Sunday, 1 January 2017

PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT TAHUN BARU 2017...MOGA KITA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK..HIDUP AMAN DAMAI DI NEGARA TERCINTA..

DALAM PERJALANAN PULANG DARI UJ KE SELAYANG TADI  SINGGAH MAKAN LEWAT TENGAHARI DI GOBANG MAJU TEMERLOH....RESTORAN TEPI SUNGAI PAHANG INI MEMANG MAJU DAN SERING DIKUNJUNGI PELANGGAN KERANA MENU HIDANGANNYA YANG MENYELERAKAN BERASASKAN LAUK IKAN SUNGAI PAHANG....TERUTAMA IKAN PATIN DLL.

ANTARA YANG SANGAT MENGUJAKAN ADALAH PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN.

SEBELUM BALIK KE SELAYANG MERANTAULAH DULU SUNGAI PAHANG TEBING TEMERLOH MEMBELI BEBERAPA EKOR IKAN PATIN CADANG NAK CUBA MASAK DI RUMAH PULA...SEBELUM TU KOSEK-KOSEK DULU GOOGLE CARI RESEPI HEH..HEH..


TEMPOYAK YANG DAH SIAP DIADUN UNTUK DIBUNGKUS BERSAMA IKAN PATIN
 BUNGKUS DENGAN DAUN KUNYIT DAN DAUN PISANG


RESEPI ZULFAZA LOVES COOKING
http://zulfadreamland.blogspot.my/

PAIS TEMPOYAK
Bahan-bahan 
1 ekor ikan patin (saya belah 2)
10-15 biji cili api merah (ikut citarasa)
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup@serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.

Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.

Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. Rasakan garam dan gula.

Hiris halus serai dan daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.

Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.

Bakar@kukus ikan sehingga masak.

Sediakan nasi panas

12 comments:

  1. alahai PI..malam2 ni tgh lapar..terasa2 patin ni kat tekak saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedaptu kam..terliur tengok resepi malam masak siangnya kam...tq

      Delete
  2. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi.... Selamat menyambut tahun baru 2017 dan didoakan akan sihat selalu. Sedapnya kak nama resepi pais tempoyak tu, Tapi saya tak makan ikan patin kerana jadi pantang. Jika makan akan terkena bisul. Di Sarawak jarang masak pais dengan tempoyak. Biasanya hanya bawangan, cili, halia, daun kunyit sahaja. Nanti nak cuba jugalah kak dengan ikan lain. Salam manis selalu dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  3. x terfikir plak tempoyak boleh letak dalam pais.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. heh..heh,,sedap tu anies..tq

    ReplyDelete
  5. wsalam dik ct...pantang ikan patin ya cuba buat pais ikan lain boleh juga..tq

    ReplyDelete
  6. pais ikan guna tempoyak tentulah lain rasanya dgn pais ikan yg biasa tu...tq

    ReplyDelete
  7. Fuhhh sedapnya kak PI.. baru bw memalam ni setelah lama tak dpt duduk btul2 berblog.. tengok pais tempoyak pulak.. terbuka selera hihii :D :)

    ReplyDelete
  8. WAH DH MULA BW YA MESTI SDG RANCAK BLOGGING NI...PAIS TEMPOYAK RESEPI ORANG TEMERLOH MMG SEDAP DIK KK...TKSH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”