak menentu itu seorang India lalu. Pegawai tentera Jepun itu pun menyuruh orang India itu memandu trak tersebut. Maka trak itu dipandulah oleh orang India itu ke arah Selatan menuju ke Singapura. Dengar khabarnya trak itu hanya sampai ke Gemas sahaja. Semua askar di dalam trak bersama pemandunya telah terbunuh kerana dibedil dengan meriam katak oleh tentera Punjab.

Selepas itu aku pun baliklah ke Kuala Sawah bersama Hasan Rhumba. Aku membawa serba sedikit barang-barang yang aku ambil di Setesen Kereta Api Seremban tadi. Kami melintasi sungai di Jalan Rasah. Jambatan di Jalan Rasah yang telah runtuh dibom oleh tentera Jepun itu. Diseberang jalan menuju ke Kuala Sawah aku bertemu dengan seorang kenalan juga. Seorang Benggali roti yang bernama Shukur. Dia sedang membawa kain selimut askar yang berbulu binatang. Aku membeli sebanyak dua helai darinya. Aku bayar seringgit sehelai. Sampai ke tahun 1971 gebar ini masih ada aku pakai.
Bersambung… ke BAB 18 – KEPERITAN HIDUP DI ZAMAN JEPUN.
Saturday, 25 February 2017
SKETSA CINTA
ASSALAMUALAIKUM...
Pagi dan petang bertemankan kambing dan lembu. Apabila terasa bosan aku akan mengenderai Saga biruku dan memacunya keluar daripada kebun pisang yang menempatkan kandang ternakanku; entah ke mana hala tujuanku. Langsung tiada dalam perancangan yang ditetapkan minda kecilku.
Kadang tanpa sedar aku sudah sampai ke Segamat, Kuantan atau Kuala Terengganu hanya dengan memandu santai melayan hiba hati sunyi. Jauh dari kampung halamanku. Jikalau dia bersamaku tentu tidak begini lakuku.
Barangkali perpisahan kami seusai mengerjakan ibadah haji di Baitullah adalah takdir Allah. Kekasihku itu telah menyucikan diri dan rohaninya sebelum menyahut seruan cinta-Nya yang agung. Kembali ke sisi Pencipta dengan kemurnian nurani syumul.
Cerpen;
Sketsa Cinta
Oleh;
Paridah Ishak.
SKETSA CINTA
Aku terlalu mencintainya. Sungguh-sungguh. Namun ada yang lebih mencintainya, mengasehinya. Dan seruan cinta itu diturutinya. Kini tinggallah aku melayani kesendirian yang sunyi lantaran tiada lagi kekasihku itu di sisiku. Kehilangannya dari sisiku sangatku rasai.
Sepanjang perjalanan hidupku mutakhir ini hanya imbauan-imbauan yang terimbas di skrin kenangan. Pastinya tidak mahuku hapuskan. Aku bersedia melayani kenangan yang membahagiakanku sambil bermain dengan kambing dan lembu ternakanku di kebun.

Seusai kerja-kerjaku di kebun mengurus tanaman
dan ternakan akan segera pulang menemui suri kekasihku itu. Akan bersamanya
menjamu selera di tengahari penuh gembira. Momen itu telah berlalu bersama
detik waktu.
Namun kehilangannya amat menyiksa jiwaku meski aku merelakan kepergiannya.
Reda dengan suratan-Nya yang tertulis di lorong hidupku.bertemu untuk berpisah
akhirnya.
Barangkali perpisahan kami seusai mengerjakan ibadah haji di Baitullah adalah takdir Allah. Kekasihku itu telah menyucikan diri dan rohaninya sebelum menyahut seruan cinta-Nya yang agung. Kembali ke sisi Pencipta dengan kemurnian nurani syumul.
Kekasihku itu tetap berusaha beribadah haji
bersamaku walau dirinya terpaksa menahan sakit tika tawaf, sai, melontar
jamrah, wukuf di Arafah dan setelah itu melakukan ziarah ke tempat bersejarah,
jejak Rasulullah.
Melambai Baitullah dengan ucapan selamat tinggal
dengan air mata mengalir deras di pipi dengan berharap dapat ke sini lagi
sebelum pulang ke tanah air. Pulang untuk memenuhi appointment doctor yang telah menetapkan jadual pembedahan membuang
ketulan kenser di dadanya.
Tapi aku merasa sangat ralat melihatnya terkulai
di dalam pangkuanku lantaran kelelahan menjalani kimo untuk membunuh kenser
payudara yang dideritainya setelah pembedahan itu. Air mataku bercucuran
membasahi pipi cengkung kekasihku. Hancur luluh hatiku meratapi
pemergiannya.
Walau aku sentiasa mengharapkan doa yangku
apungkan ke hadrat-Nya dimakbulkan-Nya. Doaku yang bersungguh memohon keampunan
dan belas kasih-Nya agar menyembuhkan sakit yang dideritai kekasihku itu.
Mengalir airmataku deras melihat kekasihku itu menahan kesakitan
di dadanya yang akhirnya menyeluruhi tubuhnya hingga menyebabkan tubuh
kekasihku itu terkulai tidak bermaya. Laksana sehelai kain buruk yang
terjelepuk.
Segeraku papah dirinya ke perbaringan yang lebih
menyelesakan dirinya yang semakin kurus cekeding itu. Dia cuma tersenyum
kepadaku seraya menujah anak mataku dengan pandangan sayu.
Mungkin kekasihku itu merasa kesal kerana telah
menyusahkan aku dengan keadaan dirinya
yang tidak bermaya sebegini mutakhir ini. Sedang dahulunya kekasihku itu amat
cergas mengurusi apa sahaja keperluanku dengan sebaiknya.
Dan aku amat bertuah sekali justeru Allah
mempertemukan diriya denganku dan menjadikanya
kekasih setiaku. Budinya kepadaku tidak sedikit. Bertabur sepanjang batas kehidupanku. Dan kami
telah berkongsi susahpayah, asam garam kehidupan sepanjang kebersamaan kami.
Sekiranya aku dalam keadaan sepertinya juga
tentu dia akan menatang kesusahanku sedaya upayaya. Kitakan adalah pasangan
yang saling mengasehi dan penuh
pengertian sejak perkenalan yang
diikat dengan ijab dan kabul semata persetujuan keluarga.
“Sakit sangat ya?” kekasihku itu cuma angguk lemah.
“Esok setelah dioperasi dan ketulan daging yang
sakit ini dibuang tentu sakit ni pun terbuang sama.tidaklah terasa sakit lagi.”
Ujarnya yakin berharap. Moga ianya akan jadi kenyataan.
“Terasa nak makan mi udang pula, boleh tolong
belikan?” tanganku dipegang erat dan sepasang mata yang sirna sinarnya memohon
pengertian.
Mi udang adalah makanan kesukaan kami berdua.
Tidak pernah pun dibeli kerana kekasih hatiku
itu yang akan memasaknya sesuai citarasa yang kami sukai.
“Bukan mi udang tu kena pantang makanke? Kalau
tak pantang makan nanti melarat pula sakitnya.” Ujarku keserbasalahan untuk
menunaikan hajat kekasihku itu.
“Malas dah rasanya nak berpantang sangat. Nak
makan saja apa yang terasa nak makan. Pantangpun sakit juga. Sakit kita ni bukan
sakit biasa tapi kenser. Kenser tahap empat.” Bibirnya yang pucat lesi itu
menuturkan begitu pula.
“Walau apapun sakit kita, tahap apa saja kata
doctor, kalau kita makan ubat, jaga kesihatan, elak makan yang kena pantang,
hidup saja kita macam biasa. Macam orang lain juga.” Ujarku lunak. Berusaha
menaikan semangatnya yangku rasa semakin merudum.
“Iyalah tu. Tapi malam ni terasa sangat nak
makan mi udang. Tolonglah belikan. Nanti setelah operasi akan berpantang
semula.” Kaupujuk diriku agar menuruti kehendakmu. Memang tidak berdaya
hendakku tolak apa sahaja mahumu. Selama inipun sejak kita bersama segala hajatmu
akanku laksana tanpa bantahan..
Malam itu keinginanmu untuk menikmati keenakan
mi udangku tunaikan. Berselera sungguhkau menyuapya ke mulut sambil mempelawaku
makan bersama.
“Marilah makan! Sedap sangat rasa mi udang ni.”
“Makanlah dulu. Biarku ambil air miuman dulu.”
Aku segera bingkas bangun menuju dapur.
“Malam ni terasa panas sangat pula. Jadi tak
mahu air panas tapi nak air batu.”
“Kan pantang minum air batu?” tukasku cuba
menghalang kemahuan yang akan memudaratkan kesihatan dirinya.
“Soal pantang larang tu kita lupakan dulu malam ni.”
Senyummu terorak hambar mengiring lafazmu membuat aku terkedu. Dan setelahkau
menikmati makan malammu, aku menyelimutimu keranakau merasa kesejukan
tiba-tiba.
Memori makan malam bersamamu menjengah mindaku
selalu. Kali terakhir aku dan kekasihku itu mengecapi suasananya.
“Kau tak nak kahwin lagi Lem? Teh pun dah lama
meninggal. Kalaukau berhajat boleh aku tolong kirakan. Nak orang dekat atau
orang jauh kaucakap saja.”
“Entahlah Dan. Rasanya tak nak dah kot. Lagipun
mana ada duit nak kahwin lagi. Hasil kebun pun melawas. Lembu kambing pun asyik
hilang dicuri orang saja.” Ujarku berserta alasannya.
Perbicaraanku dan Rushdan tidak bersambung lagi
setelah aku memasuki keretaku dan memandunya keluar daripada kebun ke destinasi
halaku seperti selalu.
“Ayah tu nampak sunyi dan selalu hilang entah ke
mana sejak mak tak ada.” Kata abang kepada adiknya.
“Biarlah ayah jalan-jalan hiburkan hati sunyinya.”
Sahut adiknya.
“Mungkin ayah tu risau fikirkan lembu kambingnya
yang banyak hilang kot.”
“Jangan sibuk fikirkan nak cari ganti mak kita
dah. Itu adik tak setuju.”
“Kenapa pula adik tak setuju? Mak kita bukan
meninggal semalam. Tapi dah bertahun-tahun. Elok sangatlah kalau ayah nak cari
pengganti.”
“Jadi abang sukalah kalau dapat mak tiri?” tapi
adik tetap dengan keputusan adik. Tak setuju kalau ayah nak kahwin lagi.”
“Terpulang pada adiklah. Tapi kita kena fikirkan
juga keperluan dan kebajikan ayah.”
“Abang jangan risau tentang tu. Adik akan jaga
ayah macam mana mak jaga ayah dulu.
Adik tengok ayah sangat sayangkan mak. Masakan ayah sanggup menduakan
mak.”
“Ish adik ni! Kalau ayah kahwin lagi setelah mak
tiada itu bukannya menduakan. Tapi keperluan seorang lelaki untuk beristeri
lagi. Adik kena faham tu.”
“Yang adik faham adik tak mau ayah kahwin lagi.”
Pengucapan adik tegas sekali.
Perbualan kedua-dua orang anakku itu lantas ke deria dengarku tanpa mereka
menyedari keberadaanku di situ.
“Apa keputusankau Lem?“
“Keputusan apa?”
“Yelah! Mungkin kau dah jumpa calon yang sesuai
pengganti Teh di Kuantan, Segamat atau Kuala Terengganu tempatkau selalu
berulang-alik tu.”
“Aku tu berjalan-jalan saja Dan. Bukannya dengan
niat mencari calon isteri. Lagipun aku rasa tiada wanita lain yang dapat mengganti
Teh dalam hatiku.”
“Aku memang tahu tu. Kau berdua memang pasangan serasi
yang saling sayang menyayangi. Kau berduakan kawan baik aku.” Rusdan terhenti
bicaranya. Nafasnya dihela lega.
“Tapi sebagai seorang kawan baik aku cuma nak nasihatkankau
eloklah kau berkahwin lagi sementara badankau masih sihat. Nanti apabila kau dah uzur dan sakit ada
isteri yang akan menjagakau. Hidup kita di masa depan kita tidak tahu
takdir-Nya bagaimana rupa. Kau tak boleh nak bergantung hidup dengan anak-anak.
Sebab merekapun ada kehidupan mereka sendiri. Lagipun berkahwin itu kan sunnah
Rasullullah. ”
Kata-kata Rusdan itu ada benarnya; terngiang-ngiang pula di telingaku bicara adik
dengan abangnya. Wajah Teh tersenyum manis padaku. Hidup ni singkat saja
bagiku. Apa yang dirancang belum tentu terlaksana. Berserahlah aku kepada
takdir-Nya.
TAMAT
Friday, 24 February 2017
BERBALAS PANTUN
ASSALAMUALAIKUM...
GRAFIK SIFU TABIR ALAM...
di malam raya bersengkang mata.
GRAFIK SIFU TABIR ALAM...
Melejang
akal tuil fikiran,
catatan
kalam mengolah koran;
panjang
sejengkal kail berjoran,
lautan dalam
manalah sampai.
Jawapan
pantun 2
Intan pualam
jaga di peti,
diambil
bekal air zam zam;
lautan dalam
diduga mesti,
kail
sejengkal salir iltizam.
Terkenang manggis
larat di hutan,
harum bunganya
disimpul pejam;
benang menangis
sirat jahitan,
jarumnya tumpul
gunting tak tajam.
Jawapan
pantun 2
Sejuk di
Genting tanah yang tinggi,
balam bergaya
terbang merata;
rajuk gunting
busana tak jadi,
Thursday, 23 February 2017
PERNYATAAN CINTA...
ASSALAMUALAIKUM...
PERNYATAAN CINTA
Cinta
kasih di hati di kolbu
dinilai dihargai jadi nawaitu
dinilai dihargai jadi nawaitu
Cinta
abadi teguh bersemi
hanya padamu kasih sejati
hanya padamu kasih sejati
Kuseru
kasih-Mu datang padaku
mesra cinta-Mu melerai sendu
mesra cinta-Mu melerai sendu
Dinihari
berkeluh-kesah
menyerah nasib menyerah resah
menyerah nasib menyerah resah
Berikan
kasih berikan cinta
hanya pada-Mu aku meminta
hanya pada-Mu aku meminta
Kasih-Mu
tak pernah surut
selagi nadi masih berdenyut
selagi nadi masih berdenyut
Hanya
pada-Mu yang Maha Agung
kuserah diri mohon berlindung
kuserah diri mohon berlindung
Suatu
ketika cintaku tak putih
maafkanlah aku duhai Kekasih
maafkanlah aku duhai Kekasih
Tiada
lagi yang didamba
melainkan kasih-Mu ya Rabb semata.
melainkan kasih-Mu ya Rabb semata.
Berzikir
munajat jangan alpa
dalam
sedar dalam lena
merindui-Nya
derapi
dalam jiwa
kalimah
murni
mencintai-Nya
Paridah Ishak
Selayang utama
23/02/017
Hati itu bagaikan cermin
Sedangkan nafsu itu saperti nafas
Sedangkan nafsu itu saperti nafas
Cermin akan menjadi kusam setiap kali manusia bernafas padanya
Hati seorang yang fasik tak ubahnya cermin seseorang yang tidak memberikan perhatian untuk membersihkannya
Hati seorang yang fasik tak ubahnya cermin seseorang yang tidak memberikan perhatian untuk membersihkannya
Sebaliknya hati orang yang mengenal Allah...
Bagaikan cermin milik pengantin wanita yang beriman
Setiap hari ia melihat cermin tersebut tetap bening dan mengilat
Bagaikan cermin milik pengantin wanita yang beriman
Setiap hari ia melihat cermin tersebut tetap bening dan mengilat
Hati adalah tempat tatapan Allah .
Empat cara untuk membeningkan hati:
1. Banyak berzikir
2. Banyak diam
3. Banyak qiamulail
4. Mengurangkan makan dan minum biar rajin beribadah
Empat cara untuk membeningkan hati:
1. Banyak berzikir
2. Banyak diam
3. Banyak qiamulail
4. Mengurangkan makan dan minum biar rajin beribadah
Perhatian utama seorang yang beriman adalah bagaimana memperbanyakkan amal dan juga bagaimana meluruskan keadaan jiwanya
Rasulullah Saw bersabda:
Allah tidak melihat kepada bentuk dan harta seseorang melain kepada hati dan amalan hamba hambaNya
Allah tidak melihat kepada bentuk dan harta seseorang melain kepada hati dan amalan hamba hambaNya
Ustazah Siti Nurbaya Usman
Wednesday, 22 February 2017
JERING...
ASSALAMUALAIKUM...
SUKA MAKAN JERING? ADA YANG GEMAR DAN ADA YANG TAK PERNAH RASA DAN TAK KENALPUN RUPANYA.
KINI PERMINTAAN TERHADAP JERING AMAT TINGGI KERANA TELAH DISAHKAN PAKAR PERUBATAN BAHAWA JERING ADALAH UBAT ALAM SEMULAJADI MEMBUNUH KENSER....SAKIT KRITIKAL YANG KITA MOHON AGAR DIHINDARI ALLAH.
JERING BERBUAH DI POHON TINGGI YANG BANYAK KEDAPATAN TUMBUH DI DUSUN ATAU HUTAN.
BOLEH DIJADIKAN ULAM ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS DLL JUGA BOLEH DIREBUS DAN DIMAKAN BERSAMA KELAPA...ENAK RASANYA
BUAH JERING
JERING REBUS
MAKANAN LAMA KESUKAAN ORANG KAMPUNG INI MASIH BOLEH DIDAPATI DIJUAL DI PEKAN-PEKAN YANG BERHAMPIRAN KAMPUNG KAMPUNG TRADISI ANTARANYA TEMERLOH, MARAN, JERANTUT DI PAHANG.
SAMBAL TUMIS JERING
Bahan2 1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2) 8 tangkai cili merah* 15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya* 1/2 labu bawang besar* 3 ulas bawang putih* bahan2 bertanda * di kisar kasar 1/2 kiub pati ikan bilis 1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan Minyak Garam 1 sk Gula
Cara
Jering di rebus hingga empuk Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar Toskan jering tadi-ketepikan Panaskan minyak Goreng ikan bilis hingga garing Angkat dan ketepikan Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula Masukkan ikan bilis goreng dan jering kacau hingga sebati Angkat dan boleh lah di hidangkan.
http://anymz-mykitchen.blogspot.my
Walaupun jering mengandungi protein yang tinggi dan enak dimakan tetapi beringat-ingatlah dalam pengambilan jering sebelum memudaratkan buah pinggang yang memerlukan kos perubatan tinggi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi….
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/17/jering-memudaratkan-buah-pinggang/

SAMBAL JERING

Tuesday, 21 February 2017
SYAIR TUN FATIMAH..
ASSALAMUALAIKUM....
SYAIR TUN FATIMAH
Bersyair madah cerita lama,
mukaddimah dengan saksama,
citra sejarah beralun gema,
kisah menarik insan ternama.
Tun Fatimah nama lagenda,
dalam ingatan diri wanita,
tabah berani semangat waja,
hadapi duga rintang hidupnya.
Serikandi Melaka ulung agung,
cabaran hidup tinggi menggunung,
menjadi mangsa fitnah membusung,
seisi keluarga habis dipancung.
Sedih dirinya menanggung duka,
ayahandanya dibunuh luka,
termasuk suaminya tercinta,
jua semua adik beradiknya.
Konon dituduh persiap diri,
hendak menjadi sultan negeri,
merampas kuasa kabar diperi,
dengan biaya emas berkati.
Tun Fatimah usaha membongkar,
mencari bukti hingga ke akar,
segala punca cari selongkar,
akhir terbukti fitnah menggegar,
Bukan mudah usaha Tun Fatimah,
mencari bukti dengan berhemah,
di depan sultan hadap pemfitnah,
penyebar angkara memusibah.
Bukti nyata tak dipertikai,
Tun Fatimah amat pandai,
puteri ayu bijak menilai,
sukar disanggah diterima pakai.
Sultan Melaka rasa bersalah,
menjatuh hukum pada pesalah,
penyebar fitnah terima padah,
setimpal dengan apa dimadah.
Tun Fatimah permaisuri sultan,
gelaran “Tun Kudu” diberikan,
tanda kasih dan penghormatan,
kepada suri tegar cekalan.
Berakhir sudah syair digubah,
moga dimenafaati akan kisah,
jadi semangat usir resah,
apa masalah diusai Allah.
Jiwa Tun Fatimah jiwa kersani,
tabah ujian hati berani,
walau menangis sabar hadapi,
berkeluh kesah tidak sekali.
Paridah Ishak
Selayang Utama
16/02/017
Monday, 20 February 2017
LAUGH OUT LOUD..
ASSALAMUALAIKUM....
ni dari kiriman kawan...
*Laugh at this* :
An Indian Doctor can't find a job in a Hospital in US so he opens a clinic and puts a sign outside 'GET TREATMENT FOR $20 - IF NOT CURED GET BACK $100
A American lawyer thinks this is a great opportunity to earn $100 and goes to the clinic...
*Lawyer* : "I have lost my sense of taste"
*Indian doctor* : "Nurse, bring medicine from box no. 22 and put 3 drops in patient's mouth"
*Lawyer* : "Ugh..this is kerosene"
*Indian doctor* : "Congrats, your sense of taste is restored. Give me $20"
The annoyed lawyer goes back after a few days to recover his money...
*Lawyer* : "I have lost my memory. I cannot remember anything"
*Indian doctor* : "Nurse, bring medicine from box no. 22 and put 3 drops in his mouth"
*Lawyer (annoyed)* : "This is kerosene. You gave this to me last time for restoring my taste"
*Indian doctor* : "Congrats. You got your memory back. Give me $20"
The fuming lawyer pays him, and then comes back a week later determined to get back $100.
*Lawyer* : "My eyesight has become very weak I can't see at all "
*Indian doctor* : "Well, I don't have any medicine for that, so take this $100"
*Lawyer (staring at the note)* : "But this is $20, not $100"
*Indian doctor* : "Congrats, your eyesight is restored. Give me $20"
*You can't beat Indians* !!!!! 😂😂😂😂😂 I laughed out loud!
PERKONGSIAN FB BUNDA ANNIE DIN SINGAPURA..
Sunday, 19 February 2017
CITRA SEORANG OKU..
ASSALAMUALAIKUM....
"Jomlah kita pergi berubat ke utara sana...dengarnya di sana ada seorang bomoh yang handal." Ajak ibuku.
PENGALAMAN
HIDUP SEBAGAI OKU
Ibunya menyebut namanya perlahan sekali dan amat lemah getarannya.
Wajahnya tidak senang dan meriak marah. Hatinya mungkin berkata, mengapalah
orang yang hodoh ini dan hanya terbujur di tilam ini seringkali
memanggil-manggil namanya. Dia langsung tidak kenal siapa orang ini. Dan
langsung tidak faham kenapa ramai pula orang turun naik rumah atoknya
kemudiannya mengelilingi orang yang terbaring itu.
Setelah beberapa lama di rumah atok, abahnya membawanya dan orang sakit itu pulang ke rumah mereka pula. Sesampai di rumah barulah dia menyedari bahawa orang yang dimarahi kerana sering menyebut namanya itu adalah aku ibunya. Ibunya yang terlantar tidak berdaya akibat kecederaan teruk kemalangan jalanraya. Dia, kakaknya, abangnya dan adiknya yang baru berusia 50 hari turut terlibat sama.
Alhamdulillah kesemua mereka selamat dan cuma mengalami kecederaan kecil. Sebab atoknya terpaksa merawatku, ibunya yang sakit, abahnya terpaksa menyerahkan adiknya kepada makngahnya yang tinggal di KL untuk diasuh.
Kini hanya dia penemanku kala atoknya dan abahnya berkerja. Dia akan berusaha menyuapkan nasi ke mulutku dan memberiku minuman. Lebih banyak makanan yang tumpah daripada yang masuk ke mulutku.
Sikap anak kecil yang baru berusia tiga tahun berusaha menolong ibunya yang sakit berat itu mengait rasa hiba setiap yang memandangnya.
Anak itu sentiasa di sisiku ibunya hingga aku bermaya sedikit dan mengurusinya pula masa demi masa.
"Kalau saya masuk universiti nanti sapalah nak teman mak ya..."
"Mak duk soranglah..."
"Tak takut?"
"Mati pun sorang jugak..."
Akupun tersengih kegembiraan kerana anakku yang baru bersekolah tahun tiga sudah bercita-cita memasuki menara gading.
Dan anakku yang ketiga itu berjaya merealitikan impiannya sebagai graduan menyususuli langkah kakak sulungnya yang berjaya menamatkanpengajian sehingga ijazah sarjana .

Sebenarnya
tidaklah mudah aku hendak mendidik anak-anak mengikut halatuju yangku ingini
kerana kelemahan upaya diri. Selain itu aku juga kehilangan suara sebagai
wahana komunikasiku dengan mereka. Mujur anak-anakku itu dapat menerima setiap
yang inginku sampaikan hanya melalui nota-nota pendek. Dan aku berserah
kepada-Nya akan takdir-Nya.
KEPERIHATINAN IBU BAPA DAN KELUARGA
"Jomlah kita pergi berubat ke utara sana...dengarnya di sana ada seorang bomoh yang handal." Ajak ibuku.
Selama aku sakit selepas kemalangan jalanraya yang
menyebabkan aku koma hampir sebulan dan setelah itu lumpuh terbaring selama
tiga tahun, kedua ibu bapaku tidak pernah jemu berusaha untuk mengubati
sakitku.
Hampir seluruh semenanjung Malaysia telah dikunjungi
setiapkali terdengar khabar ada perawat sakit yang mampu menyembuhkan sakit
yangku deritai. Perbelanjaan kerananya
pun tidak sedikit yang habis.
Akhirnya walau tidak sembuh sepenuhnya dan kurang upaya, Allah berikanku sedikit kekuatan untuk bangun
mengurus diri dan anak-anak. Syukur Alhamdulillah. Rasanya sudah puas mengubat
diri sendiri. Untuk sementara waktu terpaksalah diabaikan dulu kerana beberapa
sebab.
"Tak boleh lagi...la ni banyak nak guna duit. Kakak kat universiti tu tiap bulan nak kena bagi duit, adiknya lagi sedang buat diploma tu nak duit juga. Tunggulah hingga kakak habis belajar baru boleh pergi berubat."
'Lepas kakak habis belajar nak kahwin pula, tentu nak pakai duit banyak nak buat kenduri kahwin pula..'detak hatiku.
"Kalau nak tunggu habis semua tu, tak berubatlahkau. Duit yang ada semua dihabiskan untuk keperluan anak-anak. Kau tu makin lama makin tua makin lemah. Masa muda sikit ni lah nak berubat sebelum terlambat."
Padaku apa yang dikatakan ibuku itu memang benar. Tapi apakandaya hendak menyetujinya kerana anak-anakku cuma ada aku tempat menyandarkan semua masalah mereka. Tidak mungkin aku mengabaikan anak-anakku demi belanja perubatan untuk diriku.
"Masa ni kau boleh lagi berjalan pelan-pelan walau selalu tersungkur tak mengapalah tak berubat...nantilah bila dah berumur sikit, sakit orang tua pun dah sampai...tanggunglah. Kau tu dah lah sakit tak habis lepas eksiden dulu tu...bertambah-tambah lah sakitnya." Ujar emakku justeru aku menolak saranannya.

'Entahlah mak...tak tau nak kata apa lagi.
Semoga Allah memberiku kekuatan jiwa raga untuk melepasi apa jua ranjau dugaan-Nya
yang merintang di laluan hidupku....InsyaAllah...' Suara hatiku bergemersik halus.
SOSIO
KEMASYARAKATAN
Hidup kita ini memang saling bergantungan dan
perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak kira samaada mereka itu jelas
hubungannya dengan kita umpamanya ibu ayah, adik beradik, saudara mara terdekat
atau sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.
Selain itu tentulah jiran-jiran tetangga kita.
Jiran-jiran itu adalah saudara kita yang paling akrab sehinggakan mereka
dirasakan seolah berhak ke atas harta kita menurut Nabi SAW. Namun tidaklah
sampai begitu sekali.
Aku merasa amat bersyukur justeru sepanjang hidupku ini, aku di kelilingi jiran-jiran yang amat baik lagi prihatin terhadap aku dan keluargaku. Mereka ini membantu apa saja kesulitanku tanpa imbalan apa-apa. Bukan senang hendak hidup sebagai OKU sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan.

Kak Fauziah dan suaminya abang Din, Darus dan
isterinya Hamidah juga anak-anaknya seringkali membantu masalahku. Begitu juga dengan
jiranku Imah, suaminya Hassan dan anak-anaknya menjadi tempatku meminta bantuan
kala kesusahan.
Jiranku yang di sisi kanan rumah adalah kak
Idah dan suaminya Jusuh serta anak-anaknya. Kak Idah ini pantang melihat laman
rumahku diserabuti rumput-rumput atau anak-anak pokok, beliau tidak senang
duduk untuk membersihkannya. Aku boleh buat juga. Tapi tentu saja kerja-kerja
yang dibuat OKU lambat siapnya. Dengan pertolongannya bertambah mudah
kerja-kerja yang perluku buat.
Beliau ini juga gemar sekali menghantar apa saja penganan yang dibuatnya kepadaku. Bersusun pinggan makanannya yang tidak sempatku pulangkan di rumahku. Jikalau aku ditimpah musibah banjir, pokok-pokok tumbang atau apa saja beliaulah yang pertama akan muncul di muka pintu. Sebelum jiranku yang lain tiba.

Terima kasih banyak-banyak kak Idah kerana
seringkali membantuku. Dan aku pasti jiranku yang sangat baik ini akan terus
membantuku selagi aku hidup dan beliau masih bernafas.
Demikian kisah salah seorang daripada
jiran-jiranku yang kesemuanya baik-baik. Baru-baru ini aku mengadakan kenduri
akikah cucu bersekali dengan sambut menantu. Kesemua jiran-jiranku berdekatan
datang membantu menguruskan majlisku
sehingga selesai segala-galanya.
Mereka
berlenggeng tangan bergotong royong menyiapkan semua keperluannya sedang aku
cuma memerhati. Aku amat berterima kasih sungguh kepada semua jiran-jiranku
yang
bersusah-payah membantu menyempurnakan majlisku
itu.
HOBI
SEORANG OKU
Kebiasaannya pada sebelah pagi selesai urusanku
di atas rumah, aku membawa diri mengitari halaman rumahku yang agak luas
bergantung dengan sebatang cangkul yang dijadikan tongkat.
Dengan tanganku yang kanan saja mampu berfungsi
aku akan menanam apa saja benih pokok yangku ingini. Kalau aku terjatuh aku
akan berusaha bangun semula meskipun dengan bersusah-payah. Dan matlamat yang
hendakku capai akanku laksana jua.
Dengan kesungguhanku penuhlah laman rumahku
dengan tebu hitam yang menjadi tambahan rezeki kepadaku kerana dibeli penjual
air tebu iaitu jiran-jiranku. Jiranku itu Ita dan suaminya Zaki,Ida dan
suaminya Mail tidak menyusahkan aku
untuk menebangnya. Semuanya mereka buat sendiri.
Belakang rumahku dipenuhi dengan tanaman serai
dan lain-lain herba dapur. Kalau ada yang mahu membelinya secara banyak,
pembeli itulah yang terpaksa mencabutnya. Tapi sekadar kegunaan jiran-jiranku
berhampiranku berikan saja. Apalagi sekiranya mereka hendak berkenduri.
Sementara di serambi rumahku tergantung aneka
jenis orkid yang sentiasa berbunga silih ganti meriakan hati, mengusir sepiku
menikmati keindahannya. Dan di sekeliling pagar yang memisahkan rumahku dan
rumah jiran-jiran kutanami pelbagai jenis puding dan bunga raya aneka jenis dan
warnanya mengindahi suasananya.
Setelah usai kerja diluar rumah, masuk ke rumah
merehatkan diri, baring-baring sambil menulis dan membaca. Menulis dan membaca
memang sudah menjadi hobiku semenjak tahu tulis baca.
Pernah menghasilkan tulisan yang disiarkan
akhbar Utusan Malaysia, Dewan Sastera, Majalah Peneroka tika akhir 70-an. Tapi
kesukaan menulis ditinggalkan setelah berkahwin dan beranak kecil. Dan selama
menjadi OKU banyaklah yang telah ditulis mengisi masa berlalu.
Dengan teknologi computer mudahlah aku menulis
semua karyaku menggunakan computer pula. Belajar menggunakan computer dengan
computer. Dahulu aku pernah bekerja
sebagai jurutaip, kerani,,guru tapi semua sementara dan tahu sikit-sikit bahasa Inggeris jadi dapatlah aku
mengoperasikannya
Anakku yang sulung menyedari kesukaanku menulis
dan menggalakkanku menyertai sayembara puisi DBP dan beliau sendiri yang
menguruskannya. Ekoran itu aku diberi peluang menyertai kursus penulisan cerpen
untuk pesara 2007 di hotel Dynasty KL.
Ramai penulis ternama tanah air yang menyertainya,
termasuk Mokhtar Rahman, Kursiah Hanum. Baharudin Ismail, Noorlaila Ghafar dan
ramai lagi di bawah bimbingan sifu penulisan Zaharah Nawawi.
Penulis/penyair Noorlaila Ghafar hingga kini
adalah sahabat akrabku yang sering membantu susahpayahku terutama membimbingku
dalam bidang penulisan.
Sejak adikku Pazeli Ishak menolong membuka
akaun facebook dan blog dapatlah aku beriteraksi dengan ramai lagi penggiat
sastera. Antaranya ustaz Ilhami Hisham penerbit BeTA. Bersama BeTA, empat buah
antologi puisi bersama penulis/penyair lain berjaya diterbitkan. Terima kasih
ustaz Ilhami Hisyam yang turut memberi ilmu penulisan danpeluang berkarya kepadaku.
Bersama SPTA di bawa bimbingan penerbitnya sifu
Tabir Alam telah berjaya menerbitkan tiga antologi puisi bersama. Terima kasih sifu Tabir Alam.
Bersama KARYAWAN PERAK diberi peluang Dr. Zabidin menerbitkan 10
antologi puisi bandar bandar di Perak bersama ramai penyair/penulis terpilih. Terima kasih Dr. Zabidin.
UJIAN
HIDUP TIDAK PERNAH HABIS
Aku pernah nasihatkan sahabatku lela (Noorlaila
Ghafar) yang menghantar msg mengatakan beliau terjatuh terpijak kulit tembikai
di surau asrama sekolahnya agar berhati-hati tika melangkah jangan biarkan diri
terjatuh selalu sebab di usia yang telah banyak ini tulang semakin reput dan
mudah patah.
Sekali lela tak apa-apa aku pula yang ditimpa ujian-Nya. Itulah pandai-pandai sangat nak menasihat orang sihat sedang awak tu OKU saja dah terima padahnya.
Selepas solat subuh aku bermsg dulu dengan lela memberitahunya hendak ke dapur bersarapan sebelum memulakan rutinku mengemas rumah dan lain-lain maklum esoknya dah nak raya haji.
Kata lela beliau belum bersarapan dan teringat pula hari ni hari Tasyrik dan sunat berpuasa. Msg lela masuk selepas aku dah tersungkur tepi lemari dapur dengan dahi pecah berdarah dan kaki kiri terus tegang dan sakit sangat. tak terbangun sendiri dah... macam selalu tu. Memang aku kerap jatuh tapi biasanya aku boleh berusaha bangun.
Anak yang sedang tidur lambat pula bangunnya walau dijerit berkali-kali dengan suaraku yang halus tidak mampu memberi riak apa-apa. jadi tersadailah aku di situ sebelum pertolongan tiba menahan kesakitan teramat.
Adikku Fatimah dan anaknya Soni tiba setelah diberitahu dan Soni mengcempungku ke kereta Ayie anak jiran sebelah rumahku menghantarku ke hospital Jengka. Setelah di x-ray katanya dislocate. Ambulan segera pula menghantarku ke hospital Temerloh.
X-ray lagi. Doktor di sini kata tulang kiri patah. dah tak boleh nak ditolong lagi, kena tunggu sembuh sendiri. Dan selama tiga hari aku beraya di sini bersama ramai doktor-doktor dan misi-misi yang melayaniku sangat ramah dan baik.
Setelah pulang ke rumah, adik dan anak menantuku membawa pula bertemu bomoh patah di Gelanggi. Kata bomoh sendiku terkeluar. Berderak bunyi sendi yang dimasukan ke tempat asalnya. Akupun mengadoi kesakitan...
Terima kasih banyak kepada adikku Saadiah, Ilah, Tan, anak saudaraku Soni, jiran-jiranku petugas hospital Jengka dan Temerloh yang berusaha membantuku di saat kritikalku...juga Jee/Fauziah Samad adik iparku yang prihatin memberitahu kawan-kawan fb/blog tentang tahap kesihatanku. doa kalian semua bermakna sekali dan sangat-sangat dihargai

Akibat patah tulang pinggul dan kemudiannya
tulang kaki, aku sudah tidak boleh bergerak seperti duhulu lagi. Hobiku
berkebun terpaksa kutinggal. Yang masih boleh hanyalah menulis. Dan nampaknya
aku akan menjadi penulis selagi tanganku berdaya digerakan.